Powered By Blogger

Friday, July 30, 2010

THE UNEXPECTED DELIVERY

  Bunyi macam ada orang nak bersalin.



Bukan, makanan ini tiada dalam menu delivery kalau anda dail Mekedonel *boleh klik sini juga* atau Pizza Hut atau Dominos atau apa sahaja makanan yang boleh buat delivery...
Dahlah free, tiada delivery charges pula tu.
Kalau hari-hari macam ni kan best...
*tu lah manusia, dah bagi betis nak betik!*

Tapi ada seseorang telah buat delivery ini semata-mata kami terasa nak makan lauk ini.
Kepada Chef R, terima kasih.
Lain kali boleh buat delivery lagi, hm, daging masak asam, sagu mata ikan, laksa, gulai belimbing...
*muka tak malu...*

p/s: "Saya tidak makan durian", inilah jawapan yang selalu saya beri bila ada penjual durian depan CIMB Bandar Baru Bangi suruh beli , hanya bila tetiba rasa nak makan baru saya makan.
Tapi tempoyak + cili saya suka...kalau ada depan mata+hidung pasti saya kerjakan habis-habisan..
*ooo makcik....tempoyak tu kan keturunannya durian!!*

Thursday, July 22, 2010

NAK PAYUNG?

Ada dua jenis manusia:

1- yang memberikan kita payung setiap kali hujan atau panas
2- yang mengharungi hujan dan panas bersama kita

Saya sukakan jenis manusia yang kedua tu.
Kenapa? sebab, saya boleh main hujan dan bila demam boleh ambil MC! *taktik nak ponteng kerja!*

Ia ibarat mengajar kita berenang agar kita tidak lemas dari asyik memberikan kita pelampung dan life jacket supaya kita tidak lemas.Ye lah mana tahu suatu hari nanti tetiba pelampung dan life jacket dah habis atau tiada. Di situlah gunanya ilmu berenang. Betul?

Kesimpulannya, payung, pelampung dan life jacket boleh digunakan tetapi bukanlah selalu agar kita tidak terlalu manja. Kalau tak guna pun tak boleh juga, kasihan pada kilang payung, pelampung dan life jacket yang terpaksa tutup kilang!

gambar ambil dari : flickr.com
susah nak tengok lelaki pakai payung zaman sekarang ni...
tapi berkongsi satu payung dengan perempuan selalu nampak...romantik?


p/s:just saw a young and handsome man get out of his car and give an umbrella to an elderly woman (with her 3-4 year old son) standing in the rain waiting for someone (i guess!) to pick them up....sangat terharu...because this kind of man is still exists...

SAYA ANGAU DENGAN.............

Please scroll down...
V
V
V
V























" Mak, ayah...
ni saya nak kenalkan lelaki yang berjaya menawan hati saya ", mungkin itu adalah kata-kata seorang anak perempuan kepada ibubapanya apabila ingin memperkenalkan boyfriendnya sambil tunduk malu-malu dan badan tergoyang goyang.

Gambar di atas adalah 'lelaki' yang saya idamkan...
Lelaki idaman!

Hai Abang Audi R8, (tak kisahlah model v10 atau tak)
saya tuliskan puisi...sila terima dengan ikhlas ye...

Matamu yang sangat tajam mengancam...
Bibirmu yang merah menawan... *mana merahnya makcik oii! tak nampak pun*
Hidungmu yang mancung....
Pipi tersorong-sorong....
*eh lain macam je!ok silap! dulu masa cikgu BM ajar dalam kelas saya tidur dan makan bawah meja..maaf..*
Pipi yang bak pauh dilayang...*eh poyo lah tu kan!*
Bodymu yang seksi dan tegap....*dah lebih lebih lah pulak!*
Biar pun dirimu tidak dapat ku miliki dapat 'TEST DRIVE' pun jadilah!
Please...please...please....
Owh Abang Audi R8!

