Powered By Blogger

Sunday, June 27, 2010

DAGING YANG DICUCUK LIDI & GIGI YANG TIDAK BERKEDUT LAGI

Semalam saya makan sate.
10 cucuk daging, nasi himpit, timun & bawang.

Sejak 25 tahun yang lepas tidak pernah dalam buku sejarah saya makan bawang mentah.
Tapi malam tadi mungkin kerana dah kebulur sangat, saya makan juga bawang.

Ya Rabbi! BUSUKNYA mulut saya lepas tu.
Sampaikan bila saya nganga mulut buat 'HHAAAA', habis minyak wangi di Malaysia ni berbau busuk.
Seriously, memang busuk.
Tak percaya? Cubalah sendiri!

Bila balik rumah, saya gosok gigi, lidah, gusi, lelangit, anak tekak *hah?!*  konon-konon nak hilangkan bau busuk tu, tapi masih busuk juga.
Tidak berkesan!

Tiba-tiba saya teringat iklan zaman 90-an.
Yang mana?
Ala, yang lelaki tu makan sate & bawang, lepas tu mulut dia busuk bila bercakap dengan girlfriendnya.
Lepas tu, girlfriend dia bagi chewing gum (sebab tu iklan chewing gum!) pada lelaki ini dan bila dia makan, mulutnya dah berbau wangi.

Masalahnya, di rumah saya tiada chewing gum!
Antiseptic mouthwash saya pun kebetulan dah habis *aisshh lupa nak pergi Pasaraya Pah siang tadi*

So, disebabkan tak tahu lagi apa nak dibuat dengan mulut bau bawang ni, saya terfikir mungkin kalau saya letak banyak-banyak ubat gigi dalam mulut ni dan biar ia terendam lama sikit, hilanglah kot busuk tu!

Dengan penuh bersemangat, saya letak banyak-banyak 'ubat gigi'.

Tiba-tiba!!!!!!!!
AAAAAPPPPPAAAAAA NNNNIIIIII??????????!!!!!!!!!!!!!!!!
Saya muntahkan balik 'ubat gigi' yang ada dalam mulut saya.
Saya rasa 'pelik', tak dapat nak digambarkan/dituliskan di sini.
" Maaf, rasa itu tiada dalam deria rasa lidah. Sila cuba lagi ", kata operator lidah saya.

RUPA-RUPANYA, saya bukan letak ubat gigi (nama sebenar) tapi saya dah letak 'ubat gigi' lain (bukan nama sebenar).
Saya letak PENCUCI MUKA ANTI KEDUTAN dalam mulut ni.
Tu lah, masa ambil 'ubat gigi' (bukan nama sebenar) tu, dalam kepala ni asyik fikir iklan 90-an tu.
Duk gelak dalam hati betapa kelakarnya iklan tu, sekali gelak termakan diri sendiri.

Bila saya tengok gigi saya dalam cermin, eh eh gigi saya dah tak berkedut dah gara-gara pencuci muka tu.
Gigi saya nampak lebih muda remaja.
Wow!
Sadly, mulut ada bau lagi.
Ambil kunci kereta, pergi kedai mamak.
Cara drive thru.
Turunkan cermin kereta dan " Mamak, chewing gum satu! "
Terpedaya juga saya dengan iklan 90-an tu.

Ok, sate yang saya makan tu memang sedap.
Seksyen 3 Tambahan, Bandar Baru Bangi, depan kedai ADAMEAT.
Dagingnya lembut tidak seperti sate Hj Samurai, keras 'berdengkung' + liat.
Diulangi lembut tidak seperti sate Hj Samurai.

No comments:

Post a Comment