Powered By Blogger

Monday, August 30, 2010

MOHD KHAIRUDDIN & HIS MUM = ALLIANCE BANK

Hmm...dengar-dengarnya ini iklan Alliance Bank.

Andai lah ini video betul-betul
KALAU betul-betul
(bukan lakonan)

dan emak Mohd Khairuddin buat macam ni 
untuk 'keep-in-touch' dengan anaknya, Mohd Khairuddin...
*tongue tied*

err..bertuah Mohd Khairuddin!

bayangkan kalau di pejabat Mohd Khairuddin.,
pasti orang bercakapkan tentang video ni
sampaikan bos pun cakap pasal video ni masa meeting

belum lagi kalau tengah shopping beli kuih bangkit,
tetiba orang tepuk bahu,
"Eh! U ni Mohd Khairuddin kan?
Yang mak U ada upload video kat Youtube?
Kalau macam tu, kuih bangkit ni I bagi free kat U"


atau tengah makan cendol tepi jalan, ada yang berhentikan kereta
sambil tangan tunjuk-tunjuk kat Mohd Khairuddin,
"Eh jap jap..tu kan Mohd Khairuddin"
*sekaligus menyebabkan traffic jam sejauh 20km*

tu takpe lagi...

buatnya ada pula yang 'baik hati' pergi 'tweeter' maknya..
*kot mak Mohd Khairuddin ada tweeter lah* 
RT @makMohdKhairuddin: Makcik, tadi saya nampak Mohd Khairuddin kat ofisnya
*dah memang hari dan waktu kerja*

1 Malaysia kenal Mohd Khairuddin

Well, Mohd Khairuddin, you should be proud!




Wednesday, August 25, 2010

HON YANG BOLEH BERCAKAP

Ragam Iswara yang mahu cepat-cepat balik memasak untuk berbuka.

Ragam Toyota Altis yang mahu cepat-cepat beratur di gerai Roti John di bazar Ramadhan.
*sebab hari tu dia tengok Jalan-jalan di Bazaar Ramadhan di TV, gerai tu yang ramai orang beli*

Ragam BMW X3 yang mahu cepat-cepat tukar baju untuk majlis buka puasa di Hotel 10star.

Ragam C**** yang time tu jugalah nak pergi bank buat urusan..
*degil! dah dipesan suruh buat awal-awal tak nak...*

Kat BBB ni yang tak tahannya time balik kat roundabout.
Tak semua roundabout, but still waktu pagi dan petang memang perlu bersabar.

Ada yang terlupa beri signal.
Ada yang tak nampak kereta yang nak masuk.
Ada yang tak perasan kereta nak memintas.

Kadang tu bila ada bunyi hon, kita tak pasti siapa yang hon siapa.
Melainkan kalau ada dua kereta saja di situ.
Atau si boyfriend yang hon si girlfriennya yang di dalam rumah parentsnya.

Nak cadangkan satu cadangan iaitu hon yang boleh bercakap.
Contohnya, Mercedes terlupa nak beri signal.
Honda akan membunyikan hon "Lain kali sila beri signal"
Best kan?

Atau dalam kereta letak mikrofon.
Contohnya, Elba *eh tu barang elektrik!* silap, Viva yang memotong di kawasan larangan.
Kancil akan bersuara "Viva kaler belang-belang, mana boleh potong area sini dude!"

Tapi bila difikir semula, ada keburukannya.
1- pencemaran bunyi - bayangkanlah kalau pada masa yang sama ada 10 kereta yang hon.
Wira hon, "Jangan brek emergency"
Volvo hon, "Sila beri signal"
Myvi hon, "Sila ikut lane anda"
Lori hon, "Nak potong ikut lane kanan"
Motosikal hon, "Jangan himpit"
Bas hon, "Parking sana, bas nak ambil penumpang"
Pakcik Jual aiskrim hon, "Aiskrim!Aiskrim!"

2- atau katakanlah letak mikrifon, mesti ramai yang menyalahgunakan
Camry hon, "hai adik yang dalam kereta Satria Pink, boleh bagi nombor handphone"
Nanti Satria tu balas hon, "tak boleh, ayah saya duduk kat sebelah ni"

atau

Alphard hon Waja (sebab jiran sebelah rumah), "eh bro! lama tak jumpa, balik kampung ke?"
Waja balas hon, "ha'ah tolong tengok-tengokkan rumah aku ye, thanks bro!"

