Powered By Blogger

Wednesday, November 2, 2011

NAK JADI WRITER SEKEJAP

saya tak tahu lah kalau ada yang pernah terfikir macam ni...
kadang-kadang saya suka nak gabungkan dua drama yang berbeza..

yang saya pernah tengok, CSI...
CSI season 10 kot...
Dr Ray muncul di CSI NY dan CSI Miami...
Criminal Minds pun ada bergabung kan...
bergabung dengan Criminal Minds

tapi maksud saya di sini...
contoh ye:
Castle + NCIS
ok, kita tahu yang McGee NCIS dan Rick Caslte adalah novelis...
jadi mungkin writer boleh buat satu episod di mana kita gabungkan dua-dua drama...
mungkin ada scene di mana Dinozzo NCIS, Ryan Caslte, dan Esposito Caslte boleh sama-sama buat lawak bodoh...
dan ada scene di mana Dr Mallard NCIS dan Dr Lanie Caslte sama-sama tengok mayat...

atau

Criminal Minds + NCIS
saya tak tahu Criminal Minds nak gabungkan dengan mana sebab rasanya watak-watak mereka agak serius..
kecuali Dr Reid....
jadi mereka sesuai digabungkan dengan NCIS yang watak-watak mereka ok...
seperti Abby, Tony, Ziva, Palmer...
Gibbs pun kadang terkeluar juga lawaknya...
McGee dan Dr Reid ibarat bestfriends...

atau

Grey's Anatomy + Ghost Whisperer
hospital kan terkenal dengan hantu...
mungkin Melinda Gordon boleh 'selesaikan' hantu-hantu di hospital Seattle yang 'tak lepas'...

p.s: Barney Stinson tak boleh masuk Raja Lawak sebab pasti dia akan menang... rasanya produser Malaysia perlu sitcom macam How I Met Your Mother bukan seperti Senario...


AMBIL DARI BLOG ORANG LAIN



untuk mereka yang rabun, pandanglah bulan pada awal bulan,
membaca al-fatihah sebanyak 10 kali,
lepas tu baca doa "al-fatihah itu menjadi ubat tiap-tiap penyakit dengan rahmatMu ya Tuhan yang pengasih penyayang" sebanyak 7 kali,
lepas tu ucap ya Rabbi sebanyak 5 kali,
lepas tu baca doa "ya Allah sembuhkanlah, Engkaulah yang menyembuhkan, ya Allah sihatkanlah, Engkaulah yang menyihatkan" sebanyak 1 kali...
(sabda Nabi Muhammad SAW)

p.s: usaha tetap usaha..yang penting doa dan tawakkal..yang menyembuhkan bukan kita...

Friday, October 14, 2011

APABILA HORATIO YANG COOL CAKAP MELAYU

baru-baru ni astro buat dual language untuk CSI Miami..
serius memang saya tak faham kenapa diorang mesti nak alihsuara...
bayangkanlah si horatio, 
bos yang paling cool dan dikenali kerana cerminmata hitamnya
(bestnya kalau dapat bos yang cool macam tu,
kena paksa suruh berenti kerja pun saya taknak..haha..)
boleh cakap bahasa malaysia...

eerr...saya minta maaf pada pemilik suara horatio yang bercakap bahasa malaysia...
sebab serius saya cakap memang tak kena langsung....
bukanlah bermakna saya tak sokong bahasa malaysia,
tapi....
seriuslah, memang tak kena langsung...
kalau nak letak english subs pun takpe,
asalkan horatio mesti guna suara asal dia..
YEAAAHHHH...



bukan CSI Miami je...
NCIS di saluran Fox pun ada season yang cakap bahasa malaysia...
bayangkanlah juga gibbs yang pendiam & agak cool tu pun boleh berbahasa malaysia...
COFFEE?



bukan CSI, NCIS je...Criminal Minds pun sama...
ada ke Dr Reid yang ibarat 'Google' tu pun boleh berbahasa malaysia...
produser criminal minds, tolong jangan matikan watak dr reid...

bila horatio, gibbs dan dr reid berbahasa malaysia,
saya cuma teringat ini sahaja :


apakah persamaannya? ya, mereka berbahasa malaysia...

kalau drama korea pun macam tu juga sebenarnya...
saya lebih suka tengok drama korea di internet atau KBS world...
tv2, tv3 & ntv7 pun ok juga sebab mereka tak alihsuara pelakon-pelakon korea tu...

