Powered By Blogger

Wednesday, June 30, 2010

SI TUA YANG TIDAK MEMERLUKAN KRIM ANTI KEDUTAN ATAU SI MANUSIA/SERIGALA YANG BOLEH JADI SERIGALA/MANUSIA

Owh saya pasti akan memilih SI TUA daripada SI MANUSIA..

Siapa si tua?
Edward Cullen.
Dan siapa si manusia/serigala?
Jacob Black.
Tak kenal lagi?
Cerita Twilight.

Meh Bella, saya tolong awak pilihkan.

Dear Bella,
sila pilih Edward Cullen.

Kenapa?

1- Dia tidak makan. Dia makan pun sesekali je, tu pun 'benda' yang tidak perlu digoreng/direbus/distim/dimasak. So, dah memudahkan kerja memasak. Awak hanya perlu masak untuk awak seorang saja. Jimat pun jimat, tak perlu setiap minggu nak pergi PESCO atau PIANT untuk beli barang-barang dapur.

2- Dia juga tidak minum. Jadi, bila dia balik dari kerja, awak tidak perlu tanya " Abang Ed, nak kopi atau air suam kurang manis?".

3- Dia boleh lari laju. Jadi, suruh dia masuk pertandingan larian banyak-banyak. Dah tentu menang dan dapat banyak hadiah tiap kali dia masuk. Kalau dapat hadiah makanan/minuman, awak boleh ambil sebab dia tidak perlu semua tu.

4- Dia boleh panjat pokok. Bila balik kampung keluarga awak, mesti atuk dan nenek sayang Abang Ed awak sebab memudahkan kerja mereka nak menjolok buah-buahan di dusun. Lepas tu, penuhlah bonet Volvo dia dengan buah-buahan dari kampung.

5- Dia boleh baca fikiran orang tapi bukan fikiran awak. Hahaha...awak boleh simpan rahsia sebanyak yang boleh. Dan dia boleh beritahu apa yang difikirkan orang lain kepada awak. Best kan?

6- Dia tidak tidur. Lagi best, tidak perlu upah Pak Guard atau Mak Guard untuk jaga rumah korang. Jimat duit nak pasang alarm atau CCTV. Bila korang dah ada baby, dia boleh tunggukan baby korang kalau meragam nak susu.

Ada lagi tapi...kalau banyak 'kerepek' nanti boring.

Lastly, awak kena pilih Abang Ed, kalau tak ramai lagi perempuan-perempuan dari Team Edward yang mahukan Abang Ed awak!
Sincerely,
Salah seorang 'ahli' Team Edward!

OK, nak siap. Ada close friend time belajar dulu baru lepas bersalin di GIMC semalam. Nak pergi tengok. Bukan nak tengok close friend tu yang susah-payah-keluar-peluh bersalin tapi nak pergi tengok kecomelan babynya dan menghidu bau antiseptic hospital serta nak pergi makan di cafe hospital!
=) kidding dear!
(proved what a wonderful and brave mother you are to your beloved Sharifah Hannah Damia bt Said Harull Nizam)
Alhamdulillah and many Congrats to her & Mr P.

MY MIND IS THE SCENE OF THE CRIME

FIKIRAN SAYA ADALAH TEMPAT JENAYAH

Apa tu?
Saya bukanlah kaki wayang tapi saja-saja nak masuk contest ni sebab dulu masa saya sekolah rendah,
banyak kali juga saya masuk contests macam pertandingan mewarna, melukis, 
di bawah KATEGORI 3-6 tahun..
Saya sedih sebab tak pernah menang!

Berbalik pada tajuk, contest ni tanya saya,
" Apa rahsia paling berharga yang anda tidak mahu dicuri?"

