Powered By Blogger

Wednesday, June 30, 2010

SI TUA YANG TIDAK MEMERLUKAN KRIM ANTI KEDUTAN ATAU SI MANUSIA/SERIGALA YANG BOLEH JADI SERIGALA/MANUSIA

Owh saya pasti akan memilih SI TUA daripada SI MANUSIA..

Siapa si tua?
Edward Cullen.
Dan siapa si manusia/serigala?
Jacob Black.
Tak kenal lagi?
Cerita Twilight.

Meh Bella, saya tolong awak pilihkan.

Dear Bella,
sila pilih Edward Cullen.

Kenapa?

1- Dia tidak makan. Dia makan pun sesekali je, tu pun 'benda' yang tidak perlu digoreng/direbus/distim/dimasak. So, dah memudahkan kerja memasak. Awak hanya perlu masak untuk awak seorang saja. Jimat pun jimat, tak perlu setiap minggu nak pergi PESCO atau PIANT untuk beli barang-barang dapur.

2- Dia juga tidak minum. Jadi, bila dia balik dari kerja, awak tidak perlu tanya " Abang Ed, nak kopi atau air suam kurang manis?".

3- Dia boleh lari laju. Jadi, suruh dia masuk pertandingan larian banyak-banyak. Dah tentu menang dan dapat banyak hadiah tiap kali dia masuk. Kalau dapat hadiah makanan/minuman, awak boleh ambil sebab dia tidak perlu semua tu.

4- Dia boleh panjat pokok. Bila balik kampung keluarga awak, mesti atuk dan nenek sayang Abang Ed awak sebab memudahkan kerja mereka nak menjolok buah-buahan di dusun. Lepas tu, penuhlah bonet Volvo dia dengan buah-buahan dari kampung.

5- Dia boleh baca fikiran orang tapi bukan fikiran awak. Hahaha...awak boleh simpan rahsia sebanyak yang boleh. Dan dia boleh beritahu apa yang difikirkan orang lain kepada awak. Best kan?

6- Dia tidak tidur. Lagi best, tidak perlu upah Pak Guard atau Mak Guard untuk jaga rumah korang. Jimat duit nak pasang alarm atau CCTV. Bila korang dah ada baby, dia boleh tunggukan baby korang kalau meragam nak susu.

Ada lagi tapi...kalau banyak 'kerepek' nanti boring.

Lastly, awak kena pilih Abang Ed, kalau tak ramai lagi perempuan-perempuan dari Team Edward yang mahukan Abang Ed awak!
Sincerely,
Salah seorang 'ahli' Team Edward!

OK, nak siap. Ada close friend time belajar dulu baru lepas bersalin di GIMC semalam. Nak pergi tengok. Bukan nak tengok close friend tu yang susah-payah-keluar-peluh bersalin tapi nak pergi tengok kecomelan babynya dan menghidu bau antiseptic hospital serta nak pergi makan di cafe hospital!
=) kidding dear!
(proved what a wonderful and brave mother you are to your beloved Sharifah Hannah Damia bt Said Harull Nizam)
Alhamdulillah and many Congrats to her & Mr P.

No comments:

Post a Comment