Powered By Blogger

Saturday, December 11, 2010

Char Kuey Teow Pasar Malam Buatan Rumah Tapi Lagi Sekali Bukan Rumah Saya

Panjang gila title...
ok...

Selamat Pagi puan-puan di rumah...
kakak-kakak..makcik-makcik...adik-adik...
haa... kali ni Chef Wang akan tunjuk pula
bagaimana nak goreng char kuey teow 
yang macam di pasar malam tu
tapi tanpa perlu membeli di pasar malam...
*hek eleh...ni mesti Chef Wang tak tahu macamana
nak buat char kuey teow...habis dikecohnya di blog sendiri..*

Puan-puan, kakak-kakak, makcik-makcik, adik-adik...
ingat lagi resepi aiskrim oreo hari tu?
Chef Wang dapat resepi ni dari orang yang sama....

Mula-mula.....







kena lah pergi Tesco ke, Giant ke, pasar ke, kedai mamak/runcit ke,..
ye lah...nak beli bahan-bahannya.....
lepas tu....







sediakan kuali....
juga sediakan sudu sudip ...
lepas tu...
*serius, tak boleh main-main dah...*
lepas tu...
korang tengok je lah turutan gambar-gambar di bawah ye....












Ok, puan-puan, kakak-kakak, makcik-makcik...
sampai sini je lah dulu..
kita jumpa lagi ye...
lain hari...
lain waktu...
lain resepi...
tapi di blog yang sama ye....
bersama siapa?
ye, Chef Wang....
sebut sekali lagi...
Chef Wang.....
 daaa....bye....



 Ingat lagi cili dan kicap yang kena masak dulu tu ?


p.s. kalau tengok gambar yang pertama, kuali tu macam comot sikit kan...
tu sebab gambar-gambar yang diambil ni adalah 'trip' yang kedua...
sebab satu 'trip' adalah untuk satu pinggan...
kalau ada lima orang = lima pinggan = lima 'trip' goreng char kuey teow....
baru lah nampak/rasa macam di pasar malam punya.....

lepas ni, kalau tak saya tak try juga tak tahulah nak cakap apa...

Saturday, December 4, 2010

Kenapa Baru-Baru Ini Saya Suka Hari Isnin

Kalau orang lain, mesti tak suka hari isnin...
Saya selalu nampak di facebook,
bila tiba hari isnin je,
kawan-kawan saya update status :
" i hate monday "
" arghh..monday blues "
" lambatnya masa berlalu, rupanya hari ni isnin "

tapi saya, dah 3 minggu ni, saya suka hari isnin..
malah bila hari rabu je, saya dah terasa lambat sangat tiba hari isnin...
kalau orang lain, bila hari rabu, tak sabar nak hari jumaat sebab nak weekend...

walaupun mungkin tak lama saya sukakan hari isnin,
mungkin cuma lagi 5 hari isnin....
tapi sekarang saya sukakan hari isnin....
nak tau sebab apa?
this is the only reason why i love mondays...

V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V


marry me, mary ...
atau dikenali juga sebagai mary stayed out all night (MSOAN) ..


                     


kisahnya,
heroin dipaksa kahwin dengan 2nd hero oleh ayah heroin...
jadi heroin pergi jumpa 1st hero yang mereka kenal kerana accident...
tujuan heroin jumpa 1st hero adalah untuk berpura-pura yang kononnya
mereka dah berkahwin...
tapi disebabkan ayah heroin dan ayah 2nd hero lagi pandai,
mereka terus daftarkan perkahwinan heroin dengan 2nd hero...
haha...heroin ada 2 suami....
disebabkan ada 2 suami, heroin harus memilih salah seorang saja...
maka terciptalah '100 days deal'...
pada mulanya, 1st hero dan 2nd hero memang tak suka dengan heroin..
ye lah, 1st hero terpaksa kahwin sebab ada 'deal' (kes accident) dengan heroin...
yang si 2nd hero pula, terpkasa kahwin sebab kalau tak ayah 2nd hero taknak invest dalam dramanya...

sekarang ni 100 days deal dah takda sebab 1st hero mengaku pada semua orang yang dia dah berkahwin dengan heroin di mana itu telah melanggar kontrak syarikat...
(kontrak : 1st hero kena buat soundtrack untuk drama 2nd hero)
dan si heroin pun dah mengaku pada semua orang yang perkahwinan antara dia dan 1st hero hanyalah palsu....
tujuan heroin mengaku? kerana kasihankan pada 1st hero yang asyik kena marah dengan ayah heroin dan ayah 2nd hero setelah mengetahui kejadian 1st hero mengaku yang dia berkahwin dengan heroin pada semua orang....

oh ye, dan pada masa yang sama ada 2nd heroin yang sukakan 1st hero...

itu setakat episod 7....
isnin dan selasa ni, episod 8 dan 9....
cepatlah hari isnin....
cepatlah hari isnin....
cepatlah hari isnin....
heroin famous dengan cerita cinderella's stepsister..
1st hero famous dengan cerita you're beautiful...
dan 2nd hero famous dengan cerita bad boy atau coffee prince...