8tv?
diorang alihsuara ke bahasa cina...
macam hari tu, ada ke gu junpyo (boys over flowers) cakap bahasa cina...
bukan saya tak suka bahasa cina...
tapi tak sama...
suara pelakon dan pemilik suara berbahasa cina tu lain...
lagi pun macam pemilik suara tu tak 'feeling' beralihsuara...
yang pelik tu drama jepun takde pula diorang alihsuara...
boleh je guna suara pelakon....
 oklah...
dari saya berblog benda tak faedah ni, 
baik saya siapkan kerja yang saya tinggalkan selama 2 bulan maternity leave....
(sebenarnya nak meluahkan ketidakpuashatian pada astro & 8tv je)



p.s: baru-baru ni, gu junpyo kena selesaikan sesuatu hal tetapi perlukan pertolongan orang untuk membolehkan perkara tersebut selesai...dia meminta pada seseorang yang saya rasa memang takkan tolonglah sebab saya nilai berdasarkan rupa dan sikap luarannya....tapi rupa-rupanya orang ni boleh memberikan bantuan tanpa perlu berfikir seperti orang lain....dulu, saya pelik kenapa gu junpyo suka rapat dengan orang ni, sedangkan orang ni bukanlah Tan Sri ke, CEO ke, rupa-rupanya gu junpyo lebih tahu siapa kawan semasa susah, kawan semasa senang, kawan sekadar kawan, kawan makan kawan atau kawan hanya untuk business...
lesson : dont judge people by their appearance!

Wednesday, October 5, 2011

KOLEKSI GAMBAR MARI PENUHKAN PERUT #2


Nama : Kuih Raya dot-dot-dot (sebab tak tahu nama)

Dari Periuk : Bukan periuk sendiri

Komen Lidah : Sedap..sangat sedap..sebalang boleh habis dalam masa 2 hari 

Penghargaan : Puan N sebab tolong orderkan dengan jirannya




Nama : Butter Prawn

Dari Periuk : Periuk sendiri

Komen Lidah : Bolehlah..walau tak setanding dengan Mohd Chan Abdullah punya 

Penghargaan : Puan R (pemilik resepi)




Nama : Pancake

Dari Periuk : Bukan periuk sendiri

Komen Lidah : Sedap

Penghargaan : Gu Junpyo, si pembayar...
(beli di Little White Cafe Bandar Baru Bangi..
masa tu nak 'brunch' di Nasi Ulam,
bila parking kereta terdapat ada kedai baru,
design cafe ni sangat cantik...
english style..
walaupun dah 'brunch' di Nasi Ulam,
Gu Junpyo ajak masuk cafe ni untuk melihat kecantikannya...
maka sambil tu order jugalah pancake di atas
dan kek yang di bawah..)




Nama : Kek 'tak-ingat-nama'

Dari Periuk : Bukan periuk sendiri

Komen Lidah : Tak pasti..mungkin tak sesuai dengan lidah/tekak saya

Penghargaan : Gu Junpyo, si pembayar





Nama : Tiramisu

Dari Periuk : Bukan periuk sendiri (Little White Cafe)

Komen Lidah : Sedap

Penghargaan : Gu Junpyo, si pembayar
(setelah merasa kesedapan pancake cafe ini yang ditapau tempoh hari,
maka Gu Junpyo mengajak untuk mencuba breakfast di sini..
THE MOST EXPENSIVE BREAKFAST WE'VE EVER HAD,
kalau breakfast hotel tu lain ceritalah kan...,
yang ni 3 orang makan RM 70...
...pagi-pagi dah makan tiramisu...)





Nama : Hot Chocolate with Marshmallow (putih)

Dari Periuk : Bukan periuk sendiri (Little White Cafe)

Komen Lidah : Sedap

Penghargaan : Gu Junpyo, si pembayar





Nama : Pancake (lagi!)

Dari Periuk : Bukan periuk sendiri (Little White Cafe)

Komen Lidah : Sedap

Penghargaan : Gu Junpyo, si pembayar
(masa pancake ni sampai, si anak lihat tiada buah strawberry di situ,
sedangkan dalam gambar di menu ada buah strawberry,
ye kot..rasanya memang dia tengok gambar pancake di menu,
maka, si anak tanya : takde pun buah strawberry ummi?
si ummi : oh, dah habis kot
tak lama lepas tu datang waiter hantar buah strawberry,
siap potong lawa-lawa lagi..
yang ni memang saya puji waiternya...
bagus...)





Nama : Sweet Corn Soup

Dari Periuk : Bukan periuk sendiri (Little White Cafe)

Komen Lidah : Gu Junpyo kata sedap, tapi saya rasa manis..
(mungkin tak sesuai dengan lidah/tekak saya)

Penghargaan : Gu Junpyo, si pembayar





Nama : Meringue (3 ketul = RM2.50)

Dari Periuk : Bukan periuk sendiri (Little White Cafe)

Komen Lidah : Entah, cubaan pertama makan..agak manis

Penghargaan : Gu Junpyo, si pembayar




Nama : Buah Ceri

Dari Periuk : Dari dalam beg baju yang baru balik dari Uzbekitan

Komen Lidah : Sedap..selagi dalam tupperware tu tak habis,
selagi tu lah saya makan..

Penghargaan : Gu Junpyo




Nama : Hummus

Dari Periuk : Bukan periuk sendiri (kedai nasi arab di BBB)

Komen Lidah : Sedap

Penghargaan : Gu Junpyo, si pembayar
(sebab teringat makanan ni masa di Syria tahun lepas,
jadi cakap dengan Gu Junpyo yang terasa nak makan 'kacang' tu,
lepas tak lama makan di sini,
Gu Junpyo pergi Jordan dan belikan 2 tin hummus
untuk stok rumah)




Nama : Marble Chocolate Cheese Cake

Dari Periuk : Bukan periuk sendiri

Komen Lidah : Sedap..sangat sedap..

