Powered By Blogger

Saturday, August 14, 2010

MARI MENULIS KARANGAN PANJANG-PANJANG - PART 1

(sebelum anda teruskan baca, sila:
- pergi buang air siap-siap
- kalau yang sedang menanak nasi, matikan api dapur dulu
- sediakan air dan popcorn
bukan apa, sebab memang panjang post kali ni)

Hampir 2 abad minggu saya tak merapu dan mengarut 
di blog kepunyaan saya ini,
bukan kerana saya sibuk dan tak sempat
tapi
saya hanya PURA-PURA sibuk dan tak sempat...

Kagum, hairan, pelik dan tertanya-tanya 
bagaimana ada blogger yang mampu 
update blognya setiap hari atau
dalam sehari mampu letak post
sehingga 5-6 posts!

Tahniah kepada mereka yang mempunyai banyak masa!
* rasa macam nak bagi award dan 
minta derma sedikit masa anda pada saya
kalau anda nak minta bayaran masa anda macam mesin parking lot tu tak boleh lah kan sebab saya belum cukup mampu beli jongkong emas sebab masa tu kan emas! *

Kasihan pada mereka yang sehari tak cukup 24jam seperti saya!

Ya lah, mana tidaknya :
1- dah banyak tertinggal episod CSI dan CSI:NY
grissom dan mac taylor dah tahu belum yang mereka tu adik-beradik?
* confirm saya dah banyak miss! *

2- dah tak dapat nak buka facebook selalu
sempat untuk accept friend request dan balas message di inbox saja
 kalau tidak tu, kekerapan saya buka facebook 
macam kekerapan orang yang asyik merasa masakannya 
sebab tak tahu apa sebenarnya yang dia sedang masak 
* haha ni mesti saya berpengalaman ni! *

3- return call alien orang/friend/client/supplier/potential client pun lambat 
sampai dah 'berkulat' call tu baru saya buat return call,
ya lah, kalau tidak takkan bila saya telefon semula, dia kata,
" Bila saya call awak? 
---------- SENYAP ----------
Oh! Saya call awak tu last month lah! Haha! "
Seriously, NOT FUNNY because i might have missed a great opportunity...

4- bila solat fardhu sempat bagi salam kanan kiri dan doa ringkas saja..
sungguh tidak patut!!
kerana rezeki dari Allah tapi masa yang diperuntukan untukNya cuma seciput saja

5- bila masak lauk pun cuma sempat masak 1 jenis lauk saja..
contohnya saya nak masak ikan, udang dan sayur..
jadi, saya masak lauk kari dan masukkan semua (ikan+udang+sayur) ke dalam periuk yang sama..
tak perlu masak kari ikan, sambal udang dan sayur goreng..
jimat masa kan?? *atau MALAS??!!*

Sebenarnya,
kerja-kerja saya yang remeh temeh boleh minta orang lain buat,
iaitu ambil pekerja lain untuk buat kerja-kerja seperti
buatkan kopi, urutkan kaki, suapkan nasi ke dalam mulut saya
menaip kertas kerja yang mudah, surat menyurat, filing, return call orang, berurusan dan bercakap dengan pelanggan secara lemah lembut dan manis mulut (macam cakap dengan kekasih jantung), dan pergi ke beberapa lokasi untuk urusan yang senang...

TETAPI..

zaman sekarang bukan zaman pekerja lebih mahukan pengalaman sebaliknya lebih pentingkan soalan,
" Berapa ya salary saya? "
" Ada elaun tak? "

Ya, soalan tu memang penting,
malah duit itu sendiri memang penting..
Nak buang air kena bayar..
Nak dating perlu duit...
Nak park kereta di mall pun kena masuk duit...

Saya ingat lagi 
(sejurus selepas saya menerima keputusan semester akhir),
semasa saya pernah menghadiri temuduga untuk bekerja di KL 
(5 years ago),
saya ditanya tentang expected salary...
Ini dialognya:

Saya : My expected salary is RM1,400 (fresh graduate masa tu tak mahu terlalu gedikssss minta banyak-banyak).

Mr. X *dengan muka terkejut* :  That is too low for an external auditor position.

Saya : Experience comes first. I just want the experience of being an auditor (samada memang mahukan pengalaman atau mahu diterima bekerja??!!).

Mr. X : I agreed.