OST MSOAN :
*yang 1st hero nyanyi lah*

take care,my bus

           


my precious




saya tengok cerita tu di korea...
hari isnin saya ke sana, lepas tu pagi rabu saya balik malaysia semula...
ulang alik macam tu setiap minggu....
haha...ingat ulang alik macam zaman sekolah dulu....
mestilah tengok di internet...
nak tunggu cerita ni sampai malaysia?
hmmm...tak pasti abad bila sampai....


kalau peminat k-drama perasan lah kan,
selalunya cerita diorang mesti percintaan yang bersegi tiga atau empat...
macam A suka B
tapi B suka C
manakala D suka A
sedangkan D dan C saling suka sama suka....
lagi satu selalunya mesti ada taraf kehidupan yang berbeza...
selalunya hero kaya dan heroin biasa-biasa je...
contoh drama :
boys over flowers
stairway to heaven
my lovely kim samsoon
secret garden
coffee prince


p.s : kalau rambut 1st hero tu dapat di tangan Cikgu Z masa saya sekolah menengah dulu,
selamatlah jawabnya......

Aiskrim Oreo Buatan Rumah Tapi Bukan Rumah Saya

Tadi malam singgah sebentar rumah pakcikmakcik...
Maknanya, sesi menambahkan berat yang dah memang berat...
Lepas ni kena cari Dr Rozmey yang famous dengan filem 2 Alam jusmate...




Nak resepi?
Ini resepi pemberian makcik...
2 cawan coffee mate
2 cawan susu segar
1/2 cawan gula
(kalau suka manis, letak banyak,
kalau tak suka manis, agak-agak lah,
kalau ada yang kencing manis,
MANA KORANG BOLEH MAKAN AISKRIM)

lepas tu bahan-bahan di atas korang blend sampai sebati
dah blend masukkan dalam bekas
dan pecah-pecahkan biskut oreo, kacau sikit...
lepas tu bakar..
bukan...masuk dalam peti ais....
sejuk beku kan aiskrim tu ye...

harap-harap betul lah resepi tu...



Wednesday, November 24, 2010

LAGI CERITA MEREMANG BULU ROMA

Sebenarnya taklah meremang mana pun..
tapi meremang jugalah...
dah beberapa malam dah asyik mimpi yang bukan-bukan...
maksud bukan-bukan ni adalah mengarut...
dan maksud mengarut di sini adalah seperti ...
mimpi Gu Jun Pyo belikan Audi R8..
mimpi Jang Geun Suk datang beraya di rumah...
mimpi Toma Ikuta makan tempoyak...
bukan...
NONE OF THE ABOVE!


tapi mimpi-mimpi saya itu seperti...
ular datang patuk muka saya....
masuk tandas dan nampak banyak najis...
orang baling najis pada saya...
digigit binatang berbisa seperti kala jengking dan lipan...
ular merayap di kaki saya....

OK, saya dah tanya Uncle Google dan beberapa ustaz...
sekali lagi jawapan yang diterima adalah sama...
SAYA DISIHIR!!!

Ada lagi manusia yang tak berhati perut....
yang berhati kejam....
yang berhati busuk...
yang cuba untuk menjadi tuhan...

nama je zaman sekarang zaman iPod lah...
zaman iPad lah...
zaman iMat lah...
tapi bab-bab sihir menyihir orang lain ni masih ada...
letih...
sangat letih!

meh saya beritahu suatu cerita...
ustaz-ustaz yang pernah saya jumpa ada beritahu saya...
*sejauh mana kesahihannya, wahuallam*
katanya, ilmu sihir ada tiga...
ilmu hitam...
ilmu merah...
ilmu putih...
mereka gemar mencampur aduk dengan ayat Al-Quran,
padahal itu helah untuk kelentong customer mereka....
*ye jangan gelak pada perkatan customer tu,
mereka juga dikira businessman...*

mereka sudah tentu menggunakan 'middle-man'...
oh...ni bukan middle-man macam projek-projek rasuah tu..
tapi JIN...
jin pun ada dua...
jin islam...
jin kafir...

zaman sekarang ni memang lagi banyaklah khidmat macam ni...
tanya saja Uncle Google atau Pakcik Yahoo,
melambak...
biasanya mereka akan 'menyorok' disebalik ayat Al-Quran...
cuma kalau ada yang prihatin tu,
mereka akan buat report dan website tersebut akan 'dilupuskan'...