Penghargaan : Gu Junpyo
(pukul 7-8 pagi dah terpacak depan rumah orang ni gara-gara
nak tunaikan nafsu makan mak buyong...haha..)




Nama : Carrot Cake

Dari Periuk : Bukan periuk sendiri (periuk yang sama dengan kek di atas)

Komen Lidah : Sedap..lebih-lebih lagi masa tak sejuk..

Penghargaan : Gu Junpyo



*sila telengkan kepala anda sendiri*

Nama : Durian

Dari Periuk : Bukan periuk pokok sendiri

Komen Lidah : Sedap

Penghargaan : Gu Junpyo
(gigih mencari isi durian yang kuning, pahit, dan lembut)




Nama : Nasi Lemak

Dari Periuk : Bukan periuk sendiri

Komen Lidah : Sedap

Penghargaan : Gu Junpyo
(sambalnya sedap...
sampaikan kami order untuk dibawa trip ke luar negara,
untuk dimakan bersama-sama dengan clients)




Nama : Pulut dan Sambal Tempoyak Ikan Bilis

Dari Periuk : Periuk sendiri

Komen Lidah : Sedap

Penghargaan : Gu Junpyo, the cook




Nama : Pavlova

Dari Periuk : Bukan periuk sendiri

Komen Lidah : Sedap..agak manis, tapi ada buah strawberry yang masam,
so sedap lah...

Penghargaan : Puan K




Nama : Chocolate Cake

Dari Periuk : Bukan periuk sendiri

Komen Lidah : Sedap sebab tak manis, ada rasa pahit sikit

Penghargaan : Puan K




Nama : Pineapple Cheese Tart

Dari Periuk : Bukan periuk sendiri

Komen Lidah : Sedap..mungkin sebab cheese tu kot.. 

Penghargaan : Puan K




Nama : Kuih Raya 'tak-ingat-nama'

Dari Periuk : Bukan periuk sendiri

Komen Lidah : Sedap..sangat ranggup..

Penghargaan : Puan K



p.s: makanan-makanan di atas kebanyakkannya sebab teringin nak makan...or mungkin juga nafsu makan (tak boleh nak salahkan sebab perempuan mengandung memang mengidam macam-macam) ...
tapi yang saya perasan sepanjang mengandung ni,
saya suka makan makanan yang bukan favourite food saya,
bukan sekali, banyak kali juga saya makan...
contohnya, durian, kari, petai, cekodok, ubi rebus, ketam, ikan masin, lempeng..
sedangkan makanan favourite saya adalah makanan yang tidak berkhasiat
seperti waffle, aiskrim, all kinds of desserts, cookies, chocolates, cakessss...
bak kata gu junpyo, "macam budak-budak"


Friday, July 22, 2011

APABILA MASING-MASING PUNYA PENDAPAT, POSITIF DAN NEGATIF


ini Gula Gula yang menurut orang cuba meniru Wondergirls dan lain-lain


ini POP yang menurut mereka meniru Lucifer dan lain-lain



ini Max 247 pun dikatakan cuba meniru kumpulan dari korea



ha, yang ini 'hitler'...marahkan Gula Gula....hahaha....
*lebih best kalau pemimpin kita berfikiran seperti 'hitler' ni*

kalau ikut WHI, katanya 'Demam K-Pop'
K bermaksud Korea...
jadi ibarat Malaysia cuba nak jadi macam Korea....

sebenarnya, hari ni kebanyakan blog dan website 'bercerita' (kutuk) pasal diorang ni...


antara komen-komen yang saya baca :

"buat malu bangsa & agama"

"prasan nak jadi artis korea la tu~ pffft!!!"

"tak pyh la komen yg melampau-lampau.bagi la peluang ngan budak budak ni.daripada dorang buat keja tak senonoh kat luar sana spt melepak, mencuri, merompak untk dpt duit, kita jg yg susah. dorang da berusaha untuk cari mkn ngan apa yg dorang ada, bagi la peluang."

"kire menyanyi melompat2 ni senonoh bebeno la ek?jgn kerena mencuri tu perbuatan buruk kita sokong yg ni pulak. nak nnt anak muda akan datang melompat2..rambut kuning merata-rata?"

"Auto-tuned!!"


"amboiiiiii meremang bulu ketiakku kegelian dgr lgu ne…serius sy tak sanggup dgr smpai habis…rsa nak muntah smua lambchop yg i mkn td…..geli1000000000x"

"idols kat Korea at least kena training 4 tahun baru debut..just enjoy Kpop music sudaaa, takyah laa nak ikut2…buruk bebenor jadiknya…"

"tolonggggg la industri muzik malaysia skrg ni…. ntah hape2 ntah… asik nak tiru pengaruh muzik luar jer kejenya…dulu time indon muzik meletup2…banyak la band2 muzik ala2 indon… skrg grup ala2 k-pop pulak… kita kan ada identiti sendiri, so x payah nak tiru2 suma ni… plastikkk jer ok… sgt x genuine…. nampak dibuat2… adoiiii…"

"Ini adalah North Korean Pop.
Kim Jong Il nampak mesti dia ambik jadi anak angkat.
Gi main jauh2...bawak la sekali machine Autotune suara tu jauh2..
campak dalam sungai...dekat Korea Utara."