Jawapan saya,
" Iaitu idea/rahsia yang boleh menyebabkan blogger/nuffnanger lain memenangi invitation itu.
Ye saya tahu ada 70 peluang, tapi saya taknak peluang yang ke 69 tu mengambil peluang saya." 



poster

p/s :
Tiba-tiba teringat masa sekolah menengah, ada kawan memberi gelaran Leonardo Dicaprio pada seorang pelajar lelaki yang kebetulan tengah popular cerita Titanic.
Mesti korang tertanya-tanya, "wah handsome ke?!" or at least korang akan cakap "hah blogger ni kenal ke tak mana satu leo d'cap!"

Sunday, June 27, 2010

DAGING YANG DICUCUK LIDI & GIGI YANG TIDAK BERKEDUT LAGI

Semalam saya makan sate.
10 cucuk daging, nasi himpit, timun & bawang.

Sejak 25 tahun yang lepas tidak pernah dalam buku sejarah saya makan bawang mentah.
Tapi malam tadi mungkin kerana dah kebulur sangat, saya makan juga bawang.

Ya Rabbi! BUSUKNYA mulut saya lepas tu.
Sampaikan bila saya nganga mulut buat 'HHAAAA', habis minyak wangi di Malaysia ni berbau busuk.
Seriously, memang busuk.
Tak percaya? Cubalah sendiri!

Bila balik rumah, saya gosok gigi, lidah, gusi, lelangit, anak tekak *hah?!*  konon-konon nak hilangkan bau busuk tu, tapi masih busuk juga.
Tidak berkesan!

Tiba-tiba saya teringat iklan zaman 90-an.
Yang mana?
Ala, yang lelaki tu makan sate & bawang, lepas tu mulut dia busuk bila bercakap dengan girlfriendnya.
Lepas tu, girlfriend dia bagi chewing gum (sebab tu iklan chewing gum!) pada lelaki ini dan bila dia makan, mulutnya dah berbau wangi.

Masalahnya, di rumah saya tiada chewing gum!
Antiseptic mouthwash saya pun kebetulan dah habis *aisshh lupa nak pergi Pasaraya Pah siang tadi*

So, disebabkan tak tahu lagi apa nak dibuat dengan mulut bau bawang ni, saya terfikir mungkin kalau saya letak banyak-banyak ubat gigi dalam mulut ni dan biar ia terendam lama sikit, hilanglah kot busuk tu!

Dengan penuh bersemangat, saya letak banyak-banyak 'ubat gigi'.

Tiba-tiba!!!!!!!!
AAAAAPPPPPAAAAAA NNNNIIIIII??????????!!!!!!!!!!!!!!!!
Saya muntahkan balik 'ubat gigi' yang ada dalam mulut saya.
Saya rasa 'pelik', tak dapat nak digambarkan/dituliskan di sini.
" Maaf, rasa itu tiada dalam deria rasa lidah. Sila cuba lagi ", kata operator lidah saya.

RUPA-RUPANYA, saya bukan letak ubat gigi (nama sebenar) tapi saya dah letak 'ubat gigi' lain (bukan nama sebenar).
Saya letak PENCUCI MUKA ANTI KEDUTAN dalam mulut ni.
Tu lah, masa ambil 'ubat gigi' (bukan nama sebenar) tu, dalam kepala ni asyik fikir iklan 90-an tu.
Duk gelak dalam hati betapa kelakarnya iklan tu, sekali gelak termakan diri sendiri.

Bila saya tengok gigi saya dalam cermin, eh eh gigi saya dah tak berkedut dah gara-gara pencuci muka tu.
Gigi saya nampak lebih muda remaja.
Wow!
Sadly, mulut ada bau lagi.
Ambil kunci kereta, pergi kedai mamak.
Cara drive thru.
Turunkan cermin kereta dan " Mamak, chewing gum satu! "
Terpedaya juga saya dengan iklan 90-an tu.

Ok, sate yang saya makan tu memang sedap.
Seksyen 3 Tambahan, Bandar Baru Bangi, depan kedai ADAMEAT.
Dagingnya lembut tidak seperti sate Hj Samurai, keras 'berdengkung' + liat.
Diulangi lembut tidak seperti sate Hj Samurai.