kadang-kadang saya tak faham dengan mereka...
mereka di sini ialah...
pertama, bomoh/dukun/kiyai itu sendiri....
kedua, customer mereka yang di atas....
dari mereka sibuk nak menyihir orang lain,
(tak kisah lah dengan niat buruk atau jahat kalau dah guna khidmat ni,
tetap SYIRIK)
baik korang sihir menyihir yahudi tu haa....
kasihan kat palestin tu....
*eh kenapa ayat di atas dah jadi macam ayat ular,
kata syirik....tapi suruh sihir yahudi pula...* 

Ustaz SH ada beri contoh:
katakanlah ada customer minta businessman di atas
supaya buatkan seseorang untuk benci pada customer tadi...
biasanya mereka menghantar jin...
jin ni akan duduk dalam badan si mangsa tadi...
ye...jin boleh mengalir dalam darah kita...
ok, lama-lama ia akan jadi satu penyakit...
ambil contoh, sakit perut....
tapi bila check dengan doktor,
doktor akan kata
"kami tak dapat kesan penyakit apa, mungkin kanser"
sebenarnya??
ye, jin...
lama-lama si mangsa pun meninggal dunia...
sedar tak sedar customer dan businessman tu dah jadi 'pembunuh'...
nampak tak, pada mulanya, niat si customer ni cuma sedikit je...
tak remeh dan tak besar pun...
malah si customer ni takda pun suruh businessman ni hantar jin...
tapi kerana businessman yang tak 'berdaftar' dari undang-undang Islam,
juga mungkin ada hikmah Allah, maka si mangsa yang menjadi mangsa....
ya...ajal di tangan Allah, tapi jangan lupa asbab...
apa asbab?
ibarat, kalau tetiba esok ada emas bawah tanah kita,
jangan fikir itu semua milik kita...
rezeki orang lain tertulis juga seperti
pejabat tanah, kerajaan, muzium, majlis perbandaraan, majlis zakat...

jadi, pada mereka yang nak menyihir saya,
insaflah...
esok lusa kita tak tahu...
bimbang terkena/berbalik pada diri sendiri....
banyak cara lain lagi kalau kita ada hajat...
salah satunya, BERDOA....
tak sayang saya ke?
ye, mungkin mereka buat begitu kerana tidak sayang saya lagi....

beberapa ustaz ada berikan saya ayat Al-Quran untuk dijadikan amalan:
Ayat Manzil/Ruqyah Syariah
Al-Fatihah
Surah Al-Baqarah  ayat 1-5.
Surah Al-Baqarah  ayat 163.
Surah Al-Baqarah  ayat 255-257.
Surah Al-Baqarah  ayat 284-286
Surah Al-Imran  ayat 18.
Surah Al-Imran  ayat 26-27.
Surah Al-A'raaf  ayat 54 -56.
Surah Al-Israa'  ayat 110-111.
Surah Surah Al Mu'minuun  ayat 115-118.
Surah Asy Shaffat  ayat 1-10.
Surah Ar Rahman  ayat 33-40.
Surah Al Hasyr  ayat 21-24.
Surah Al Jinn  ayat 1- 4.
Surah Al Kafiruun  ayat 1 6.
Surah Al Ikhlas  ayat 1-4.
Surah Al Falaq  ayat 1- 5.
Surah An Nas  ayat 1-6.

*jangan tengok je, cepat print...
dah print, jangan simpan je celah buku, AMALKAN! *


p.s : buat si pembaca misteri, *kalau awak masih baca blog saya lah*,  sila baca kisah-kisah ini...buat pengetahuan awak, bukan awak seorang saje yang mengalaminya....

Thursday, November 18, 2010

SUDAHLAH DIRENDAM DALAM AIR REBUSAN, DIHIMPIT PULA, LEPAS TU....

haa..lepas tu digoreng...
kasihan kan? itulah kisah aku...
aku sebagai nasi himpit...
*teringat karangan zaman sekolah*

mula nasi himpit direndam dalam air panas kan...
lama pula tu...
dah siap mandi,basuh baju,jemur baju,tengok tv,tidur...
baru nasi himpit yang direbus tadi jadi nasi himpit...
betul-betul padat...
lepas tu digoreng pula....
menambahkan kesedihan,
barulah ianya dimakan...
begitulah kisah aku,
nasi himpit goreng...
taadaaa....


cara-cara makan : untuk seorang, 
rasanya cukup kot kalau 10 kiub (potongan kiub nasi himpit biasa)...

p.s : sebenarnya nasi himpit di atas asalnya adalah pemberian orang...tetapi mereka terlalu baik hati sehinggakan rendang, sup, lauk dah habis pun masih banyak lagi nasi himpit yang diberikan mereka, jadinya nasi himpit itu digorengkanlah jawabnya....