"geli-geleman. tutup jela muka depa ngn tudung saji"

"K-Pop ke Paddle Pop ke Pop corn ke, yg penting, gua tak amik port...
Hahaha, ni sume citarasa bebdk zaman skang...Ade yg sampai tahap FANATIK smpi beli cd la,gi tgk konsert & nk tiru gaya depa la...hahaha...
HEDONISM bermaharajalela...Apo nak dikato...
Yg penting, depa sume jgn lupe ibadah wajib harian masing2...TAPI, berapa ramai yang SEDAR???"

"dulu tiru indon, banyaklah lagu2x n band malaysia ala2x indon...pastu ade plak artis kite yg tiru lady gaga...ni tiru k-pop plak...yg pelik tu takde plak org malaysia ni yg tiru alim ulamak ke, mufti ke, ustaz2x yg berilmu ke.."


setakat yang saya baca komen-komen orang di blog dan website tak banyak yang komen positif...
rasanya 95% semuanya memberi komen negatif....


oklah...kadang-kadang saya layan juga lagu-lagu korea ni....
baik boyband, mahupun soundtrack drama...
drama korea pun saya layan....
tapi takdelah sampai fanatik sangat....


lagipun lain orang lain citarasanya....
kadang-kadang citarasa kita pun boleh berubah....

dulu zaman sekolah saya layan cerita jepun macam GTO, Beach Boys, Long Vacation dan lain-lain....
lepas tu saya layan Hana Kimi, Hana Yori Dango, Kimi Wa Petto...


lepas tu keluar pula cerita korea...
saya layan pula All About Eve, Autumn In My Heart dan lain-lain....
dan sampai sekarang saya layan juga drama-drama korea....
sehabis fanatik saya pun saya akan beli cd/dvd simpan buat koleksi
*walaupun ada yang kata bukannya masuk kubur pun*
Boys Over Flowers, Coffee Prince, The Man In The Vineyard, Playful Kiss, Personal Taste, Mary Stayed Out All Night, You're Beautiful dan lain-lain....
sekarang ni saya layan Pemburu Bandar @ City Hunter....



ni last scene episod malam tadi...
dengarnya ada lagi 2 episod je sebelum habis...episod 19 & 20....




favorite soundtrack saya dalam City Hunter


 
lain orang lainlah tastenya...

ada yang suka drama jepun

ada yang suka drama korea

ada yang suka drama indon *saya tak pernah suka*

ada yang suka drama filipina *saya tak pernah layan*

ada yang suka drama tamil *saya tak pernah layan*

ada yang suka drama cina *dululah, cerita my fair princess*

drama melayu?
yang saya layan sampai habis:
nurkasih, adamaya & syurgamu ramadhan...






masing-masing ada pendapat dan citarasa masing-masing....
tapi apa pun pendapat kita janganlah sampai menafikan hukum Allah...
*lebih-lebih lagi bab politik*


Antara contoh-contoh perbezaan pendapat yang saya selalu dengar :

Contoh 1 : Isu tutup aurat

Pendapat A: Ala...yang tutup aurat tu belum tentu baik..entah-entah hati dia lebih lebih jahat dari orang yang tak tutup aurat..

Pendapat B: Sekurang-kurangnya kita tahu dia dah menunaikan salah satu perintah Allah iaitu menutup aurat...hati orang mana kita tahu....


Contoh 2: Isu orang Islam dan bukan Islam

Pendapat A: Ala....kalau Islam tapi perangai jahat buat apa...orang bukan Islam ada yang lagi baik dari orang Islam sendiri....

Pendapat B: Sekurang-kurangnya, dia beragama Islam....apa yang dia buat, minum arak, berzina itu antara dia dan Allah....orang Islam, dah kena seksa teruk di neraka, akhirnya masuk syurga juga tapi orang bukan Islam selamanya di neraka....kena ingat, orang Islam ada perhitungan tapi orang bukan Islam tiada perhitungan di akhirat kelak....

So, selalunya korang berfikiran seperti A atau B?


 
p.s: yang penting jangan provokasi....sebab buat orang yang tak faham dan tak siasat dulu provokasi boleh menimbulkan kemarahan, kebencian, fitnah, memutuskan silaturrahim, mengaibkan orang lain dan sebagainya.....
*yang ini saya selalu dah kena sampai sekarang tapi saya buat bodoh je...
biarlah diorang nak salahfaham ke, nak kutuk ke, nak tinggikan suara dan jegilkan biji mata pada saya ke,
saya tak kisah....
yang penting Allah tahu siapa benar, siapa salah....
ada yang kata saya ni taknak petahankan hak dan kebenaran,
tapi sebenarnya saya lebih suka diorang pijak dan kutuk saya...
pahala saya yang dapat....
kalau saya ni jahat macam orang lain,
mungkin saya doakan yang buruk-buruk seperti
"biar mereka sakit ke, biar mereka accident ke, biar Allah beri bala ke, dan lain-lain"
apabila hak saya diambil orang dan bila orang putarbelitkan cerita...*


 
p.p.s: seorang Datin pernah memberitahu, jangan copycat atau tiru-sebijik-sebijik idea orang tapi perbaharui idea tu sekaligus menjadikan itu idea kita sendiri dan lebih baik dari asal...