3- atau kalau hon tu mengeluarkan kata-kata yang kurang manis-gula..
maklumlah tengah drive tetiba ada kereta buat hal, 
kita pun hon sambil keluar kata-kata marah 
yang akan didengari semua generasi, apatah lagi pelancong..

4- bayangkanlah kalau hon tu tak diseragamkan bahasa
macam-macam bahasa nanti keluar..
pening kepala dan sakit telinga mendengarnya..
tapi boleh juga kot..install translation system sekali..
ok ni dah merapu teramat sangat...


eh eh nak prepare sahur..selamat bersahur all..

LET'S KENTUT!

WTH?!
Apa punya tajuk daaa...
Terjumpa satu web yang beritahu beberapa fakta-fakta yang menarik..
Antaranya, kentut *blushing*
ok, tak perlu malu-malu..
ianya NORMAL!
Kalau tak kentut, cepat-cepat pergi jumpa doktor ok..

Teringat masa belajar dulu..
suka buat peta minda ala-ala macam ni..
Kalau ada kawan punya yang lebih best+mantap+padat,
pakat ramai ramai pergi xerox..


Facts About Your Farts
Via: Online Schools

p.s: ada yang kata kentut tu membahagiakan...bukan saya ok, orang lain..serius, tak tipu...
bila saya tanya kenapa, jawapannya "sebab bila ada bunyi kentut, semua ketawa,bukan ke bahagia tu namanya".. hahaha... *dalam hati, ye tak ye juga*

 p.p.s: minggu lepas saya mimpi berada dalam tandas, nampak najis dan beberapa muka yang saya kenal..
bila saya google 'tafsir mimpi menurut islam', saya simpulkan kalau mimpi seperti di atas maknanya ada orang nak menfitnah, atau sihir menghampiri...hmm...saya taknak percaya 100% sebab saya percaya Allah, tapi andai yang kedua tu betul, semoga ianya 'dipulangkan'..amin...(mari aminkan ramai-ramai)..
bukan saya seorang saja, orang yang rapat dengan saya/kawan baik dunia akhirat juga mimpikan yang sama..hmm...

WHAT??!! JUSTIN BIEBER??!!


Source (atau nak yang lebih jelas) : Flowtown

p/s: mesti lepas ni ada yang click youtube dan check betul ke banyak tu yang view justin bieber.. 

Monday, August 16, 2010

OWH PLEASE..........

1- Blog ini blog saya. Blog ini blog suka-suka.
     Masa saya mula-mula set up blog, saya memang hanya mahu
     post perkara yang baik-baik + merapu + mengarut saja....
     Bukan cerita buruk orang atau cerita baik diri sendiri....

2- Setiap apa post yang ditulis di blog ini, :
        10 % saja yang benar
        manakala 90% lagi adalah penambah perasa (MSG)

    Contoh, untuk post tajuk :
    Mari Menulis Karangan Panjang-panjang - Part 1
 
     Benar @ asli ??? :
     i-    mamat datang interview ( plus celoteh & demandnya tentang kerja)
     ii-   Miss S dan perbualannya
     iii-   kisah saya (sewaktu interview, pengalaman kerja di tempat dulu,
                              return call orang)

     Penambah perasa @ MSG ??? :
        hah! banyak.....
        ya, termasuk bab masak, jongkong emas, lembu + sapi...
        * nak saya tulis semua???!!! *
        semuanya MSG kecuali yang benar/asli di atas (as stated above)...
        jadi, banyak kan MSG saya?? bukan lah di sini bermaksud saya
        menipu pembaca tetapi lebih kepada merapu dan mengarut...
        agar setiap post saya tidaklah 100% REAL..
        why? as mentioned before, 'blog ini blog saya'...
        'blog ini blog suka-suka'...
        tidak mahu merapu dan mengarut?
        easy & simple, please....dont read my blog...TQ..


3- andai :

     ADA YANG TERASA
        Maaf, tak berniat pun....tidak sangka PENAMBAH PERASA saya yang hanya suatu KEBETULAN itu telah menyebabkan ada yang terasa.....ibarat saya menonton cerita ADAMAYA yang terasa pedas macam makan cili padi....(watak mana yang menyebabkan saya terasa?? tekalah sendiri...) ya, saya terasa apabila menonton cerita itu, tetapi adakah David Teo/Pierre Andre kenal saya?? Adakah Lisa Surihani dan Syed Hussein kenal saya?? Atau adakah penulis skrip cerita tersebut kenal saya?? Tidak...mereka semua tak kenal saya....Atau adakah dalam dunia ini, hanya saya seorang yang terasa?? Sekali lagi, maaf kepada mereka yang terasa sekaligus marah/dendam/geram pada saya....Seriously, ianya penambah perasa yang terkebetulan....