PERINGATAN UNTUK DIRI SENDIRI:
Kereta ini sudah lama menjadi idaman saya sejak saya terpandangnya dan sudah usha usha harganya di internet..
Namun andai satu masa nanti saya mampu untuk memilikinya, pasti saya tidak akan membelinya...
Ini kerana saya rasa macam teramat membazir....
Melainkan kalau saya masuk pertandingan membakar kuih bahulu *tidaklah bermakna saya pandai bakar kuih bahulu!* dan hadiahnya adalah Audi R8 barulah saya akan masuk pertandingan tersebut dan pastikan saya yang dapat hadiah tu!
Jadi, Abang Audi R8 saya adalah impian yang saya tidak akan capai, hanya untuk angan angan saja!

Tuesday, July 13, 2010

BILA LUPA BELI BARANG DAPUR

Terpaksalah buat breakfast guna apa saja bahan yang ada.

Tepung.
Pisang yang dah masak.
Nak buat cekodok? Minyak takde.

Terpaksalah hiris nipis pisang dan masukkan dalam tepung yang dah dibancuh dengan air.

Buka peti ais.
 Ada butter. Ok.
Terpaksalah buat lempeng pisang yang berbentuk BABY MONSTER.
Maka, jadilah ini,


Ok. Lempeng takde kuah. Rasa macam ada yang tak kena.
Buka peti ais semula.
Takde yang menarik kecuali buah-buahan.
So, ambil periuk,
masukan sikit butter, epal, blueberry, pear dan jem strawberry.
Maka jadilah ini,


Bila dah lapar + tak cukup bahan + tak sempat,
terpaksalah makan..tapi ni bukan breakfast, brunch..sebab banyak tuh...
lagipun bukan saya seorang makan, kongsi dua orang....


p/s: please dont jugde the food by its chef..*AMARAN 12PG: sila jangan guna peribahasa ini*
walaupun saya hanya lesen P dalam bab memasak, tapi yang ini saya terpaksa masuk dalam bakul dan angkat sendiri (biarpun berat!)

AIR, "WOOOOOOOOOO!!" DAN DOT-DOT-DOT

Malam hari itu ada orang mimpikan air yang begitu banyak.
*orang warga emas akan kata "Itu namanya rezeki" --> Ok, alhamdulillah*

Tengahari semalam rumah saya masuk air kerana saluran washing machine + sinki dapur tersumbat.
*orang plumber (mahal siot! dia korek nak tahu apa yang tersumbat je 100 babe!) kata "Ini lemak-tulang-minyak-kari dia olang masak itu pasal tersumbat maa" --> Ok, kepada semua unit atas unit saya, sila jangan masukkan benda-benda yang saluran paip tak boleh hadam dan bila masak kari tu, bagilah seperiuk ke unit saya.*

Sehari suntuk rumah bau busuk dan lantai berminyak.
*orang yang menulis blog kata "Dettol dan pewangi sudah tumpah banyak-banyak dan nak manjakan badan yang penat dengan makan aiskrim dan kek" --> Ok, lega sudah*

Semasa orang plumber (yang cekik darah+tulang+jantung tu) mengorek apa-apa yang patut, ada keluarga yang baik hati tolong ringankan kerja-kerja yang berat.
*orang yang menulis blog kata "Terima kasih Pakcik R, Makcik N dan anaknya, W." --> Ok, alhamdulillah.*

Setelah seharian penat, malam saya manjakan diri dengan tidur bermimpikan yang indah-indah dan menampalkan pelekat buang toksik dalam badan di tapak kaki.
*tuan punya blog kata ".....????????" Mana ada kata apa-apa, nama pun tidur kan...so, ZZZZZ...--> Ok, best!*

Masalahnya, sedang lena tidur diulit mimpi dapat hadiah birthday Audi R8, tiba-tiba saya terbangun terkejut.
Saya dengar orang menjerit "WOOOOOOOOOO!!!"
Saya takut, sebab siapalah pula tengah pagi buta menjerit ni, bukan seorang dua tapi ramai pula tu.
Owh! WORLD CUP FINAL LAH!
Rupanya saya ibarat katak di bawah topi keledar.
Jiran-jiran saya menjerit sebab tengok bola.
Kalau saya tak buka facebook dan baca status kawan-kawan, pasti saya tidak tahu siapa juaranya.
Korea kan??
Ha, betul lah tu....Korea....
*team yang ke final pun saya tidak tahu..dush..dush..dush..*

