Powered By Blogger

Thursday, September 30, 2010

21 SYAWAL

KUIH RAYA OF THE DAY


Fruit Bollend Cookies

Rating-ikut-tekak-saya : 3.4322

Wednesday, September 29, 2010

20 SYAWAL

KUIH RAYA OF THE DAY


Biskut Aiskrim

Rating-ikut-tekak-saya : 3.0155


Tuesday, September 28, 2010

19 SYAWAL

KUIH RAYA OF THE DAY


Chocolate chip

Rating ikut-tekak-saya : 4.2012

18 SYAWAL

KUIH RAYA OF THE DAY

Sarang semut

Rating-ikut-tekak-saya : 3.9098

p/s: sepatutnya, 18 syawal bertarikh 27 september...ingatkan lepas balik beraya rumah mawi, sempatlah upload gambar kuih raya, rupa-rupanya tak sempat....12:30am baru balik rumah....jadi terpaksa upload jam 1 pagi tapi bertarikh 28 september...maaf....

p.p.s : terima kasih pada mawi & ekin sekeluarga kerana sudi melayan kami walaupun masa tu baru pulang dari johor....yang penting ekin & aein sabar melayan kerenah jajah yang banyak soalan dan aktif.....
hhmm, bukan semua perempuan yang boleh sabar melayan kerenah kanak-kanak aktif tau....kalau kanak-kanak tu suka dengan perwatakan kita, pasti dia akan suka melekat dengan orang tu....jadi pada mak-mak di luar tu (yang bekerja), nak hantar anak ke nursery atau tadika, pilihlah cikgu/penjaga yang sabar, faham perangai kanak-kanak, dan yang paling penting, tidak menyamakan kanak-kanak dengan orang dewasa...macam tu juga kalau ada yang mampu nak ambil pembantu rumah....pastikan orangnya sabar....
sebab tu kita selalu dengar orang tua-tua kata "biarlah...budak lagi...budak-budak memang macam tu,apa dia faham..."
contoh situasi : nak makan
kalau orang dewasa mungkin boleh sabar tunggu makanan sampai siap dimasak dan dihidang tapi budak kecil, kalau mereka nak makan masa tu juga, maknanya dia nak lah juga makan masa tu....
kalau parents yang pandai, pasti mereka akan cuba alihkan perhatian anak mereka atau sila-silalah kerap bagi anak anda makan....
tapi bila dia buat salah kena tegur atau marah....memang kena ulang banyak-banyak kali....sedangkan kita yang dah besar ni pun selalu buat kesilapan yang berulang apatah lagi budak kan....
kita taknak orang marah/menyumpah/menyampah pada anak kita, jadi tegur atau marahlah anak kita walaupun kita tahu dia akan ulang kesalahan yang sama...yang penting jangan putus asa dan sentiasa berdoa...
kalau nak marah anak pastikan dia tahu apa sebab kita memarahinya....dan pastikan sebab-sebab tu yang berlogik dari segi fakta, keselamatan dan yang penting, hukum agama....
panjang lagi nak cerita...tapi nantilah...

p.p.p.s : mesti ada yang kata "hek eleh dia ni...cakap je pandai...perasan bagus..." taklah...pasal anak-anak tu semua dari mulut orang yang jauh lebih berpengalaman, pandai, usia daripada saya....
semua tu juga adalah peringatan untuk diri sendiri...

Monday, September 27, 2010

EMOSI YANG BOLEH BERUBAH

Cuba anda dengar liriknya, 
pasti kaum perempuan rasa berbunga-bunga hatinya...






Lepas tu anda dengar lirik ni pula,
pasti dua-dua kaum (kaum adam dan hawa) ada 3G...
anda GELI..
anda GELAK...
anda akan kata GILA...
hahaha...


MIMPI MANIS

Taklah...ni bukan sweet dream tapi nightmare..
Ingat lagi post sebelum ni pasal saya rasa tak sedap hati?
Dah bersih dan kemas diri, saya pun tidurlah...

Mimpi apa?
Ni mimpi binatang ni..
Betul-betul patuk depan muka saya...


Yang saya ingat saya pegang ia dan tiba-tiba ia pusing terus patuk muka saya...
Langsung saya terjaga, baca selawat, doa pendinding etc..
Tak boleh tidur lepas tu...


Orang kata, *sejauh mana kesahihannya, tak tahulah*
Kalau perempuan bujang mimpi kena patuk ular, 
maknanya ada orang nak masuk meminang...
Kalau perempuan dah berkahwin mimpi kena patuk ular, 
maknanya ada orang nak aniaya...

Saya tak mahu percaya 100%...
Sekadar mengambil langkah berhati-hati seperti
amalan doa yang lebih.
Wahuallam..




p/s: sebenarnya tadi saya google gambar " snake".. sekali keluar gambar-gambar yang saya terpaksa segera exit.....tak sanggup tengok..... lepas tu sekali lagi saya google gambar "cute+snake+cartoon+".... barulah saya'berani' sikit nak letak di blog ni...heeeee.....