Tuesday, July 5, 2011

CERITA INI TIDAK ADA KENA-MENGENA DENGAN YANG HIDUP ATAU YANG DAH MATI

ya benar, cerita di bawah tidak ada kena mengena dengan mereka yang masih hidup atau mati..
jika ada yang terasa, emm...mungkin anda boleh..........
jika tiada yang terasa, emm...baguslah...


" Ni ustaz yang kelima kata saya kena sihir. Kalau ikutkan saya, taknaklah percaya 100% tapi andai kata betul, saya harap ianya 'dipulangkan' pada suaminya. Kalau tiada suami, 'pulangkanlah' semula pada anak-anak lelakinya. Kalau tiada anak lelaki, 'pulangkanlah' sihir ni pada suaminya. "

" Terpulanglah nak doa apa pun.....saya sendiri pun dah pening kepala dengan diorang ni... "

" Ada je dalam dunia ni pergi umrah & haji dah banyak kali tapi penyucian iman tiada. "

" Takkan pergi sebab nak menunjuk kot..."
" Niat tu antara dia dengan Allah. Tapi kalau tengok cara dia bercakap bab agama dari segi teorinya bukan main lagi...memang terer lah...al-maklumlah kenalan rapat ramai dari golongan orang yang banyak ilmu agama.....TAPI ! ...bila bab nak praktikkan tu...FAIL! .... "

" Oo...Kira hari ni cakap A, esok cakap B, tapi yang diamalkan adalah C ? Gitu?..."

" Ye lah mana tidaknya...dimarahnya awak tu menderhaka tapi diri sendiri menderhaka boleh pula... Difitnahnya saya memisahkan hubungan anak-beranak tapi dia rosakkan silaturrahim saya dengan ramai orang boleh pula... Difitnahnya saya letak benda kotor, kataklah, apalah kat rumah tu, tapi diri sendiri yang berjumpa macam-macam tok bomoh boleh pula... Sekarang ni disihirkannya saya pula... Sampai bila baru hatinya puas? "

" Bukannya niat saya sengaja taknak berbaik, tapi saya takut... sepatutnya hubungan darah daging ada rasa HORMAT bukannya TAKUT macam saya ni..... serius saya takut dengan mereka... bukan bermakna mereka betul dan saya salah atau sebaliknya tapi...entahlah...serik....sebelum ni macam-macam kata dan ayat yang tak sepatutnya diungkapkan oleh darah daging tapi diungkapkan.... saya sangat-sangat kecil hati, tawar hati.... "

" Sensitif sangat awak ni...pekakkan telinga je..."

" Senangnya bercakap....setakat sekali dua boleh terimalah....kalau saya cakap benda yang sama kat diorang pun, mesti diorang akan terasa, kecil hati dan merajuk juga... Kenapa dengan orang luar yang tiada darah daging boleh cakap baik-baik, nak jaga hati, tapi tidak dengan saya...Bukannya saya minta layanan macam tuan puteri....Tu belum lagi bila saya masuk rumah tu...dibuatnya saya ni macam stranger/orang luar tapi orang luar dibuatnya macam darah daging sendiri...Tengah saya ada depan TV, saya boleh dengar mereka bergosip/bercakap tentang saya di dapur...Semuanya mereka nak tahu...Saya makan ke tidak lauk tu? Saya ada tanya apa-apa tak? Saya masuk bilik tu ke tak? Saya ada ambil apa-apa barang tak? Tu belum lagi tengok air muka diorang...Ha! Macam tu ke darah daging buat pada darah daging sendiri?  "

" Pergi je lah...diorang tu dah salahkan saya...tapi jangan libatkan anak-anak...kalau dah saya diharamkan jejak kaki menurut arwah, maknanya anak-anak pun tak boleh jejak kaki sebab anak-anak tu ada darah daging saya... "

" Entahlah...selagi perasaan takut ni ada, susah sikit lah kot... takut babe! takut babe!... lagipun 'orang kuat' tu masih ada di sana... macam-macam kemungkinan boleh berlaku... tu lah awak letak banyak sangat gambar di blog, website & facebook, tu pasal diorang boleh guna buat apa-apa yang patut... Tambahan pula ada 'spy', jangan esok dia 'bersepai' sudah... menyibuk hal orang buat apa, uruskan hal sendiri dulu... "

" Best apa jadi spy atau tukang bodek...banyak 'faedah' diorang boleh dapat dari 'tuan order' ... "

" Kita tak kacau hidup diorang, yang diorang nak kacau hidup kita buat apa... Dah lah tak menanya kita, betul ke cerita ni, betul ke cerita tu... Tau-tau nak pandang kita 'senget', lepas tu marah dan kutuk kita macamlah saya ni jahat benar...selidik dulu taknak pulak tu...dari segi education memang hebat...doktor, pensyarah, ustazah, pelajar lulusan universiti, bekas pensyarah dan lain-lain... Dah jom berubat je..kita usaha, yang lain serah pada Allah SWT... nak bagi balasan ke, bagi bala ke, hidayah ke... "



Saturday, June 11, 2011

JIKA

*wah! pendek gile tajuk entry*

baru-baru ini, seseorang memberitahu saya sesuatu yang membuatkan saya berkata,
"Ya benar! dan aku akan berusaha untuk tidak menjadi seperti itu untuk keluargaku sendiri..
Insyallah...amin..."

