Powered By Blogger

Sunday, August 1, 2010

MAKAN DAN MAKAN DAN MAKAN

 Sekarang ni bila makanan kami sampai di meja, ha apa lagi, cepat-cepat sibuk nak ambil handphone dan tangkap gambar..
Kalau korang di restoran/kedai makan dan nampak ada orang sibuk ambil gambar, tu maknanya mereka nak letak di blog masing-masing lah tu...kalau tidak pun upload di facebook...
Kalau sebelum tu, orang suka ambil gambar diri sendiri dari atas... 
Ikut musim kot....
*macam diri sendiri tak pernah buat! paku dinding, paku projek KH, mengata orang dia yang lebih*


 Ini dikira (so far!) salah satu tempat kesukaan kami sebab meenya dibuat sendiri.

 
Mee Rebus


Cekodok Lemak Manis


Chocolate Blended
*kenapa air satu saja tapi ada tiga makanan? 
Taklah! Bukan saya seorang makan sampai 3 tapi 2 minuman lagi terlupa nak snap...sah-sahlah dah semakin lanjut usia*


Wantan Noodle Soup
*masa tengah makan, alamak! gambar ni belum ambil! tu yang stop dulu dan sempatlah snap sebelum dilicinkan macam setahun tak makan (macam pengacara JJCM makan)*


Classic Coffee, Seksyen 7, Bandar Baru Bangi.


p/s : Hari yang sama ada salesgirl memujuk saya membeli produk kecantikan muka.
Saya sebenarnya kurang percaya sedikit produk yang katanya boleh memutihkan wajah dalam tempoh sejam sepuluh minit atau wajah tampak lebih muda seperti zaman kanak-kanak riang.
Macam iklan-iklan di TV tu yang menggunakan model-model yang sememangnya putih dan muda lepas tu katanya setelah sejam menggunakan produk ABC terus nampak putih dan muda. Iyo lah!
Bukanlah saya nak kata saya nak jadi lebih cantik atau wajah sekarang saya dah cukup cantik tapi rasanya saya dah cukup berSYUKUR sebelum jadi kejadian yang tidak diingini akibat terlalu obses mahu cantik.

No comments:

Post a Comment