SALAM AIDILADHA

Thursday, November 4, 2010

DRAMA CALON ANUGERAH SEKERIN : MENGAPA DIA MASIH DI SINI

Baru-baru ni saya ada terima email daripada salah seorang pembaca blog ini...
Kagum dan terharu kerana ada yang sudi baca blog mengarut ni...
Dia minta saya berikan pendapat tentang masalahnya...

Hmm....saya ni bukanlah boleh beri nasihat pada orang....
Sebab diri sendiri pun tak sempurna....
Bukannya saya macam kaunselor-kaunselor 
yang dalam majalah atau suratkhabar 
yang memberi nasihat pada 
pembaca atau pengirim surat kepada mereka tu....

Tapi.....saya tetap takkan mengecewakan pembaca ini....
Saya dah pun minta izin daripadanya untuk COPY & PASTE di blog ini....
Adalah sikit ceritanya macam dalam drama-drama di TV tu....



Assalamualaikum
Hai orang. 
Maaf andainya warkah ku mengganggumu *eh macam lagu exist pula =) *
Saya selalu baca blog awak. Walaupun kadang2 tu saya rasa banyak yang merapu tapi saya suka sebab saya seorang yang sepi, sunyi, keseorangan, alone, lonely dan sewaktu dengannya.
Saya ada masalah dan berharap awak atau pembaca blog awak dapat membantu saya. Ceritanya bermula begini......
*sila senyap semua orang dan dengar dengan teliti*
Beberapa tahun yang lepas, mama saya ada mengambil pembantu rumah dari kawannya untuk bekerja di rumah parents saya.
Sebelum parasit pembantu rumah ni datang bekerja di rumah parents saya, kami sekeluarga bahagia saja sehinggalah pembantu rumah ini yang bernama Britney Spears (BS) masuk ke rumah parents saya.
Masa tu saya hanya beberapa minggu saja lagi untuk melangsungkan perkahwinan dengan lelaki pilihan parents angkat saya walaupun masa tu lelaki pilihan saya adalah Orlando Bloom tapi saya tolak pinangan  Orlando Bloom sebab cuba nak jadi anak angkat yang terbaik.
Sepanjang tempoh BS ni bekerja dengan parents saya, macam2 yang buruk dah berlaku. Saya tau, ada perkara terjadi bukan di tangan kita tapi kehendak Allah SWT, tapi yang ni lain. Tapi mungkin jugalah kehadiran BS yang tidak diundang ini merupakan ujian/dugaan/bala dari Allah.Waahualam.
Sebelum ni pun mama saya ada ambil pembantu rumah tapi mereka semua terikat dengan syarat2/prinsip2 mama saya seperti :
1- pakaian papa saya tak boleh basuh/lipat/jemur/iron (maknanya mama saya yang akan buat sendiri)
2- tak boleh masak melainkan dipantau (kalau masak pun, tiada siapa di antara kami nak makan, macam saya, kalau tahu pembantu rumah yang masak mesti saya pura2 kenyang)
3- tak boleh masuk master bedroom kecuali dengan tujuan mengemas yang akan diperhatikan (bilik parents saya)
4- tak boleh pegang kunci rumah termasuklah kunci master bedroom
5- mama saya tidak akan bercerita/sembang2 hal peribadi/keluarga dengan pembantu rumah  
Tapi saya pelik, dengan BS ni, parents saya dah berubah terutama sekali mama saya. Sayangnya mama saya pada BS melimpah ruah macam kuah roti canai banjir. Saya ni sanggup diketepikan, apatah lagi nenek saya (mummy kepada mama saya). Mama saya seolah-olah TERLALU percaya, sayang, kasih pada BS MELEBIHI mak dan anak sendiri apatah lagi menantu (suami saya), adik-beradik (pakcik2 dan makcik2 saya) dan baba (atok saya) mama saya.  Apakah keistimewaan BS? Apakah orang2 disekeliling mama saya terlalu buruk? Apakah yang baik cuma BS?

Sekarang ni dah hampir lima tahun parasit BS tu menumpang di rumah yang arwah papa saya berusaha mendirikannya suatu ketika dulu, makan & minum menggunakan duit arwah papa saya, gaji (dan lain-lain duit di belakang yang diberi tak diambilkira termasuk yang bayar pada 'khidmat' di kampung BS ) yang dibayar menggunakan hasil kerja keringat peluh arwah papa saya yang siang malam dan setiap hari termasuk hari cuti (eh macam iklan KFC pula, "dibuka setiap hari, 365 hari" ) bekerja mencari rezeki untuk KELUARGA tapi orang luar yang tiada kena mengena cuba nak menumpang atau merampas dengan cara halus. *baca dengan satu nafas ye*

Dulu saya dan keluarga kecil saya (suami dan anak2) ada di rumah arwah papa saya tu. Tapi sekarang ni kami dah diketepikan kerana terlalu banyak kejadian yang melibatkan BS sehingga membuatkan kami rasa biarlah kami pergi dari sini, jadi misi pertama BS iaitu menjauhkan saya, anak sulung dari parents dah accomplished ! Kami dah jumpa beberapa ustaz, kata mereka masa tu parents saya terutama mama saya dah dibaca supaya menjauhkan diri dari kami. Saya sedih dan kecewa. Itukan parents saya!

