Friday, May 14, 2010

Cakap Arab





=) *senyum*
 Ok. 
Ye, tengok tajuk dan video kat atas ni apa sebenarnya yang saya nak cakap. *blur*
Hm, sebenarnya saya secara tak sengaja terlihat MV ni dan saya cuba memahami sarikata arab di bawahnya *muka serius*.
Malangnya, saya hanya faham 4-5 perkataan *malu + sedih + terkejut apa aku ni* sebab sewaktu di sekolah  menengah dulu saya pernah belajar bahasa arab selama 5 hari tahun. Bukan sekadar belajar 'simple words' tapi belajar siap dengan 'grammar' yang lebih mendalam lagi. Nama subjek pun bahasa arab tinggi.
Ye pelik kerana sekarang saya HANYA boleh faham makna 4-5 perkataan kat MV tu.. Oh TIDAK!!! *jerit dalam hati je*

Sebabnya?
1- sebaik lepas tamat sekolah, tiada lagi belajar bahasa arab
2- di kolej banyak penggunaan english (both written dan cakap) dan belajar bahasa lain
3- di ofis juga penggunaan bahasa melayu + english
4- yang sangat-sangat betul sebab iaitu TIADA PRAKTIS (lepas sekolah )dan EXAM ORIENTED (masa sekolah)

Jadi, apa yang perlu saya buat supaya saya tidak mensia-siakan apa yang saya belajar selama 5 abad tahun tu? :
1- lepas ni jumpa mana-mana orang yang tahu cakap arab, cuba jangan cakap english tapi arab *walau malu sebab cakap arab tonggang langgang*
2- pergi mana-mana bawa kamus arab, kalau boleh letak dalam handbag tu *berat? takpe, exercise bahu...what????exercise bahu????*
3- gi balik rumah parents, selongkar balik buku-buku arab masa belajar kat sekolah dulu *mana tau kot-kot terjumpa surat cinta ke, duit simpanan celah buku ke, asal jangan jumpa lipas, gajah sudah*
4- yang paling penting, MINAT...bukan, ni bukan minat pak arab atau mak arab tapi mesti ada minat pada bahasa ALQURAN tu sendiri baru boleh BERJAYA cakap dan tulis arab..

Dan bukan saja bahasa arab tapi juga bahasa lain jika kita sendiri ingin mahir dalam sesuatu bahasa seperti bahasa negeri sembilan, bahasa kedah, bukan...tu adalah loghat....bahasa melayu, bahasa inggeris, bahasa cina, bahasa tamil, bahasa itali dan banyak lagi lah..

=)

No comments:

Post a Comment