     ADA YANG TAK TERASA
        Bagus! Sebab memang tiada kena mengena pun dengan sesiapa...so, please....jangan cuba untuk terasa pula sebab memang tak perlu...Tahniah juga, ini bermakna anda boleh menerima tulisan/post saya yang mengarut dan merapu ini....TQ!! XOXO!!


4- penambah perasa saya adalah campuran :
        i-    apa yang saya baca i.e, komik, website mengarut, buku lawak
              mengarut yang entah wujud atau tidak etc
        ii-   apa yang saya dengar i.e, mulut orang, radio merapu.fm etc
        iii-  apa yang saya lihat i.e, TV, youtiup etc

Nampak kan?? Saya harap pembaca boleh membezakan yang mana merapu + mengarut dan yang mana benar/asli....hanya jauhari yang mengenal manikam...kalau tak boleh beza antara asli dan bukan, please....jangan baca dan jangan terasa....TQ!!

5- tujuan buat blog BUKAN mahu:
    i-  cari gaduh/pasal dengan orang tak tentu pasal
         like a small kid...di mana, in future bila difikirkan semula,
         saya pasti akan malu...
    ii-  cerita buruk pasal orang...macam saya tiada kerja lain..
         bukan apa, tak pasal-pasal kena minta maaf pula masa raya
         dan cakap,
         "I nak minta maaf sebab hari tu kat blog I, I komen/kutuk U"
         peringatan untuk diri sendiri:
          kenapa saya mesti aibkan orang lain secara public?
          diri sendiri di masa depan belum tentu...
          saya bukan apa, takut, hari ni saya komen/kutuk orang...
          esok-esok, saya sendiri akan jadi seperti apa yang saya ludahkan...
          padanlah muka saya yang kena jilat semula??
          kasar tak ayat saya??
          dah nama pun peringatan untuk diri sendiri supaya sendiri mau
          ingat..
    iii-  cerita yang baik-baik saja pasal saya...
           hahaha....nope....i am not that type of person....
           tulis buruk/kutuk/komen tentang orang lain dan diri sendiri??
           PUJI MELAMBUNG SAMPAI KONDO 500 TINGKAT!!
           seolah-olah saya ni bagus/sempurna sangat....
           Ibarat saya dulu yang kata,
           "Aku nak makan gaji sampai bila-bila, taknak pening kepala
           macam mereka yang kerja sendiri"
           Sekarang?? !!
           Apa yang saya maksudkan, bila saya komen/kutuk orang,
           takut suatu hari nanti Allah terbalikkan pada diri saya....
           Adakah saya akan buat seperti apa yang saya pernah
           kutuk/komen orang suatu ketika dulu??
           Adakah saya akan buat jauh lebih baik dari apa yang
           saya pernah komen/kutuk orang suatu ketika dulu??

Peringatan untuk diri sendiri:
Kalau takdir saya lebih baik daripada orang yang saya kutuk/komen??
Alhamdulillah...
Kalau takdir saya sama dengan orang yang saya kutuk/komen??
Astaghfirullah al azim....Nauzubillah min zalik..
Kalau takdir saya lebih buruk daripada orang saya kutuk/komen??
Astaghfirullah al azim....Nauzubillah min zalik..

6- Semua yang saya merapu + mengarut bukanlah serius dan benar, hanyalah untuk menambah perasa...Kalau tak suka MSG dalam masakan, jangan makan....Bukan baik untuk kesihatan....Ye lah, bila pembaca percaya yang MSG saya itu adalah benar, maka mereka terasa dan sekaligus marah/menyampah/geram pada saya....please....penambah perasa hanyalah gurauan yang merapu dan mengarut serta merepek....tak perlu terasa atau serius sangat....saya tak boleh terlalu serius sangat...bila saya tak gelak atau senyum nanti saya cepat tua....terlalu banyak sangat gurau pun tak boleh juga....nanti orang boring dan marah dengan saya....