Tak lama lepas tu, arwah papa saya pula. Papa saya sakit. Kami dengar arwah papa yang dalam keadaan agak kritikal dibawa sehingga ke perkampungan BS untuk berubat. Saya tak tahu pula perubatan di sana lebih bagus dan baik dari di Mekah(Allah) atau Rusia (science). Kami jumpa beberapa ustaz juga, kata mereka arwah papa saya dah diberi makan banyak benda kotor.  Saya sedih dan kecewa. Itukan papa saya!
Sekarang ni misi BS adalah untuk menjauhkan atok, nenek, pakcik2, makcik2 saya dari mama saya. Dari sehari ke sehari ada saja perkara yang mebuatkan mama saya akan tidak puashati pada atok, nenek, pakcik2, dan makcik2 saya. Keluarga sebelah papa saya? BS tak perlu risau tentang keluarga/saudaramara sebelah papa saya sebab selepas arwah papa saya meninggal dunia, mereka sudah tidak rapat lagi. Sekarang ni menambahkan haru biru pula keturunannya dibawa lagi ke sini, iaitu adik BS bekerja tak jauh dari rumah parents saya. Tu mesti selalu melepak/gosip2/planing2 diorang berdua tu.  

Awak tahu tak, pernah sekali masa saya baru kahwin, saya belek2 gambar saya bertunang, kebetulan BS ada di situ dengan saya, bila dia nampak gambar saya penuh seorang diri, terus dia RAMPAS dari tangan saya dan cakap "Bagi sayalah, saya mau simpan" . What the heck? Kenapa dia nak simpan gambar saya? Saya ni bukan dia bela atau jaga sejak dari kecil. Malah saya bukan siti nurhaliza atau erra fazira untuk dia simpan gambar saya. Saya ada beritahu beberapa ustaz, mereka tak mampu berkata apa-apa melainkan senyum, menggelengkan kepala dan kata "Selamat dah...". Gambar suami saya pun dia ada terbangkan ke kampungnya. Entah2 semua gambar orang sekeliling mama saya dah diterbangkan ke kampungnya.
Awak kejap ye, saya nak pergi buang air. Nanti saya sambung. *lepas 3 minit*

Ok, saya sambung balik.
Ketika kenduri tahlil 3 malam arwah papa saya, masa tu waktu Maghrib. Jadi semua orang solat Maghrib, ada seorang hamba Allah ni menyelongkar bilik BS ni  dan terjumpa mentera/jampi. Astagfirullahazim!  Tapi bila kami cuba bentangkan hal ini, mama saya kata itu bukan tulisan/milik BS tapi menurutnya ada orang lain nampak kami yang cuba nak menganiaya BS dengan cara meletakkan kertas jampi tu di bilik BS. Nampak kan betapa sayang dan percayanya mama saya pada BS. Semua orang salah kecuali BS. Semua jahat kecuali BS. Semua hati busuk kecuali BS. Kenapa BS buat macam ni? Saya sedih dan kecewa. Itukan keluarga saya!

Kami ada jumpa dan berbincang hal BS dengan 5 ustaz. Lima orang tau bukan seorang je.
Mari saya petik kata-kata mereka :
Ustaz 1 : Apasal lambat sangat berubat. Dah banyak (duit) dah ke sana dah. 
Ustaz 2 : Astagfirullahazim. Dah banyak dah mama kau ni diberi makan tak elok.
Ustaz 3: Kuat ilmunya ni. Macam ada orang tolong dia. Pa Man dia ke?
Ustaz 4 : Bila dia rasa mama kau ni macam nak tersedar, dia tambah balik lagi.
Ustaz 5 : Sebab tu dia jauhkan semua orang penting dari mama kau.