Andai saya menjadi seperti itu pada masa akan datang, 
saya berharap agar seseorang tolong ingatkan saya semula
tentang entry ini...
*sebab saya tahu kadang-kadang Allah akan menguji hambaNya semula*


Berikut adalah kata-katanya...


JIKA seseorang ahli keluarga itu menyayangi kamu tanpa syarat (unconditional love),
dia tidak akan membiarkan kamu berada dalam situasi dilema
sebaliknya....
akan membantu kamu membuat keputusan mengikut kebaikan/kepentingan kamu sendiri.


JIKA seseorang ahli keluarga itu menyayangi kamu tanpa syarat (unconditional love),
dia tidak akan mendoakan/berharap agar kamu mendapat balasan yang buruk
sebaliknya...
akan sentiasa mendoakan dan berharap yang baik-baik untuk kamu.



JIKA seseorang ahli keluarga itu menyayangi kamu tanpa syarat (unconditional love),
dia tidak akan mengharapkan sesuatu ketika dia memberikan pertolongan/bantuan
sebaliknya....
akan memberinya dengan penuh ikhlas atas dasar tanggungjawab malah tidak akan mengungkit.



JIKA seseorang ahli keluarga itu menyayangi kamu tanpa syarat (unconditional love),
dia tidak akan memburuk-burukkan/memalukan kamu di hadapan kaum keluarga yang lain apatah lagi orang luar
sebaliknya..
akan menutup keburukkan kamu dengan melihat kebaikkan yang kamu ada.



JIKA seseorang ahli keluarga itu menyayangi kamu tanpa syarat (unconditional love),
dia tidak akan membiarkan orang lain atau kaum keluarga yang lain membenci/memarahi kamu
sebaliknya...
akan mengeratkan lagi silaturrahim antara kamu dan kaum keluarga yang lain.



JIKA seseorang ahli keluarga itu menyayangi kamu tanpa syarat (unconditional love),
dia tidak akan menambahkan lagi luka di hati yang sedia ada
sebaliknya...
akan membantu 'merawat dan mengurangkan luka tersebut'.



JIKA seseorang ahli keluarga itu menyayangi kamu tanpa syarat (unconditional love),
dia tidak akan memikirkan kepentingan diri sendiri atau kecil hati akibat tindakan kamu
sebaliknya...
akan terus berfikiran positif dan redha biarpun dia mungkin sedikit terasa hati.



JIKA seseorang ahli keluarga itu menyayangi kamu tanpa syarat (unconditional love),
dia tidak akan memandang rendah pada kamu atau memperlekehkan kamu seperti bukan ahli keluarganya
sebaliknya...
akan terus bangga pada kaum keluarga yang lain dan orang luar kerana kamu adalah sebagai sebahagian ahli keluarganya.



JIKA seseorang ahli keluarga itu menyayangi kamu tanpa syarat (unconditional love),
dia tidak akan mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati kamu
sebaliknya..
akan terus menasihati dengan cara yang baik dan memberi kata-kata perangsang sahaja.



ada lagi kalau tak silap, tapi tak ingat..
kena check balik...


ada tak di antara korang yang menerima unconditional love seperti di atas?
kalau ada, BERSYUKUR lah...
saya?
sibuk je nak tahu...
hahahaha....
hanya mereka dan keluarga mereka saja yang tahu....

p.s : sepanjang saya hidup, hanya seorang saja yang pernah begitu...
bukan dengan saya seorang saja tapi dia berikan unconditional love tersebut pada kaum keluarga yang lain tanpa orang lain tahu apa isi hatinya sendiri....

Wednesday, June 1, 2011

HATI YANG TAK SEDAP


sumber gambar : google saja..


entry kali ini bukanlah nak beritahu satu dunia yang saya : 
- boleh masak lauk hati masak rempah (kot)
- masak lauk di atas untuk minum petang semalam
- lauk hati ini adalah kegemaran pelakon kesukaan saya, Lee Minho
- dan lain-lain lah....

tapi....
entry kali ni adalah tentang......

SEBAB-SEBAB KENAPA SAYA TAK "SEDAP" HATI 

dalam seminggu, boleh dikatakan hampir setiap hari saya tak sedap hati...
kadang-kadang tu dalam sehari banyak kali juga saya tak sedap hati...

seriously, saya sangat tak suka 'perasaan' ini....
boleh stress dibuatnya sebab saya kena fikir apalah benda buruk yang sedang atau bakal terjadi....

seingat saya 'rasa' ni sejak dari zaman sekolah lagi...
sebab saya masih ingat, 
bila saya tak sedap hati masa dalam kelas,
saya akan cakap dengan kawan saya,
"wey aku tak sedap hati lah"
nanti kawan-kawan rapat saya akan cakap,
"ko ni asyik tak sedap hati je"

jadi, semenjak tu,
saya dapat simpulkan "jenis-jenis" rasa tak sedap hati saya
dan "sebab-seba" kenapa saya tak sedap hati...



