Powered By Blogger

Friday, September 3, 2010

RASA MACAM NAK JUMPA SHAHRULEZAD

Siapa? Siapa? Siapa?
Tak kenal pun..

Dulu saya suka cerita ini.
Rasa macam seronok je kalau duduk tepi sawah.
*walau sebenarnya geli pada lintah*




Lepas tu ada cerita ni, saya suka pula cerita ni.
Rasa macam nak cucuk-cucuk Dani dengan garfu 
dan cubit-cubit pipi Amani.





Sekarang ada pula cerita ini.
Rasa macam nak bawa Datuk Paduka Halimaton
pergi Kedai Cermin-mata-fesyen-alaf-baru
dan belikan cermin mata yang lebih comel.
*heeeeeeeee...*





Tapi sampai bila-bila saya tetap suka.......

















makan aiskrim...yummy...
sangat membahayakan kesihatan tetapi membuatkan saya tersenyum...
*macam Bella yang sukakan Abang Ed
walaupun dia tahu yang Abang Ed tu boleh membahayakan dirinya*


Google saja gambar itu.



Dear Datuk Paduka Halimaton,
ini proposal saya, cantik tak?



atau



Google semua gambar.


p.s:
dulu masa saya belajar di kolej saya pernah terfikir
alangkah bagusnya kalau bahagian depan cermin mata itu ada wiper macam car wiper...
sebab bila saya naik dan keluar komuter atau
keluar masuk kelas yang sangat sejuk, mesti cermin mata saya ada wap...
belum lagi bila hujan,
ada bintik-bintik hujan yang sekejap sekejap saya tanggal cermin mata
untuk lap pada baju/kain lap/tissue/tudung...
rupa-rupanya bukan saya seorang yang fikir begitu...
sebab masa saya google gambar wiper
*konon nak letak saja gambar wiper sebab tak reti nak 'edit-photo-shop' letak wiper atas gambar cermin mata*
bila saya google gambar 'wiper+spectacles',
keluarlah gambar ni yang diambil dari LINK
ada juga yang 'sekepala' dengan saya..




p.p.s:
drama/karya shahrulezad di atas saya tengok di website tv3 
kalau nak ikut waktu TV,
mesti tak dapat tengok punya
walaupun dengar-dengarnya ada ulangan selepas waktu sahur...
dulu nak tengok kat website tv3 mesti kena register,
sekarang dah tak perlu....
mungkin trafik dah turun di mana semua tengok di youtube...

apabila ada yang berkata, " aik..kaki drama korea tengok drama melayu..."

No comments:

Post a Comment