Sunday, October 31, 2010

PERBUALAN BUDAK KECIL DAN ORANG DEWASA

Budak kecil kalau nak masuk taman tema ke, 
naik komuter ke,
zoo ke,
tak perlu bayar lebih macam orang dewasa...

tapi ni bukan pasal siapa kena bayar lebih atau tak 
tapi pasal 
'ketidak-terfikir-saya-yang-budak-kecil-boleh-fikir-macam-tu'..


Jom kita dengar baca perbualan mereka..


Budak kecil ni umur tiga tahun. Suka makan pasta yang sedap dan murah di Bangi Perdana, Bandar Baru Bangi, tapi serius memang sedap, dan murah. Mengikut rating matanya, tokey@chef (umur 30+) di situ handsome. Ya, ingin saya tekankan di sini, umurnya tiga tahun...tiga...T.I.G.A..tiga....tiga tahun....boleh tahu apa itu handsome...dan siapa yang layak memegang title itu...zaman saya dulu, umur tiga tahun tengok thundercats..

 Err...bukan ni....





Yang ini...
nampak lebih comel kan berbanding gambar yang pertama...

Terima kasih pakcik Google, 
memberi peluang untuk saya terkenang zaman kecil-kecil
dan sekaligus membuatkan saya berfikir banyak kali
KENAPA SAYA TENGOK KARTUN NI DULU???!!!!
*malunya pada diri sendiri*

Budak kecil - BK
Orang dewasa - OD


BK : nak makan mee (pasta) abang hensem..
OD : kenapa suka makan mee abang hensem?
BK : sebab mee abang hensem sedap. (dua pujian di ayat ni, hensem dan sedap)
OD : ok
BK : nanti nak kahwin dengan abang hensem
OD : abang hensem dah kahwin lah
BK : takpelah abang hensem kahwin satu je, 
        kan dia boleh kahwin banyak-banyak
OD : ............................. 
       *macamana dia tahu yang lelaki boleh kahwin empat??????!!!!*

2 comments:

  1. aku rasa anak ko banyak membaca bahan bacaan masakini kot..

    ReplyDelete
  2. haha..x tau lah tu...takot die ni senyap2 dgr perbualan org...pastu terus melekat...

    ReplyDelete