Saya juga ada berbincang masalah ni dengan saudara-mara. Saya petik lagi kata-kata mereka ye :
A : Kamu kan anak sulung. Pergi je halau dia keluar. Ini bukan tanah dia! Ini Malaysia! *wah patriotik sungguh orang ni*
B : Kawan saya polis. Saya boleh suruh dia handle masalah ni. No hal! Saya tunggu green light dari kamu. *err...polis?*
C : Ni...pokcik ada satu serbuk..Kau baling jo kat area dia buat kojo, ha..tak sampai seminggu panas lah dio...pasti dia balik punya...tapi bondo yang copek ni bayarannya mahal sikit lah yo....dalam 5 ribu... *biar benar?*
D : huh! agaknya rumah BS kat kampung tu dah jadi bungalow 10 tingkat agaknya....dek asyik dapek duit yo..... *wah...takyah kerja penat2, senang2 boleh buat rumah best kan*
E : kita baca yaasin ye....minta tolong budak madrasah....
F : lebih afdal, makcik sendiri yang doakan...doa seorang ibu...insyaAllah, akan dimakbulkan.....
G : elok ditimpa bala biar dia rasa...
H : mak aii...makcik tengok BS kat rumah tu dah gemuk....sedap sangat duk rumah tu agaknya....
I : saya tak faham lah...adik2 kamu kan banyak yang dah besar....bapak kamu pun dah meninggal....jadi apa tugas BS kat rumah tu? kenapa dia masih kerja di situ? makan gaji buta? saya tengok bukan main lagi asyik berkepit dengan mama kamu....dah jadi macam bestfriend dah....
J : cuba kamu pikir ye, kalau BS tu hati mulia, dah lama dia blah balik kampung dia sebab dia terfikir "kerana aku, anak-beranak dan keluarga rumah ni porak poranda, baik aku balik kampung jaga tepi kain anak-beranak dan keluarga aku sendiri" ...betol tak apa pakcik cakap?!
K : takkan kamu suka dia seronok habiskan duit mama dan arwah papa kamu?
L : laa....saya pernah terdengar dia borak2 dengan mama kamu....memang dia ni menyucuk orangnya....
M : kalau kamu saya mama kamu, buatlah tindakan....jangan berdiam je...tak kasihan ke pada adik2 di rumah tu...mesti dah diberi benda tak elok atau dibaca....

Banyak lagi sebenarnya. Tapi tak ingat. 
Awak, tolong saya. Dah tak tahu nak buat macamana dah.
Sorrylah sebab awak dan pembaca blog awak kena baca panjang2. Saya menghabiskan masa korang je. Sorry tau korang. Awak,tolong saya tau!

Yang dah-penat-type-panjang2,
Si Pembaca Misteri.



kesian dia...saya tak penat type...saya cuma copy and paste je...
Oklah...saya tolong awak ye.. 

Kalau saya jadi awak, 
saya pun mungkin tak tahu buat apa....
Tapi saya lebih suka Allah bukakan pintu hati BS awak tu 
untuk bertaubat..
Malah dia akan mengaku semua perbuatannya dan
memulangkan semula duit yang dah diambilnya
untuk tujuan personal nya tu....
Kenapa dia mesti ambil hak orang?
Ya, macam awak cakap,
" Itukan keluarga saya"
Takkan dia tiada keluarga sendiri....
Yang penting, awak jangan putus berdoa...
InsyaAllah, BS akan balik ke kampungnya secepat mungkin 
dengan hati yang tenang,
tiada dendam dan 
tidak datang ke sini lagi..amin....

Mari kawan-kawan, kita tolong doa dan amin kan ....

Sunday, October 31, 2010

PERBUALAN BUDAK KECIL DAN ORANG DEWASA

Budak kecil kalau nak masuk taman tema ke, 
naik komuter ke,
zoo ke,
tak perlu bayar lebih macam orang dewasa...

tapi ni bukan pasal siapa kena bayar lebih atau tak 
tapi pasal 
'ketidak-terfikir-saya-yang-budak-kecil-boleh-fikir-macam-tu'..


Jom kita dengar baca perbualan mereka..


Budak kecil ni umur tiga tahun. Suka makan pasta yang sedap dan murah di Bangi Perdana, Bandar Baru Bangi, tapi serius memang sedap, dan murah. Mengikut rating matanya, tokey@chef (umur 30+) di situ handsome. Ya, ingin saya tekankan di sini, umurnya tiga tahun...tiga...T.I.G.A..tiga....tiga tahun....boleh tahu apa itu handsome...dan siapa yang layak memegang title itu...zaman saya dulu, umur tiga tahun tengok thundercats..

 Err...bukan ni....





Yang ini...
nampak lebih comel kan berbanding gambar yang pertama...

