Powered By Blogger

Tuesday, June 22, 2010

IR HJ SHAHBUDIN HJ ANUAR

MODE : BUKAN SUKA/GEMBIRA/KETAWA/CERIA/SENYUM

Hari tu, 20.06.10 adalah hari bapa sedunia.
Tidak semestinya hari itu saja hari yang perlu kita menghargai bapa kita.

Saya?
Bukan tarikh itu yang berada di kepala saya tapi tarikh 16.08.09..

Saya rindu untuk melihat muka abah ketika abah ketawa besar bila membuat/mendengar lawak.

Saya rindu untuk melihat muka abah ketika abah marah bila tidak berkenan pada sesuatu perkara.

Saya rindu untuk melihat tulisan tangannya dan tandatangannya.

Saya rindu untuk mendengar panggilan 'Along' keluar dari mulutnya.

Saya rindu untuk mengingati tarikh 26.11.1957.

Saya rindu untuk menekan nombor telefon 012 207 4453.

Saya rindu untuk melihat nombor 571126-08-5775.

Saya rindu untuk pening kepala memikirkan hadiah untuk diberi pada abah ketika ulangtahun kelahirannya dan pada hari bapa.

Kini Allah dah tarik semua nikmat di atas daripada saya. Padanlah muka saya.

Abah...








" Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya,
darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya. "

Alhamdulillah, sepanjang tempoh Along di bawah jagaan Abah, Along gembira. 
Terima kasih, Abah.
Al-Fatihah.

No comments:

Post a Comment