Tuesday, June 22, 2010

IR HJ SHAHBUDIN HJ ANUAR

MODE : BUKAN SUKA/GEMBIRA/KETAWA/CERIA/SENYUM

Hari tu, 20.06.10 adalah hari bapa sedunia.
Tidak semestinya hari itu saja hari yang perlu kita menghargai bapa kita.

Saya?
Bukan tarikh itu yang berada di kepala saya tapi tarikh 16.08.09..

Saya rindu untuk melihat muka abah ketika abah ketawa besar bila membuat/mendengar lawak.

Saya rindu untuk melihat muka abah ketika abah marah bila tidak berkenan pada sesuatu perkara.

Saya rindu untuk melihat tulisan tangannya dan tandatangannya.

Saya rindu untuk mendengar panggilan 'Along' keluar dari mulutnya.

Saya rindu untuk mengingati tarikh 26.11.1957.

Saya rindu untuk menekan nombor telefon 012 207 4453.

Saya rindu untuk melihat nombor 571126-08-5775.

Saya rindu untuk pening kepala memikirkan hadiah untuk diberi pada abah ketika ulangtahun kelahirannya dan pada hari bapa.

Kini Allah dah tarik semua nikmat di atas daripada saya. Padanlah muka saya.

Abah...








" Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya,
darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya. "

Alhamdulillah, sepanjang tempoh Along di bawah jagaan Abah, Along gembira. 
Terima kasih, Abah.
Al-Fatihah.

Friday, June 18, 2010

STESEN PASTA

=)

Jalan jalan cari makan....bla...blaaa.. (sebab tak ingat lirik) ..jalan jalan cari makan..... (sila nyanyi ikut melodi rancangan Jalan jalan cari makan TV3)

Kalau saya makan di luar, ada beberapa perkara yang saya perhatikan dulu seperti:

1- kecantikan atau kekacakan tukang masak/chef di kedai/gerai/restoran itu

2- ke'terer'an pelayan kedai/gerai/restoran itu mengangkat 6 pinggan ke meja pelanggan dengan hanya sebelah tangan sahaja

3- kecantikkan pinggan, sudu, kuali, periuk, tong gas, cawan, gelas, tissue, pisau yang digunakan

4- ke'kreatif''an menu mereka seperti adakah mereka laminate kertas menu atau mereka menggunakan gambar-gambar makanan yang cantik atau mereka menggunakan menu 'touch screen' di meja atau mereka tiada menu langsung (ini style yang kena tengok kat 'signboard' atas meja kaunter)

Tapi, baru-baru ini, saya telah terjumpa satu tempat yatng best tanpa saya perlu 'check' perkara-perkara di atas.....

Di mana? 
BBB.... Kat Bangi Perdana...

Err....Kak...Bangi Perdana tu saya rasa ada banyak tempat makan....Cuba kasi nama boleh? Senang saya 'check' kat GPS kereta saya ni...

Ok...namanya PASTA STATION...


Ini Carbonara Seafood..Memang sedap...Udang banyak tapi tak sampai RM 10 pun...
Kalau kat kedai/restoran mesti harganya agak mahal sedikit dan udang pun cuma seorang seekor dua...


Ini pula Spaghetti Meatball...Pun sedap juga...Tengoklah meatball nya...owh tambah 's' sebab banyak...so meatballssss...Pun tak sampai RM 10....

Total dua-dua pinggan? RM 13.. + Bonus: Sedap...
Kalau kat restoran/kedai lain sepinggan pun dah lebih RM 13...Tu pun belum tentu sedap...

Boleh dikatakan hari-hari nak makan kat sini...tapi...perut saya kena makan nasi juga....
kalau tiap hari makan kat sini, akibatnya??
- nanti warna anak mata saya bertukar dari brown ke green/blue pula...
- dan saya bukan bercakap bahasa melayu/inggeris/arab/korea lagi dah...tapi bahasa itali...
"Ciao!..lo sono Citi Nurhalija..."
(maksud?? Helo!..Saya Citi Nurhalija..." *bukan Siti Nurhaliza*)..