Please......blog saya yang suka-suka ini hanya banyak MSG tidak perlu terasa dengan isi kandungannya kerana tiada kena mengena dengan sesiapa....andai yang terasa maaf daripada saya dan tolong jangan baca blog ini lagi.....blog ini bukanlah untuk komen/kutuk/aib/burukkan orang lain....nasib saya kelak tak tahu...
moga kita semua dirahmati dan diberkati Allah SWT...amin...

p/s:
sebenarnya, di blog ini saya tidak mahu tulis tentang perkara yang memeningkan kepala, tempat luahan rasa tidak puashati saya atau perkara yang tidak baik sekaligus menyebabkan blog ini ada aura negatif...
tak mahu....saya tak mahu tulis perkara-perkara seperti itu di blog ini....
apa yang saya mahu di blog ini cuma post yang:
- saya dan orang lain tidak pening kepala fikir yang berat-berat
- kalau orang lain tak gelak atau senyum bila baca post saya, at least
   bukan perasaan/emosi yang negatif
TQ!!

dan saya bukan seseorang yang suka cerita kisah hidup saya secara terbuka dan benar 100% seperti:
- hari ni saya pergi shopping beg LV
(sebenarnya hari ni saya nampak orang bawa beg LV pergi shopping beg LV, so jangan percaya yang saya pergi shopping beg LV)
- atau saya tulis baju kotor saya dah sebulan tak basuh
(sebenarnya bukanlah betul-betul sebulan tak membasuh tapi istilah dah lama tak membasuh, so jangan percaya yang saya memang dah sebulan tak basuh baju macam saya ni pemalas)
TQ!


Gambar? Google...

I AM NOT A FAN OF KRIS ALLEN BUT I LOVE.......

THE TRUTH...


Lyin' next to you
Wishing I could disappear
Let you fall asleep
And vanish out into thin air
It's the elephant in the room
And we pretend that we dont see it
It's the avalanche that looms above our heads.
And we don't believe it.
Tryin' to be perfect
Tryin' not to let you down
Honesty is honestly the hardest thing for me right now ---> the best! love this one very much!
while the floors underneath our feet are crumbling
The walls we built together tumblin'
I still stand here holdin' up the roof
Cause it's easier than telling the truth.
I still keep your photographs
I remember how we used to laugh
I can keep on losin' sleep
If you're okay with being torn in half.
Stop ignoring that our hearts are mourning
And let the rain come in.
Stop pretending that it's not ending
And let the end begin.






p/s : di'draft' pada pukul 4 pagi tapi di'publish' lain waktu..

ABAH, 16 OGOS & PERMANENT

Bila ziarah ahli kubur:-

1- Bagi salam pada ahli kubur.

2- Baca :
Surah Al-Qadar (7 kali),
Surah Al-Fatihah (3 kali),
Surah Al-Falaq (3 kali),
Surah An-Nas (3 kali),
Surah Al-Ikhlas (3 kali),
Ayat Kursi (3 kali).

3- Baca doa (3x) :

اَللَّهُمَّ اِنِّي اَسْئَلُكَ بِحَقِّ مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ اَنْ لاَتُعَذِّبَ هَذَا الْمَيِّت


4- Baca :

اَللَّهُمَّ ارْحَمْ غُرْبَتَهُ، وَصِلْ وَحْدَتَهُ، وَاَنِسْ وَحْشَتَهُ، وَاَمِنْ رَوْعَتَهُ، وَاَسْكِنْ اِلَيْهِ مِنْ 

رَحْمَتِكَ يَسْـتَغْنِي بِهَا عَنْ رَحْمَةٍ مِنْ سِوَاكَ، وَاَلْحِقْهُ بِمَنْ كَانَ يَتَوَلاَّهُ

 

اللَّهُمَّ جَافِ اْلاَرْضَ عَنْ جُنُوبِهِمْ وَ صَاعِدْ إِلَيْكَ أَرْوَاحَهُمْ وَ لَقِّهِمْ مِنْكَ رِضْوَانًا وَ أَسْكِنْ 

إِلَيْهِمْ مِنْ رَحْمَتِكَ مَا تَصِلُ بِهِ وَحْدَتَهُمْ وَ تُونِسُ بِهِ وَحْشَتَهُمْ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْ‏ءٍ قَدِيرٌ


Ini apa yang kawan baik saya bagi, tapi andai saya silap (atau kawan baik saya), tolong beritahu kerana saya tidak mahu menyesatkan orang atau berlaku salah faham kelak.