Terima kasih pakcik Google, 
memberi peluang untuk saya terkenang zaman kecil-kecil
dan sekaligus membuatkan saya berfikir banyak kali
KENAPA SAYA TENGOK KARTUN NI DULU???!!!!
*malunya pada diri sendiri*

Budak kecil - BK
Orang dewasa - OD


BK : nak makan mee (pasta) abang hensem..
OD : kenapa suka makan mee abang hensem?
BK : sebab mee abang hensem sedap. (dua pujian di ayat ni, hensem dan sedap)
OD : ok
BK : nanti nak kahwin dengan abang hensem
OD : abang hensem dah kahwin lah
BK : takpelah abang hensem kahwin satu je, 
        kan dia boleh kahwin banyak-banyak
OD : ............................. 
       *macamana dia tahu yang lelaki boleh kahwin empat??????!!!!*

Monday, October 25, 2010

Thursday, October 21, 2010

KEGATALAN LELAKI ZAMAN SEKARANG TIDAK PEDULI STATUS PEREMPUAN ITU ATAU DIA MEMANG TAK TAHU STATUS PEREMPUAN ITU?

Hahaha tajuk post panjang gila...
 Ya, saya tahu tak semua lelaki macam tu...
Hanya ITCHY MAN je macam tu.
Hari ni saya melalui dua pengalaman yang menyebabkan bulu roma saya meremang macam terkena kejutan elektrik....
Bukan hari ni saja, sebelum ni pun berlaku beberapa pengalaman yang saya malas nak flashback dan rewind....
Pengalaman-pengalaman yang menyebabkan bulu roma dan kening saya naik...
Di mana rasa hormat mereka pada kaum hawa...
apatah lagi melihatkan keberanian mereka yang sanggup berperangai begitu di hadapan lelaki lain yang bergelar suami...
Ya, dunia akhir zaman....
Tepuk dada, tanya iman...
Iman nipis, berlakulah maksiat....
Iman tebal, ALHAMDULILLAH....
Semoga kita semua dilindungi dari perbuatan maksiat....
Amin...



p/s : saya sayang mereka..biar pun orang lain nampak 10 keburukan mereka, tapi saya nampak dan merasai 100 kebaikan mereka yang orang lain tak nampak dan tak rasai...yang penting saya bersyukur..... dan redha untuk keburukan mereka sebab mereka juga terima keburukan saya....

Wednesday, October 20, 2010

ALAMAK TERLEPAS LAGI NOMBOR KERAMAT

Ya, ingat nak nak lawan budak hari tu,
tapi tak dapat juga..
Terlepas lagi nak post entry pada pukul 20.10 20.10.10..

Thursday, October 14, 2010

Sunday, October 10, 2010

MENUMPANG POPULARITI

Ya, dengan ini saya mengaku saya nak tumpang populariti....

Bukan pada selebriti tapi  pada ........
*sila scroll down*





















???





















?????
















?????????????????????????????
























" Mana ni??!! Ah! Main-main lah budak ni, ingat aku banyak masa ke nak scroll down blog kau tak habis-habis ni?! "

Ok ok ok saya tak main-main dah....
Sila scroll down sikit lagi....
















































































































































































































































10.10.10

" Banyak lah kau punya scroll down sikit lagi! 
Buang masa aku je, rupa-rupanya kau nak tumpang populariti 
nombor-keramat-yang-banyak-orang-buat-majlis-tu.
Aku tak heran lah, aku punya lagi best,
bukan tarikh je, time aku post lagi cantik!
Posted : 10.10.10 at 10:10 am "

Baik, saya mengaku kalah *tunduk kepala*

Wednesday, October 6, 2010

UNTUNG 48 RINGGIT + TIDUR TIDAK DIKACAU = BOLEH TIRU DIRUMAH

  

Ada lagi video budak-budak ni.
Memang menghiburkan  hati dan membuatkan saya senyum sorang-sorang.
Mungkin lepas ni ada yang begitu juga,
senyum/gelak sorang-sorang macam saya.


Yang ini, Jalan-jalan Cari Makan Karipap...


  

Tuesday, October 5, 2010

KALAU SAYA JADI PENUMPANG MESTI SAYA BERSANDAR KUAT PADA KERUSI

Suka sangat letak tajuk panjang-panjang..
Masa saya tengok video di bawah,
kaki kanan saya asyik tekan brek je...
walaupun masa tu saya duduk di atas kerusi dalam bilik....



   

Monday, October 4, 2010

Sunday, October 3, 2010

BENAR ATAU TIDAK?

Jom lihat video-video ini.
Kemudian fikir.







Jom baca blog-blog ini dan kemudian fikir lagi.


Kita tidak perlu percaya 100% , 
sekadar untuk kita renungkan dan fikir-fikirkan.


p.s : siapa dulu masa sekolah bila subjek sejarah suka tidur sebalik buku teks?
saya dulu habis buku teks tu penuh dengan contengan dan lukisan, nak tahan mata dari mengantuk...
dulu saya tak minat sejarah, sekarang gemar pula baca sejarah Islam, sejarah Malaysia, sejarah dunia...
pelik...makin tua, makin minat sejarah....

p.p.s : pasal hitler tu memang saya selalu dengar, katanya hitler tak kejam, dia cuma bunuh orang yahudi sebab dia dah tahu rancangan yahudi ketika itu....saya juga ada dengar yang yahudi pun ada dua...versi baik dan versi jahat.... hmm, entahlah, sejauh mana kebenaran tu tak tahulah...
semua ini yang tahu kebenarannya, Allah SWT...

