Powered By Blogger

Wednesday, June 16, 2010

Cawan Dunia 2010

  =))

Apakah itu Cawan Dunia 2010?

WORLD CUP !
100 points..Nanti boleh redeem points sendiri @ self-rewards...

Saya sokong negara ...hmm...negara Liverpool...yeah! Go Go Liverpool!...

What???
Apa lah makcik ni...Liverpool bukan negara lah...
Makcik sokong lah Malaysia, kata saya yang penuh bersemangat, sayangkan Malaysia....

Ha! Ni lagi sorang makcik...
Bila pula Malaysia masuk Cawan Dunia???? 

OK lah...sebenarnya, semenjak dua ni, ramai yang kurang berpuas hati dengan sukan Malaysia...
Terutamanya sukan bola sepak...dan rasanya lain-lain sukan juga seperti badminton..
Ok, saya bukanlah bila baca suratkhabar, tengok bahagian belakang dulu (sukan lah!), tapi sikit-sikit tu tau lah juga....sebab Buletin Utama kan ada...
Kadang-kadang kat facebook pun macam-macam status dan komen yang boleh saya baca berkenaan sukan Malaysia...yang bads punya lah...

Saya bukan nak kata yang sukan kita BAGUS or TERUK...tapi saya rasa, kalau saya di tempat mereka (ahli sukan Malaysia) belum tentu saya akan jadi bagus...

Sebenarnya ada di kalangan kita (rakyat Malaysia yang berjuta-juta), well, mana tau jiran sebelah kanan rumah awak ke, anak tauke goreng pisang tepi jalan ke, adik saudara Usop yang masih minum botol susu ke, atau sesiapa sahaja yang mempunyai bakat yang sangat besar dalam bidang sukan malah mampu menaikkan nama Malaysia di mata dan telinga dunia... cuma, kita tak nampak dan tak tahu....

Sebab?? :
1- si misteri ni menyorok kerana berfikir yang karier sukan ni tak boleh di bawa/sarahidup sampai ke tua seperti doktor, peguam, auditor, cikgu etc..
2- keluarga si misteri tak mahu bakat sukannya di bawa ke tengah atas sebab-sebab tertentu seperti injury, selalu berjauhan dengan keluarga, ketinggalan pelajaran etc...
3- kita tidak mencari si misteri ni betul-betul, i mean, kalau bab menyanyi kita ada AF, OIAM, Mentor, Bintang RTM etc....
4- si misteri ni tak sedar pun dia ada bakat dalam memajukan sukan Malaysia sebab dia fikir dia cuma ada bakat memasak/menyanyi/menjahit/mengemas rumah etc…tapi dia tak sedar, kalau dia duduk (maksudnya bermain lah!) kat padang bola/badminton court/padang golf, dia boleh jaja nama Malaysia di seluruh dunia…
 
So, to all Malaysians, cari lah si misteri ni betul-betul...tapi janganlah pula sampai pergi ke Seafood TomYam dan paksa waiter restoran tu untuk gol kan bola masa tu juga atas alasan nak cari si misteri ni....

Owh ya! Jangan pula suruh Tok Bomoh belakang kampung scan mangkuk dia untuk cari siapakah si misteri ni, sebab belum tentu dia boleh jumpa...silap haribulan, tanpa korang sedar, dia boleh smash shuttle lebih hebat dari badminton player sekarang...who knows!

No comments:

Post a Comment