"jenis-jenis" tak sedap hati saya :

1- 'rasa' tu agak laju, cepat, ringan dan sekejap saja
2- 'rasa' tu agak berat, lama, perlahan
3- 'rasa' tu agak ringan tapi lama

selalunya, saya akan rasa tak sedap hati 'sebab' :

1- bila nak kena marah/sound/hina dengan seseorang

saya bagi contoh-contohnya :
masa saya di sekolah dulu, kalau saya 'rasa' tak sedap hati masa di sekolah,
selalunya ada dua sebab je,
yang pertama, nak kena marah/sound dengan cikgu sebab tak siap homework ke...
atau yang kedua, nak kena marah/sound dengan parents sebab terlupa/tersilap buat housework ke...
(itu normal lah kan....siapa yang tak pernah kena marah/sound dengan cikgu atau makbapak kan..)

bila dah habis waktu sekolah pula,
macam di alam pekerjaan pula,
mungkin saya nak kena marah/sound dengan:
- clients (biasalah tu...customer kan always right..)
- bos (pun biasalah tu...siapa tak buat silap kan...)
- polis (macam speeding ke....)
- beberapa orang (biasanya sebelum saya pergi meeting/perjumpaan di ofis kat kelana jaya..)


2- bila orang sedang mengutuk saya

contoh,
si A sedang 'bercerita' tentang saya pada si B di dalam phone...
memanglah kita tak tahu kan,
tapi selalunya lepas tu mesti saya dapat tahu semula tentang si A yang 'bercerita' pasal saya...
dunia ni taklah sebesar mana...
dan manusia pun taklah sebagus mana....

3- bila akan berlaku 'disaster' dalam hal kerja

contoh,
ada client yang akan ke Iran,
jadi on the way nak ke airport, mesti tetiba rasa tak sedap hati...
masa tu memang dah agak dah, mesti ada yang tak kena...
sebab rasa tak sedap hati 'jenis' yang pertama;
agak laju, ringan, cepat tapi sekejap saja...
bila sampai sana,
nak check-in kan client di kaunter,
ada masalah iaitu passportnya dah nak expired...
sukacitalah nak ingatkan korang yang nak ke oversea,
rajin-rajinlah check expired date passport korang...
walaupun expired datenya bulan November 2011,
tapi korang kena ingat, tarikh sahlakunya adalah 6 (ENAM) bulan sebelum expired date,
iaitu bulan June 2011...
so, masa tu kelamkabutlah jadinya sebab client dah tentu salahkan saya...
kenalah ingat customer always right....
walaupun pihak agensi tak bertanggungjawab terhadap passport client...
ye lah, kalau ada 1000 clients, takkan kita nak check satu-satu kan...
bak kata kawan saya di facebook,
passport tu sendirilah jaga...
macam duit poket sebelum pergi melancong,
takkan pihak agensi yang nak kena ingatkan duit poket client...
tapi masa tu alhamdulillah...
masalah berjaya diselesaikan dan client tersebut dapatlah terbang ke Iran....
mungkin sebab tu rasa tak sedap hati tu cuma ringan dan sekejap saja...

4- bila akan berlaku perkara buruk

contoh,
3-4 jam sebelum seseorang (ahli keluarga yang rapat) meninggal dunia...
kalau seseorang meninggal dunia sekitar jam 3 pagi,
selalunya saya akan rasa tak sedap sekitar jam 11 malam sehinggalah waktu saya diberitahu yang ada ahli keluarga yang dah meninggal dunia....

5- bila saya sedang 'dibaca-baca'

maksud dibaca di sini,
dijampi/disihir...
kadang-kadang tu saya boleh terjaga jam 1-2 pagi sebab rasa tak sedap hati dan mimpi yang pelik-pelik macam ...
kena patuk ular,
jatuh dari tempat tinggi,
duduk dalam tandas dan nampak najis,
dan lain-lain...


sekarang ni tengah rasa tak sedap hati...
nanti saya update kemudian kenapa saya tak sedap hati....
rasa tak sedap hati ni jenis yang nombor 2,
berat, lama dan perlahan...
KENAPA?



Tuesday, April 5, 2011

KEPADA MEREKA YANG SEDANG 'MENANAM ANGGUR' ATAU INGIN MENUKAR KARIER KORANG SEKARANG

Oh ini bukan iklan MLM..
iklan di mana tiap kali nak ajak orang join mesti mereka
bergambar di sebelah kereta mewah dan berlatarbelakangkan banglo sepuluh tingkat...