Sunday, September 26, 2010

17 SYAWAL

Penuh perut hari ni banyak pergi open house dan kenduri?
KUIH RAYA OF THE DAY

Semperit

Rating-ikut-tekak-saya : 4.1011

p/s: lately ni asyik tak sedap hati je... perasaan ni dari masa saya sekolah lagi...sampailah sekarang....kadang tu masa tengah belajar dalam kelas tiba-tiba rasa tak sedap hati....lepas tu adalah perkara yang kurang baik berlaku....ya betul, kita tak boleh percaya macam tu....kita kena percaya pada Allah dan takdirNya...
Ya Allah, Maha Berkuasa dan Maha Pelindung, lindungilah diri dan keluargaku dari semua perkara yang buruk...panjangkanlah umur kami untuk ibadah dan murahkanlah rezeki kami untuk amal..amin..

Saturday, September 25, 2010

16 SYAWAL

KUIH RAYA OF THE DAY

Snow Almond
Rating-ikut-tekak-saya : 3.4599

LA... DAH 15 HARI...

Ya, dah lima belas hari rupanya kita beraya sakan tak hengat dunia..
Dah banyak collect duet raya?
Atau tolong collect kan on behalf?
*khas buat parents yang anak-anaknya tak reti beza duit seringgit dan lima puluh ringgit*

Berat badan ada turun?
Atau naik langsung tak turun-turun dari bulan puasa hari tu sampai sekarang?
*mana taknya bulan puasa sahur beriya-iya takut nanti sehari suntuk puasa kebuluran,
lepas tu pergi bazar ramadhan beli makanan sampai pening kepala macamana nak susun atas meja,
bila awal bulan syawal macam-macam masuk perut ketupat, rendang, lemang, nasi himpit, kuah kacang, kuah-banyak-lemak, sekarang pula musim open house dan wedding yang semuanya tentang makan dan makan dan makan dan makan, bersyukurlah kita semua ya...alhamdulillah...*
jangan lepas ni salahkan penimbang sudah...
bukan salah syarikat pengeluaran penimbang tersebut...
lepas ni nampaknya terpaksalah minum lemonade banyak-banyak...

Dari malam raya sehinggalah raya keempat,
breakfast, lunch, high tea, dinner, supper, 
makanan yang berada dalam mulut dan perut saya adalah:
rendang daging tok
rendang hijau ayam kampung negeri sembilan
ketupat palas
ketupat biasa
nasi himpit
lemang
kuah kacang
rendang ayam versi 1
rendang ayam versi 2
rendang daging versi 1
sayur lodeh
tetiba bila raya kelima saya demam selsema dan malangnya banyak restoran tak buka lagi,
sebab bila demam saya suka makan tomyam,
ia menyegarkan saya semula *petua dari Kumar SSESB*
mujur ada yang sudi memasakan tomyam dan tolong apa yang patut
*terima kasih Gu Junpyo*
apa yang saya nak cakap  tulis sebenarnya adalah, ok,
cuba lihat menu di atas,
bayangkanlah selama 4 hari setengah saya makan menu yang sama, 
tetiba makan menu dari siam...
FUUHHH... marvelous babe!
Alhamdulillah Gu Junpyo pandai masak..


Bermula esok (hari ni), saya akan cuba update blog setiap hari...
Kenapa?
1- menyibukan diri agar nampak macam tak sempat nak attend open house dan wedding
2- untuk senaman jari jemari... *WTH?! macam ada lemak kat jari!*
3- yang sebenarnya sebab saya nak post tentang kuih raya..
"KUIH RAYA OF THE DAY"
sehinggalah habis syawal...

p/s : FYI, esok ada tujuh open housesssss dan tiga weddingssssss....
jadi boleh tak kalau bila kita datang rumah tu macam dah tak larat dah nak makan sebab dah tak tahu nak sumbat kat mana selain perut, kalau kita bawa balik rumah boleh ke??? agak-agak tuan rumah bagi tak, nanti kalau tak makan takut kecil hati...at least bila bawa balik boleh masuk dalam peti ais, panaskan esok harinya dan makan *tu pun kalau esoknya taknak pergi open housesss/weddingsss*...
atau pun katakanlah ada 9 rumah terbuka,
rumah pertama dan kedua kita larat makan lagi...
tinggal 7 buah rumah terbuka lagi...
so kita tapau..masuk peti ais dan panaskan untuk setiap hari...
dari hari Isnin sehingga Ahad...
cukup satu minggu tu...
hahaha...PEMALAS GILA namanya...

