Powered By Blogger

Tuesday, July 13, 2010

AIR, "WOOOOOOOOOO!!" DAN DOT-DOT-DOT

Malam hari itu ada orang mimpikan air yang begitu banyak.
*orang warga emas akan kata "Itu namanya rezeki" --> Ok, alhamdulillah*

Tengahari semalam rumah saya masuk air kerana saluran washing machine + sinki dapur tersumbat.
*orang plumber (mahal siot! dia korek nak tahu apa yang tersumbat je 100 babe!) kata "Ini lemak-tulang-minyak-kari dia olang masak itu pasal tersumbat maa" --> Ok, kepada semua unit atas unit saya, sila jangan masukkan benda-benda yang saluran paip tak boleh hadam dan bila masak kari tu, bagilah seperiuk ke unit saya.*

Sehari suntuk rumah bau busuk dan lantai berminyak.
*orang yang menulis blog kata "Dettol dan pewangi sudah tumpah banyak-banyak dan nak manjakan badan yang penat dengan makan aiskrim dan kek" --> Ok, lega sudah*

Semasa orang plumber (yang cekik darah+tulang+jantung tu) mengorek apa-apa yang patut, ada keluarga yang baik hati tolong ringankan kerja-kerja yang berat.
*orang yang menulis blog kata "Terima kasih Pakcik R, Makcik N dan anaknya, W." --> Ok, alhamdulillah.*

Setelah seharian penat, malam saya manjakan diri dengan tidur bermimpikan yang indah-indah dan menampalkan pelekat buang toksik dalam badan di tapak kaki.
*tuan punya blog kata ".....????????" Mana ada kata apa-apa, nama pun tidur kan...so, ZZZZZ...--> Ok, best!*

Masalahnya, sedang lena tidur diulit mimpi dapat hadiah birthday Audi R8, tiba-tiba saya terbangun terkejut.
Saya dengar orang menjerit "WOOOOOOOOOO!!!"
Saya takut, sebab siapalah pula tengah pagi buta menjerit ni, bukan seorang dua tapi ramai pula tu.
Owh! WORLD CUP FINAL LAH!
Rupanya saya ibarat katak di bawah topi keledar.
Jiran-jiran saya menjerit sebab tengok bola.
Kalau saya tak buka facebook dan baca status kawan-kawan, pasti saya tidak tahu siapa juaranya.
Korea kan??
Ha, betul lah tu....Korea....
*team yang ke final pun saya tidak tahu..dush..dush..dush..*

Lepas ni, orang nganga mulut di kedai makan hanya untuk makan sahaja.
Kalau tidak, saya perhatikan ada yang nganga mulut sebab terlalu asyik tengok bola.
Sekarang cuba sebut " AAAAAAAAA"
=)


p/s:
Pelekat buang toksik dalam badan tu kata boleh kurangkan berat badan tapi saya dah pakai SATU MALAM masih tak kurang pun berat badan.Saya cuba timbang berat badan, jarum tu tak turun-turun dan mesin tu cakap "Sudah sudah lah tu, dah letih ni saya timbang berat awak tapi macam tu juga. Berat awak tetap @#kg (bukan nombor sebenar)"

No comments:

Post a Comment