Powered By Blogger

Friday, October 14, 2011

APABILA HORATIO YANG COOL CAKAP MELAYU

baru-baru ni astro buat dual language untuk CSI Miami..
serius memang saya tak faham kenapa diorang mesti nak alihsuara...
bayangkanlah si horatio, 
bos yang paling cool dan dikenali kerana cerminmata hitamnya
(bestnya kalau dapat bos yang cool macam tu,
kena paksa suruh berenti kerja pun saya taknak..haha..)
boleh cakap bahasa malaysia...

eerr...saya minta maaf pada pemilik suara horatio yang bercakap bahasa malaysia...
sebab serius saya cakap memang tak kena langsung....
bukanlah bermakna saya tak sokong bahasa malaysia,
tapi....
seriuslah, memang tak kena langsung...
kalau nak letak english subs pun takpe,
asalkan horatio mesti guna suara asal dia..
YEAAAHHHH...



bukan CSI Miami je...
NCIS di saluran Fox pun ada season yang cakap bahasa malaysia...
bayangkanlah juga gibbs yang pendiam & agak cool tu pun boleh berbahasa malaysia...
COFFEE?



bukan CSI, NCIS je...Criminal Minds pun sama...
ada ke Dr Reid yang ibarat 'Google' tu pun boleh berbahasa malaysia...
produser criminal minds, tolong jangan matikan watak dr reid...

bila horatio, gibbs dan dr reid berbahasa malaysia,
saya cuma teringat ini sahaja :


apakah persamaannya? ya, mereka berbahasa malaysia...

kalau drama korea pun macam tu juga sebenarnya...
saya lebih suka tengok drama korea di internet atau KBS world...
tv2, tv3 & ntv7 pun ok juga sebab mereka tak alihsuara pelakon-pelakon korea tu...

8tv?
diorang alihsuara ke bahasa cina...
macam hari tu, ada ke gu junpyo (boys over flowers) cakap bahasa cina...
bukan saya tak suka bahasa cina...
tapi tak sama...
suara pelakon dan pemilik suara berbahasa cina tu lain...
lagi pun macam pemilik suara tu tak 'feeling' beralihsuara...
yang pelik tu drama jepun takde pula diorang alihsuara...
boleh je guna suara pelakon....
 oklah...
dari saya berblog benda tak faedah ni, 
baik saya siapkan kerja yang saya tinggalkan selama 2 bulan maternity leave....
(sebenarnya nak meluahkan ketidakpuashatian pada astro & 8tv je)



p.s: baru-baru ni, gu junpyo kena selesaikan sesuatu hal tetapi perlukan pertolongan orang untuk membolehkan perkara tersebut selesai...dia meminta pada seseorang yang saya rasa memang takkan tolonglah sebab saya nilai berdasarkan rupa dan sikap luarannya....tapi rupa-rupanya orang ni boleh memberikan bantuan tanpa perlu berfikir seperti orang lain....dulu, saya pelik kenapa gu junpyo suka rapat dengan orang ni, sedangkan orang ni bukanlah Tan Sri ke, CEO ke, rupa-rupanya gu junpyo lebih tahu siapa kawan semasa susah, kawan semasa senang, kawan sekadar kawan, kawan makan kawan atau kawan hanya untuk business...
lesson : dont judge people by their appearance!

No comments:

Post a Comment