Saya diterima bekerja, 
untuk 3 bulan tempoh percubaan saya dibayar RM800 
dan jika dikemudian hari prestasi saya bagus,
saya akan diterima sebagai pekerja tetap yang dibayar RM 2,100
(ada kawan-kawan saya yang dibayar RM 2200-2400, syarikat besar lah kan)...
Tapi saya cuma kerja di situ tak sampai seminggu pun...
hahahaha
saya berhenti gara-gara sebab tak munasabah...
lepas tu saya bekerja di tempat yang saya tak perlu ditemuduga lagi...

Berbalik pada kisah saya mahu mengambil pekerja tadi,
saya mahu cari pekerja (kalau robot lagi best!) yang :

1- menggunakan masa bekerja dengan sepenuhnya dan serius
(bukan macam saya ketika pernah bergelar pekerja dulu, 
sempat menjahit baju hujan dan
menulis artikel untuk majalah PLAYDOLL)

2- benar-benar mahu ikhlas bekerja
(kerja tu kan ibadah juga)

3- betul-betul berusaha memajukan syarikat dengan berfikir
 jika tiada jualan/projek bagaimana mahu dapat
gaji, bonus, elaun dan increment??
(bukan macam saya dulu ketika pernah jadi pekerja,
asyik fikir,
end of the month saja, GAJI!!
tengah bulan saja, CLAIM!!
nak raya saja, BONUS & HAMPER!!
akhir tahun saja, INCREMENT!! )

OK, mamat (yang datang temuduga bekerja) ni mungkin akan kata,
"Aku mahu majikan yang bayar gaji banyak dan besar punya, bonus 10 bulan, increment 90% setiap suku tahun, elaun makan tengah malam, elaun penat, tekanan kerja & perasaan, elaun tak sempat jumpa awek sebab banyak sangat kerja, bos yang tak garang dan tak serius".

Best kan kalau wujud majikan seperti di atas??
Tapi mana ada majikan macam tu kalau mamat ni:

1- tidak peduli ada projek/sales atau tidak...
pada dia, scope kerjanya ialah cari duit masuk syarikat...
WHAT??!!
cari duit masuk syarikat bukan ke sama dengan bawa masuk sales/projek??!!

2- asyik fikir konsep/prinsip/visi, janji tiap akhir bulan gaji masuk..
haha..syoknya! syoknya! ada mat kool! (lagu tema aiskrim)..
syok kan jadi mamat ni...
dia fikir ada sales/projek atau tidak, janji saya bayar gaji...
mentality yang harus diubah!
mamat ni fikir rezeki daripada saya,
saya fikir rezeki daripada pelanggan/kerajaan/syarikat besar,
sedangkan rezeki dari Allah...
yang lain tu dipanggil 'asbab'...

3- tidak terfikir atau bersemangat mahu majukan syarikat
sekaligus ianya untuk kebaikan diri sendiri...
ye lah kalau prestasi mamat ni bagus,
dia boleh dapat bonus, elaun, increment dan 
mana tahu satu hari nanti saya boleh tawarkan dia 
menjadi rakan kongsi perniagaan..
takkan taknak?

4- hanya bergantung pada saya dan orang lain 
yang subuh-pagi-tengahari-petang-malam-tengahmalam,
tidak kira hari apa dari isnin hingga ahad,
public holiday atau tidak,
untuk dapatkan projek/sales...
takkan lembu yang penat-penat hasilkan susu, 
sapi pula yang enjoy shopping dengan hasil jualan susu lembu tadi...
kalau macam tu kenapa saya ambil mamat ni bekerja dengan saya sebagai pekerja yang bertanggungjawab bawa duit/sales/projek masuk syarikat sedangkan saya sendiri boleh buat....

Mamat ni pula akan kata,
"Saya tak diberi kemudahan untuk memudahkan saya bekerja seperti 
handphone yang masyuk, komputer yang best, laptop yang canggih, kereta yang cun,
meja yang cantik dan alat tulis yang mahal. 
Malah saya tak diberi arahan dan ilmu yang secukupnya daripada bos.
Bagaimana saya nak bawa masuk duit/sales/projek masuk syarikat?"

Bila dia cakap macam ni, 
saya hanya diam..
Diam bukan bererti dia benar atau saya kalah,
tapi saya MALAS mahu menjawab soalan yang 
dia sendiri tahu jawapannya...

Beberapa hari yang lalu,
one of my best buddies, Miss S
datang ke ofis dan kami bergosip bercerita panjang..
Turut diselitkan, hal kerja...
Katanya,
"Department aku ada target sales.
Kalau tak capai target sales tu, 
tak dapat bonus, increment..."
Hmm...kalau mamat tadi bekerja macam  Miss S kan best...bekerja keras...

No comments:

Post a Comment