Lepas ni, orang nganga mulut di kedai makan hanya untuk makan sahaja.
Kalau tidak, saya perhatikan ada yang nganga mulut sebab terlalu asyik tengok bola.
Sekarang cuba sebut " AAAAAAAAA"
=)


p/s:
Pelekat buang toksik dalam badan tu kata boleh kurangkan berat badan tapi saya dah pakai SATU MALAM masih tak kurang pun berat badan.Saya cuba timbang berat badan, jarum tu tak turun-turun dan mesin tu cakap "Sudah sudah lah tu, dah letih ni saya timbang berat awak tapi macam tu juga. Berat awak tetap @#kg (bukan nombor sebenar)"

Saturday, July 10, 2010

KISAH ORANG YANG TERPERASAN SENDIRI + ORANG YANG SEMUA ORANG PERASAN

Siapa ORANG YANG TERPERASAN SENDIRI?
*blushing* err..saya lah..
Siapa ORANG YANG SEMUA ORANG PERASAN?
Artis N.

Tersebutlah kisah.........*syair sikit*
Ok, macam ni...masa tu saya di tempat besar di mana semua kapalterbang parking..
ye, betul, KLIA...
disebabkan lapar, saya pun beratur menunggu giliran di McDonald KLIA...
Bila tiba giliran saya,
semua staff di situ seolah-olah memandang saya dengan begitu asyiknya..
ada staf perempuan yang tersenyum malu...
ada staf lelaki yang berbisik sesama mereka sambil tersenyum....
staf perempuan yang ambil order saya juga tersenyum lebar + malu.....
dalam hati saya,
" wah! baguslah Pakcik Mekedonel" *budak umur 3 tahun sebut McDonald*
mana tidaknya, melatih stafnya agar sentiasa senyum dengan pelanggan..
saya pun senyum kembali....
dengan niat membalas senyuman mereka yang sehinggakan saya dah membayar pun masih senyum lagi...
tapi saya pelik juga sebab ada staf yang tergesa-gesa nak ambil kamera...
wah....mereka nak ambil gambar saya ke....*bangga*
tapi takkan dengan semua pelanggan mereka ambil gambar kot...
atau...
adakah saya pelanggan bertuah ke-10000000 mereka????
saya pun angkatlah tray makanan saya,
bila saya pusing ke belakang.............
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
 LAAAAAAAAAAAAA !!!!!
ARTIS N rupanya beratur betul-betul belakang saya...*sambil dia turut memberikan senyumannya*
Patutlah semua staf perempuan tadi senyum ayu+malu.....
Owh...saya terperasan! *blushing* 
Rasa taknak pergi makan di semua cawangan restoran Pakcik Mekedonel lagi dah...
Memang memalukan diri sendiri betul!


p/s : owh...ramai yang tanya siapakah artis tu...ok saya beritahu,
Orlando Bloom (bukan nama sebenar)..

MARI MENGERJA..eh cop..silap! MARI MENGEJA

Owh...saya sangat sangat sangat sibuk.....
S.I.B.U.K.
Sibuk.
Yay! Pandai.... *tepuk tangan*


1- Kain baju kotor 3 beg laundry besar
2- Kain baju bersih setinggi gunung Kinabulu..bukan...Kinabalu...
3- Mengejar quotation dan dikejar quotation
4- Kerja-kerja yang perlu saya buat sedang beratur menunggu giliran di kepala
5- Kerja-kerja yang bertangguh berabad lamanya dah berhabuk
6- Badan yang mencari Makcik Tukang Urut..."Makcik...Ooo...Makcik...Where are you...I'm here.."
7- Tidur yang tidak cukup bukan sebab tengok bola
8- Mop, penyapu, kain lap di rumah yang meminta tangan saya membelai mereka gara-gara sudah 2 bulan  saya menyisihkan mereka
9- Files dan kertas-kertas yang bertimbun sampai tak nampak muka


Di sini saya ingin memberitahu, ada jawatan kosong yang perlu diisi untuk sementara waktu. 
Sebagai apa?
DIRI SAYA YANG LAGI SATU!
Job scope? 
SILA BUAT SEMUA DI ATAS!
Salary? 
F.O.C. !
ANYONE????!!!!