Eh! Supper time lah! 
Joyah! Oo..Joyah!...Jom, teman aku pergi Pasta Station....
Bukan dinner tadi kau dah pergi ke??!!!! *kata Joyah sambil menjegil biji matanya kerana teringatkan yang saya dah pulun seperiuk Carbonara menyebabkan Pasta Station terpaksa tutup awal kerana kehabisan*

p/s: to owner Pasta Station, lepas ni kalau kami order sepinggan pasta, boleh bagi free 1??...buy 1, free 1..ni dah promote free ni...

Wednesday, June 16, 2010

Cawan Dunia 2010

  =))

Apakah itu Cawan Dunia 2010?

WORLD CUP !
100 points..Nanti boleh redeem points sendiri @ self-rewards...

Saya sokong negara ...hmm...negara Liverpool...yeah! Go Go Liverpool!...

What???
Apa lah makcik ni...Liverpool bukan negara lah...
Makcik sokong lah Malaysia, kata saya yang penuh bersemangat, sayangkan Malaysia....

Ha! Ni lagi sorang makcik...
Bila pula Malaysia masuk Cawan Dunia???? 

OK lah...sebenarnya, semenjak dua ni, ramai yang kurang berpuas hati dengan sukan Malaysia...
Terutamanya sukan bola sepak...dan rasanya lain-lain sukan juga seperti badminton..
Ok, saya bukanlah bila baca suratkhabar, tengok bahagian belakang dulu (sukan lah!), tapi sikit-sikit tu tau lah juga....sebab Buletin Utama kan ada...
Kadang-kadang kat facebook pun macam-macam status dan komen yang boleh saya baca berkenaan sukan Malaysia...yang bads punya lah...

Saya bukan nak kata yang sukan kita BAGUS or TERUK...tapi saya rasa, kalau saya di tempat mereka (ahli sukan Malaysia) belum tentu saya akan jadi bagus...

Sebenarnya ada di kalangan kita (rakyat Malaysia yang berjuta-juta), well, mana tau jiran sebelah kanan rumah awak ke, anak tauke goreng pisang tepi jalan ke, adik saudara Usop yang masih minum botol susu ke, atau sesiapa sahaja yang mempunyai bakat yang sangat besar dalam bidang sukan malah mampu menaikkan nama Malaysia di mata dan telinga dunia... cuma, kita tak nampak dan tak tahu....

Sebab?? :
1- si misteri ni menyorok kerana berfikir yang karier sukan ni tak boleh di bawa/sarahidup sampai ke tua seperti doktor, peguam, auditor, cikgu etc..
2- keluarga si misteri tak mahu bakat sukannya di bawa ke tengah atas sebab-sebab tertentu seperti injury, selalu berjauhan dengan keluarga, ketinggalan pelajaran etc...
3- kita tidak mencari si misteri ni betul-betul, i mean, kalau bab menyanyi kita ada AF, OIAM, Mentor, Bintang RTM etc....
4- si misteri ni tak sedar pun dia ada bakat dalam memajukan sukan Malaysia sebab dia fikir dia cuma ada bakat memasak/menyanyi/menjahit/mengemas rumah etc…tapi dia tak sedar, kalau dia duduk (maksudnya bermain lah!) kat padang bola/badminton court/padang golf, dia boleh jaja nama Malaysia di seluruh dunia…
 
So, to all Malaysians, cari lah si misteri ni betul-betul...tapi janganlah pula sampai pergi ke Seafood TomYam dan paksa waiter restoran tu untuk gol kan bola masa tu juga atas alasan nak cari si misteri ni....

Owh ya! Jangan pula suruh Tok Bomoh belakang kampung scan mangkuk dia untuk cari siapakah si misteri ni, sebab belum tentu dia boleh jumpa...silap haribulan, tanpa korang sedar, dia boleh smash shuttle lebih hebat dari badminton player sekarang...who knows!