Saturday, October 2, 2010

23 SYAWAL

KUIH RAYA OF THE DAY


Almond London

Rating-ikut-tekak-saya : 4.233


p.s : 6 rumah terbuka tapi hanya dapat pergi 2 saja... bukan kerana 4 rumah lagi dah tertutup tapi gara-gara masa di atas jalan atau dalam kereta lebih lama dari masa kami makan-makan, minum-minum, dan borak-borak di rumah terbuka... TRAFFIC JAMS!!! 
konon nak elak kesesakan lalu lintas *gila panjang sebutnya* , maka kami pun ikut jalan alternatif *konon kami driver yang bijaklah*, sekali jalan alternatif pun traffic jam....weekend pun traffic jam! apatah lagi weekdays....masa tu lah mula terbayang kalaulah kereta aku ni ada sayap, boleh aku terbang....

Friday, October 1, 2010

22 SYAWAL

KUIH RAYA OF THE DAY


Chocolate Lanza

Rating-ikut-tekak-saya : 3.8778

Thursday, September 30, 2010

21 SYAWAL

KUIH RAYA OF THE DAY


Fruit Bollend Cookies

Rating-ikut-tekak-saya : 3.4322

Wednesday, September 29, 2010

20 SYAWAL

KUIH RAYA OF THE DAY


Biskut Aiskrim

Rating-ikut-tekak-saya : 3.0155


Tuesday, September 28, 2010

19 SYAWAL

KUIH RAYA OF THE DAY


Chocolate chip

Rating ikut-tekak-saya : 4.2012

18 SYAWAL

KUIH RAYA OF THE DAY

Sarang semut

Rating-ikut-tekak-saya : 3.9098

p/s: sepatutnya, 18 syawal bertarikh 27 september...ingatkan lepas balik beraya rumah mawi, sempatlah upload gambar kuih raya, rupa-rupanya tak sempat....12:30am baru balik rumah....jadi terpaksa upload jam 1 pagi tapi bertarikh 28 september...maaf....

p.p.s : terima kasih pada mawi & ekin sekeluarga kerana sudi melayan kami walaupun masa tu baru pulang dari johor....yang penting ekin & aein sabar melayan kerenah jajah yang banyak soalan dan aktif.....
hhmm, bukan semua perempuan yang boleh sabar melayan kerenah kanak-kanak aktif tau....kalau kanak-kanak tu suka dengan perwatakan kita, pasti dia akan suka melekat dengan orang tu....jadi pada mak-mak di luar tu (yang bekerja), nak hantar anak ke nursery atau tadika, pilihlah cikgu/penjaga yang sabar, faham perangai kanak-kanak, dan yang paling penting, tidak menyamakan kanak-kanak dengan orang dewasa...macam tu juga kalau ada yang mampu nak ambil pembantu rumah....pastikan orangnya sabar....
sebab tu kita selalu dengar orang tua-tua kata "biarlah...budak lagi...budak-budak memang macam tu,apa dia faham..."
contoh situasi : nak makan
kalau orang dewasa mungkin boleh sabar tunggu makanan sampai siap dimasak dan dihidang tapi budak kecil, kalau mereka nak makan masa tu juga, maknanya dia nak lah juga makan masa tu....
kalau parents yang pandai, pasti mereka akan cuba alihkan perhatian anak mereka atau sila-silalah kerap bagi anak anda makan....
tapi bila dia buat salah kena tegur atau marah....memang kena ulang banyak-banyak kali....sedangkan kita yang dah besar ni pun selalu buat kesilapan yang berulang apatah lagi budak kan....
kita taknak orang marah/menyumpah/menyampah pada anak kita, jadi tegur atau marahlah anak kita walaupun kita tahu dia akan ulang kesalahan yang sama...yang penting jangan putus asa dan sentiasa berdoa...
kalau nak marah anak pastikan dia tahu apa sebab kita memarahinya....dan pastikan sebab-sebab tu yang berlogik dari segi fakta, keselamatan dan yang penting, hukum agama....
panjang lagi nak cerita...tapi nantilah...

p.p.p.s : mesti ada yang kata "hek eleh dia ni...cakap je pandai...perasan bagus..." taklah...pasal anak-anak tu semua dari mulut orang yang jauh lebih berpengalaman, pandai, usia daripada saya....
semua tu juga adalah peringatan untuk diri sendiri...