Ini iklan jawatan kosong...
tak kisah apa pun kelulusan anda,
tadika? upsr? srp? spm? local U? A+? F-?
asalkan korang mempunyai CIRI-CIRI di bawah:

1- Berdikari
2- Inisiatif sendiri
3- Berdisiplin
4- Kemahiran komunikasi
5- Ingin memajukan diri dan syarikat
6- Menjadi penyumbang kepada syarikat
 
 
Hantarkan resume korang ke :
 
Human Resource
Speed Travel & Tours Services
45B, Jalan 3/69,
Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Sel.
 
boleh emailkan juga ke safirgotravel@gmail.com
 
 
Juga, kalau korang nak apply di sini,
 
tolong jangan buang masa kami..
kami pernah ambil 'staff transit'...
sia-sia rasanya bayar rm2000 dalam tempoh percubaan tetapi
rupanya si dia sedang menunggu confirmation dari syarikat luar negara...
kerja pun main-main sebab dia tau dia taknak kerja di sini...
ini dinamakan main-main dan pembaziran...
 
kami juga pernah ambil 'staff lalang'...
depan bos, kutuk orang lain kaw-kaw punya....
depan orang yang dikutuk, asap punggung orang tu sampai bomba sendiri pun tak boleh nak padam..padahal orang tu kutuk pasal si staff ni dengan kami....
bukan setakat kutuk malah bercerita hal peribadi syarikat dan bos pada orang tu...
untuk apa?
pengajaran buat kami :
muka yang hensem jangan disangka hati pun hensem...
kerja pun main-main, tapi nak tuntut gaji macam kerja hempas-pulas..
download video &*^$$())^$@! lah  kat komputer syarikat...
melaga-lagakan sesama kawanlah...
ingat jangan fikir kami pernah maafkan anda dan orang-orang yang anda pernah asap....
 
 
 
oh ye..
orang selalu cakap :
"ingatlah...roda tu berpusing..."
"esok kau pun kena hukum karma..."
"hari kau buat aku, esok orang buat kat kau..."
dan lain-lain....
 
TETAPI
 
terfikirkah mereka yang jika mereka pun 'terkena' dengan kami,
maknanya, sebelum ni pun mereka pernah 'kenakan' orang lain..
kan?
sebab tu mereka pun 'terkena' kan?
dah mereka kata roda tu berpusing....
 
kadang-kadang orang macam ni,
tak rasa lagi apa yang orang lain dah rasa...
esok bila dah rasa barulah nak terhegeh-hegeh nak mengaku yang mereka pun dah rasa...
apa pun, ucapan dari saya:
SELAMAT MERASA !!
 
 " kau terima bahagian kau, aku terima bahagian aku, sama-samalah kita terima ujianNya "

Wednesday, March 2, 2011

KOLEKSI GAMBAR MARI-PENUHKAN-PERUT #1


Nama : Bubur Jagung
Dari Periuk : Bukan periuk sendiri
Komen Lidah : Sedap
Penghargaan : Puan N




Nama : Kek Batik
Dari Periuk : Periuk sendiri
Komen Lidah : So-so-so lah
Penghargaan : Gu Junpyo & Jaja sebab sudi habiskan walau rasanya so-so-so




Nama : Biskut Bintang kot...
Dari Oven : Bukan oven sendiri
Komen Lidah : Sedap
Penghargaan : Ni order kat kawan Puan N, tapi serius, dalam masa 3-4 hari tinggal habuk dalam balang




Nama : Daging Gulai Lemak Cili Padi
Dari Periuk : Bukan periuk sendiri
Komen Lidah : Sedap
Penghargaan : Puan N




Nama : Puding Sagu Dengan Air Gula
Dari Periuk : Bukan Periuk Sendiri
Komen Lidah : Sedap..lebih-lebih lagi masa sejuk..
Penghargaan : Puan R




Nama : Gulai Ikan Cencaru Dengan Belimbing Dan ....
Dari Periuk : Bukan Periuk Sendiri
Komen Lidah : Sedap
Penghargaan : Puan R




Nama : Daging Masak Asam
Dari Periuk : Bukan Periuk Sendiri
Komen Lidah : Sedap
Penghargaan : Puan R




Nama : Tempoyak Daun Kayu
Dari Periuk : Bukan Periuk Sendiri
Komen Lidah : Sedap
Penghargaan : Puan R





Nama : Dalca Ayam
Dari Periuk : Bukan Periuk Sendiri
Komen Lidah : Sedap
Penghargaan : Puan R





Nama : Lempeng Cicah Tempoyak Daun Kayu
Dari Periuk : Bukan Periuk Sendiri (tempoyak) Dan Periuk Sendiri (lempeng)
Komen Lidah : Sedap (tempoyak)
Penghargaan : Puan R (tempoyak)





Nama : Nasi Dan Lauk-lauk Padang
Dari Periuk : Restoran Sari Ratu
Komen Lidah : Sedap
Penghargaan : Wallet Gu Junpyo





Nama : Tartlet Buah-buahan
Dari Oven : Bukan Oven Sendiri
Komen Lidah : Sedap
Penghargaan : Puan I..lain kali bagi lagi ye...





Nama : Ayam Masak Kari, Sambal Kacang Botol
Dari Periuk : Periuk Sendiri
Komen Lidah : Sedap
Penghargaan : Gu Junpyo sebab dia yang masak