Powered By Blogger

Tuesday, July 13, 2010

BILA LUPA BELI BARANG DAPUR

Terpaksalah buat breakfast guna apa saja bahan yang ada.

Tepung.
Pisang yang dah masak.
Nak buat cekodok? Minyak takde.

Terpaksalah hiris nipis pisang dan masukkan dalam tepung yang dah dibancuh dengan air.

Buka peti ais.
 Ada butter. Ok.
Terpaksalah buat lempeng pisang yang berbentuk BABY MONSTER.
Maka, jadilah ini,


Ok. Lempeng takde kuah. Rasa macam ada yang tak kena.
Buka peti ais semula.
Takde yang menarik kecuali buah-buahan.
So, ambil periuk,
masukan sikit butter, epal, blueberry, pear dan jem strawberry.
Maka jadilah ini,


Bila dah lapar + tak cukup bahan + tak sempat,
terpaksalah makan..tapi ni bukan breakfast, brunch..sebab banyak tuh...
lagipun bukan saya seorang makan, kongsi dua orang....


p/s: please dont jugde the food by its chef..*AMARAN 12PG: sila jangan guna peribahasa ini*
walaupun saya hanya lesen P dalam bab memasak, tapi yang ini saya terpaksa masuk dalam bakul dan angkat sendiri (biarpun berat!)

No comments:

Post a Comment