It's been one year since Abah passed away, at a very young age of 52 and yes, he was a wonderful father. 
If I just could remember Abah without fighting back tears.....
 Al-fatihah...

People say, "Good people die young".
I say, "Ketua anyam ketupat tiada lagi untuk raya tahun lepas, tahun ini, tahun depan dan selama-lamanya ".

Love this song very much.
Pertama kali dengar dan membayangkan 'seseorang + sesuatu' saya menangis.. (goosebumps & tears)

Is this the moment where I look you in the eye?
Forgive my broken promise that you`ll never see me cry
And everything It will surely change
Even if I tell you I won`t go away today
Will you think that you`re all alone
When no one`s there to hold your hand?
And all you know seems so far away
And everything is temporary
Rest your head
I'm permanent
I know he`s living in hell
Every single day
And so I ask, oh God
Is there some way for me to take his place?
And when they say it`s all touch and go
I wish I could make it go away










p/s : di'draft' pada pukul 4 pagi
(ha'ah tidur lewat sebab nak meniaga nasi lemak pagi ni *tak puasa apa??!!*)
tapi di'publish' lain waktu..

Saturday, August 14, 2010

MARI MENULIS KARANGAN PANJANG-PANJANG - PART 1

(sebelum anda teruskan baca, sila:
- pergi buang air siap-siap
- kalau yang sedang menanak nasi, matikan api dapur dulu
- sediakan air dan popcorn
bukan apa, sebab memang panjang post kali ni)

Hampir 2 abad minggu saya tak merapu dan mengarut 
di blog kepunyaan saya ini,
bukan kerana saya sibuk dan tak sempat
tapi
saya hanya PURA-PURA sibuk dan tak sempat...

Kagum, hairan, pelik dan tertanya-tanya 
bagaimana ada blogger yang mampu 
update blognya setiap hari atau
dalam sehari mampu letak post
sehingga 5-6 posts!

Tahniah kepada mereka yang mempunyai banyak masa!
* rasa macam nak bagi award dan 
minta derma sedikit masa anda pada saya
kalau anda nak minta bayaran masa anda macam mesin parking lot tu tak boleh lah kan sebab saya belum cukup mampu beli jongkong emas sebab masa tu kan emas! *

Kasihan pada mereka yang sehari tak cukup 24jam seperti saya!

Ya lah, mana tidaknya :
1- dah banyak tertinggal episod CSI dan CSI:NY
grissom dan mac taylor dah tahu belum yang mereka tu adik-beradik?
* confirm saya dah banyak miss! *

2- dah tak dapat nak buka facebook selalu
sempat untuk accept friend request dan balas message di inbox saja
 kalau tidak tu, kekerapan saya buka facebook 
macam kekerapan orang yang asyik merasa masakannya 
sebab tak tahu apa sebenarnya yang dia sedang masak 
* haha ni mesti saya berpengalaman ni! *

3- return call alien orang/friend/client/supplier/potential client pun lambat 
sampai dah 'berkulat' call tu baru saya buat return call,
ya lah, kalau tidak takkan bila saya telefon semula, dia kata,
" Bila saya call awak? 
---------- SENYAP ----------
Oh! Saya call awak tu last month lah! Haha! "
Seriously, NOT FUNNY because i might have missed a great opportunity...

4- bila solat fardhu sempat bagi salam kanan kiri dan doa ringkas saja..
sungguh tidak patut!!
kerana rezeki dari Allah tapi masa yang diperuntukan untukNya cuma seciput saja

5- bila masak lauk pun cuma sempat masak 1 jenis lauk saja..
contohnya saya nak masak ikan, udang dan sayur..
jadi, saya masak lauk kari dan masukkan semua (ikan+udang+sayur) ke dalam periuk yang sama..
tak perlu masak kari ikan, sambal udang dan sayur goreng..
jimat masa kan?? *atau MALAS??!!*

Sebenarnya,
kerja-kerja saya yang remeh temeh boleh minta orang lain buat,
iaitu ambil pekerja lain untuk buat kerja-kerja seperti
buatkan kopi, urutkan kaki, suapkan nasi ke dalam mulut saya
menaip kertas kerja yang mudah, surat menyurat, filing, return call orang, berurusan dan bercakap dengan pelanggan secara lemah lembut dan manis mulut (macam cakap dengan kekasih jantung), dan pergi ke beberapa lokasi untuk urusan yang senang...