Thursday, September 23, 2010

Wednesday, September 15, 2010

BLOG SENDIRI PUN TAK JENGUK, SEBOK JENGUK BLOG ORANG LAIN

haha serius, memang kali terakhir saya jenguk blog saya
masa saya tulis pasal shahrulezad/syurgamu ramadhan..
suka cerita tuh..suka sangat sangat *mengedik sekejap ye..*

semenjak dua menjak ni suka sangat baca blog orang lain
terutama ada satu blog ni..
dalam sehari entah berapa kali saya jenguk..
tiap kali saya check email pasal kerja,
atau tiap kali saya buka facebook,
atau tiap kali saya online,
mesti saya jenguk jap blognya kot-kot dia ada update..
agaknya tuan punya blog tu pun mesti heran trafiknya naik semacam je...
kebetulan his recent post ada letak statistik yang menunjukkan
semenjak dua menjak trafiknya naik semacam...
haha....Mr. O, you should thank me!
dah jadi peminat blognya secara diam-diam (silent reader)..

blog apa?
no...no..no..saya taknak beritahu...
sebab nanti korang pun akan jadi ketagih..
lepas tu korang taknak jenguk blog ni lagi...
biarlah rahsia *pinjam tajuk lagu ye, dato siti..*

owh, walaupun agak terlambat,
saya nak ucapkan
selamat pakai baju raya
selamat makan ketupat rendang lemang
selamat makan kuih raya
selamat main bunga api
selamat beri/terima duit raya
selamat tangkap gambar n upload di FB/blog *termasuklah yang sedang menaip ni*
selamat bersabar masa trafik jam
selamat menghadiri open haus n kenduri
selamat menaikkan berat badan
selamat berpuasa enam

SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR BATIN
 

Friday, September 3, 2010

RASA MACAM NAK JUMPA SHAHRULEZAD

Siapa? Siapa? Siapa?
Tak kenal pun..

Dulu saya suka cerita ini.
Rasa macam seronok je kalau duduk tepi sawah.
*walau sebenarnya geli pada lintah*




Lepas tu ada cerita ni, saya suka pula cerita ni.
Rasa macam nak cucuk-cucuk Dani dengan garfu 
dan cubit-cubit pipi Amani.





Sekarang ada pula cerita ini.
Rasa macam nak bawa Datuk Paduka Halimaton
pergi Kedai Cermin-mata-fesyen-alaf-baru
dan belikan cermin mata yang lebih comel.
*heeeeeeeee...*





Tapi sampai bila-bila saya tetap suka.......

















makan aiskrim...yummy...
sangat membahayakan kesihatan tetapi membuatkan saya tersenyum...
*macam Bella yang sukakan Abang Ed
walaupun dia tahu yang Abang Ed tu boleh membahayakan dirinya*


Google saja gambar itu.



Dear Datuk Paduka Halimaton,
ini proposal saya, cantik tak?



atau



Google semua gambar.


p.s:
dulu masa saya belajar di kolej saya pernah terfikir
alangkah bagusnya kalau bahagian depan cermin mata itu ada wiper macam car wiper...
sebab bila saya naik dan keluar komuter atau
keluar masuk kelas yang sangat sejuk, mesti cermin mata saya ada wap...
belum lagi bila hujan,
ada bintik-bintik hujan yang sekejap sekejap saya tanggal cermin mata
untuk lap pada baju/kain lap/tissue/tudung...
rupa-rupanya bukan saya seorang yang fikir begitu...
sebab masa saya google gambar wiper
*konon nak letak saja gambar wiper sebab tak reti nak 'edit-photo-shop' letak wiper atas gambar cermin mata*
bila saya google gambar 'wiper+spectacles',
keluarlah gambar ni yang diambil dari LINK
ada juga yang 'sekepala' dengan saya..




p.p.s:
drama/karya shahrulezad di atas saya tengok di website tv3 
kalau nak ikut waktu TV,
mesti tak dapat tengok punya
walaupun dengar-dengarnya ada ulangan selepas waktu sahur...
dulu nak tengok kat website tv3 mesti kena register,
sekarang dah tak perlu....
mungkin trafik dah turun di mana semua tengok di youtube...

apabila ada yang berkata, " aik..kaki drama korea tengok drama melayu..."

Thursday, September 2, 2010

HMM..TAK TAU NAK LETAK TITLE APA...

Sila klik SINI.
TQ.

p.s: jadi pada mereka yang suka mengomen dan mengomel, ingatlah, lain orang lain cara mendidik..
ada yang mahu anak mereka jadi seperti Siti Nurhaliza
ada yang mahu anak mereka jadi seperti Rashid Sidek 
ada yang mahu anak mereka jadi seperti Dr Abdul Hamid
ada yang mahu anak mereka jadi seperti Aaron Aziz
 ada yang mahu anak mereka jadi seperti Ustazah Azizah
ada yang mahu anak mereka jadi seperti Kapten Ismail 
ada yang mahu anak mereka jadi seperti Puan Sri Bla Bla
ada yang mahu anak mereka jadi seperti Chef Wan
ada yang mahu anak mereka jadi seperti AISHAH RA

yang penting pasti kamu semua mahu yang terbaik untuk anak kamu kan?