Powered By Blogger

Wednesday, August 25, 2010

HON YANG BOLEH BERCAKAP

Ragam Iswara yang mahu cepat-cepat balik memasak untuk berbuka.

Ragam Toyota Altis yang mahu cepat-cepat beratur di gerai Roti John di bazar Ramadhan.
*sebab hari tu dia tengok Jalan-jalan di Bazaar Ramadhan di TV, gerai tu yang ramai orang beli*

Ragam BMW X3 yang mahu cepat-cepat tukar baju untuk majlis buka puasa di Hotel 10star.

Ragam C**** yang time tu jugalah nak pergi bank buat urusan..
*degil! dah dipesan suruh buat awal-awal tak nak...*

Kat BBB ni yang tak tahannya time balik kat roundabout.
Tak semua roundabout, but still waktu pagi dan petang memang perlu bersabar.

Ada yang terlupa beri signal.
Ada yang tak nampak kereta yang nak masuk.
Ada yang tak perasan kereta nak memintas.

Kadang tu bila ada bunyi hon, kita tak pasti siapa yang hon siapa.
Melainkan kalau ada dua kereta saja di situ.
Atau si boyfriend yang hon si girlfriennya yang di dalam rumah parentsnya.

Nak cadangkan satu cadangan iaitu hon yang boleh bercakap.
Contohnya, Mercedes terlupa nak beri signal.
Honda akan membunyikan hon "Lain kali sila beri signal"
Best kan?

Atau dalam kereta letak mikrofon.
Contohnya, Elba *eh tu barang elektrik!* silap, Viva yang memotong di kawasan larangan.
Kancil akan bersuara "Viva kaler belang-belang, mana boleh potong area sini dude!"

Tapi bila difikir semula, ada keburukannya.
1- pencemaran bunyi - bayangkanlah kalau pada masa yang sama ada 10 kereta yang hon.
Wira hon, "Jangan brek emergency"
Volvo hon, "Sila beri signal"
Myvi hon, "Sila ikut lane anda"
Lori hon, "Nak potong ikut lane kanan"
Motosikal hon, "Jangan himpit"
Bas hon, "Parking sana, bas nak ambil penumpang"
Pakcik Jual aiskrim hon, "Aiskrim!Aiskrim!"

2- atau katakanlah letak mikrifon, mesti ramai yang menyalahgunakan
Camry hon, "hai adik yang dalam kereta Satria Pink, boleh bagi nombor handphone"
Nanti Satria tu balas hon, "tak boleh, ayah saya duduk kat sebelah ni"

atau

Alphard hon Waja (sebab jiran sebelah rumah), "eh bro! lama tak jumpa, balik kampung ke?"
Waja balas hon, "ha'ah tolong tengok-tengokkan rumah aku ye, thanks bro!"

3- atau kalau hon tu mengeluarkan kata-kata yang kurang manis-gula..
maklumlah tengah drive tetiba ada kereta buat hal, 
kita pun hon sambil keluar kata-kata marah 
yang akan didengari semua generasi, apatah lagi pelancong..

4- bayangkanlah kalau hon tu tak diseragamkan bahasa
macam-macam bahasa nanti keluar..
pening kepala dan sakit telinga mendengarnya..
tapi boleh juga kot..install translation system sekali..
ok ni dah merapu teramat sangat...


eh eh nak prepare sahur..selamat bersahur all..

No comments:

Post a Comment