TETAPI..

zaman sekarang bukan zaman pekerja lebih mahukan pengalaman sebaliknya lebih pentingkan soalan,
" Berapa ya salary saya? "
" Ada elaun tak? "

Ya, soalan tu memang penting,
malah duit itu sendiri memang penting..
Nak buang air kena bayar..
Nak dating perlu duit...
Nak park kereta di mall pun kena masuk duit...

Saya ingat lagi 
(sejurus selepas saya menerima keputusan semester akhir),
semasa saya pernah menghadiri temuduga untuk bekerja di KL 
(5 years ago),
saya ditanya tentang expected salary...
Ini dialognya:

Saya : My expected salary is RM1,400 (fresh graduate masa tu tak mahu terlalu gedikssss minta banyak-banyak).

Mr. X *dengan muka terkejut* :  That is too low for an external auditor position.

Saya : Experience comes first. I just want the experience of being an auditor (samada memang mahukan pengalaman atau mahu diterima bekerja??!!).

Mr. X : I agreed.

Saya diterima bekerja, 
untuk 3 bulan tempoh percubaan saya dibayar RM800 
dan jika dikemudian hari prestasi saya bagus,
saya akan diterima sebagai pekerja tetap yang dibayar RM 2,100
(ada kawan-kawan saya yang dibayar RM 2200-2400, syarikat besar lah kan)...
Tapi saya cuma kerja di situ tak sampai seminggu pun...
hahahaha
saya berhenti gara-gara sebab tak munasabah...
lepas tu saya bekerja di tempat yang saya tak perlu ditemuduga lagi...

Berbalik pada kisah saya mahu mengambil pekerja tadi,
saya mahu cari pekerja (kalau robot lagi best!) yang :

1- menggunakan masa bekerja dengan sepenuhnya dan serius
(bukan macam saya ketika pernah bergelar pekerja dulu, 
sempat menjahit baju hujan dan
menulis artikel untuk majalah PLAYDOLL)

2- benar-benar mahu ikhlas bekerja
(kerja tu kan ibadah juga)

3- betul-betul berusaha memajukan syarikat dengan berfikir
 jika tiada jualan/projek bagaimana mahu dapat
gaji, bonus, elaun dan increment??
(bukan macam saya dulu ketika pernah jadi pekerja,
asyik fikir,
end of the month saja, GAJI!!
tengah bulan saja, CLAIM!!
nak raya saja, BONUS & HAMPER!!
akhir tahun saja, INCREMENT!! )

OK, mamat (yang datang temuduga bekerja) ni mungkin akan kata,
"Aku mahu majikan yang bayar gaji banyak dan besar punya, bonus 10 bulan, increment 90% setiap suku tahun, elaun makan tengah malam, elaun penat, tekanan kerja & perasaan, elaun tak sempat jumpa awek sebab banyak sangat kerja, bos yang tak garang dan tak serius".

Best kan kalau wujud majikan seperti di atas??
Tapi mana ada majikan macam tu kalau mamat ni:

1- tidak peduli ada projek/sales atau tidak...
pada dia, scope kerjanya ialah cari duit masuk syarikat...
WHAT??!!
cari duit masuk syarikat bukan ke sama dengan bawa masuk sales/projek??!!

2- asyik fikir konsep/prinsip/visi, janji tiap akhir bulan gaji masuk..
haha..syoknya! syoknya! ada mat kool! (lagu tema aiskrim)..
syok kan jadi mamat ni...
dia fikir ada sales/projek atau tidak, janji saya bayar gaji...
mentality yang harus diubah!
mamat ni fikir rezeki daripada saya,
saya fikir rezeki daripada pelanggan/kerajaan/syarikat besar,
sedangkan rezeki dari Allah...
yang lain tu dipanggil 'asbab'...

3- tidak terfikir atau bersemangat mahu majukan syarikat
sekaligus ianya untuk kebaikan diri sendiri...
ye lah kalau prestasi mamat ni bagus,
dia boleh dapat bonus, elaun, increment dan 
mana tahu satu hari nanti saya boleh tawarkan dia 
menjadi rakan kongsi perniagaan..
takkan taknak?

4- hanya bergantung pada saya dan orang lain 
yang subuh-pagi-tengahari-petang-malam-tengahmalam,
tidak kira hari apa dari isnin hingga ahad,
public holiday atau tidak,
untuk dapatkan projek/sales...
takkan lembu yang penat-penat hasilkan susu, 
sapi pula yang enjoy shopping dengan hasil jualan susu lembu tadi...
kalau macam tu kenapa saya ambil mamat ni bekerja dengan saya sebagai pekerja yang bertanggungjawab bawa duit/sales/projek masuk syarikat sedangkan saya sendiri boleh buat....

Mamat ni pula akan kata,
"Saya tak diberi kemudahan untuk memudahkan saya bekerja seperti 
handphone yang masyuk, komputer yang best, laptop yang canggih, kereta yang cun,
meja yang cantik dan alat tulis yang mahal. 
Malah saya tak diberi arahan dan ilmu yang secukupnya daripada bos.
Bagaimana saya nak bawa masuk duit/sales/projek masuk syarikat?"

Bila dia cakap macam ni, 
saya hanya diam..
Diam bukan bererti dia benar atau saya kalah,
tapi saya MALAS mahu menjawab soalan yang 
dia sendiri tahu jawapannya...

Beberapa hari yang lalu,
one of my best buddies, Miss S
datang ke ofis dan kami bergosip bercerita panjang..
Turut diselitkan, hal kerja...
Katanya,
"Department aku ada target sales.
Kalau tak capai target sales tu, 
tak dapat bonus, increment..."
Hmm...kalau mamat tadi bekerja macam  Miss S kan best...bekerja keras...

Thursday, August 12, 2010

SELAMAT BERPUASA!

Salam.
Selamat menjalani ibadah puasa.
Peringatan untuk diri sendiri :
Kurang-kurangkanlah perkara/perbuatan yang negatif.
Orang selalu berkata bulan puasa syaitan kena rantai.
Tapi saya tertanya-tanya juga bagaimana ada yang masih tidak puasa, mengumpat, tidak mampu mengawal kemarahan atau terlalu ikutkan nafsu?
Ada jawapan?
Yang punya ilmu lebih, tolong kongsi dengan saya.
Terima kasih.

Sekali lagi, selamat berpuasa....
















Rasa nak makan semua ni bila berbuka nanti? Jangan!! Err...tinggalkan sikit makanan di atas untuk saya mengemukan badan dan menambahkan lemak!

Sumber gambar : Google

Sunday, August 1, 2010

MAKAN DAN MAKAN DAN MAKAN

 Sekarang ni bila makanan kami sampai di meja, ha apa lagi, cepat-cepat sibuk nak ambil handphone dan tangkap gambar..
Kalau korang di restoran/kedai makan dan nampak ada orang sibuk ambil gambar, tu maknanya mereka nak letak di blog masing-masing lah tu...kalau tidak pun upload di facebook...
Kalau sebelum tu, orang suka ambil gambar diri sendiri dari atas... 
Ikut musim kot....
*macam diri sendiri tak pernah buat! paku dinding, paku projek KH, mengata orang dia yang lebih*


 Ini dikira (so far!) salah satu tempat kesukaan kami sebab meenya dibuat sendiri.

 
Mee Rebus


Cekodok Lemak Manis


Chocolate Blended
*kenapa air satu saja tapi ada tiga makanan? 
Taklah! Bukan saya seorang makan sampai 3 tapi 2 minuman lagi terlupa nak snap...sah-sahlah dah semakin lanjut usia*


Wantan Noodle Soup
*masa tengah makan, alamak! gambar ni belum ambil! tu yang stop dulu dan sempatlah snap sebelum dilicinkan macam setahun tak makan (macam pengacara JJCM makan)*


Classic Coffee, Seksyen 7, Bandar Baru Bangi.


p/s : Hari yang sama ada salesgirl memujuk saya membeli produk kecantikan muka.
Saya sebenarnya kurang percaya sedikit produk yang katanya boleh memutihkan wajah dalam tempoh sejam sepuluh minit atau wajah tampak lebih muda seperti zaman kanak-kanak riang.
Macam iklan-iklan di TV tu yang menggunakan model-model yang sememangnya putih dan muda lepas tu katanya setelah sejam menggunakan produk ABC terus nampak putih dan muda. Iyo lah!
Bukanlah saya nak kata saya nak jadi lebih cantik atau wajah sekarang saya dah cukup cantik tapi rasanya saya dah cukup berSYUKUR sebelum jadi kejadian yang tidak diingini akibat terlalu obses mahu cantik.