Powered By Blogger

Thursday, November 4, 2010

DRAMA CALON ANUGERAH SEKERIN : MENGAPA DIA MASIH DI SINI

Baru-baru ni saya ada terima email daripada salah seorang pembaca blog ini...
Kagum dan terharu kerana ada yang sudi baca blog mengarut ni...
Dia minta saya berikan pendapat tentang masalahnya...

Hmm....saya ni bukanlah boleh beri nasihat pada orang....
Sebab diri sendiri pun tak sempurna....
Bukannya saya macam kaunselor-kaunselor 
yang dalam majalah atau suratkhabar 
yang memberi nasihat pada 
pembaca atau pengirim surat kepada mereka tu....

Tapi.....saya tetap takkan mengecewakan pembaca ini....
Saya dah pun minta izin daripadanya untuk COPY & PASTE di blog ini....
Adalah sikit ceritanya macam dalam drama-drama di TV tu....



Assalamualaikum
Hai orang. 
Maaf andainya warkah ku mengganggumu *eh macam lagu exist pula =) *
Saya selalu baca blog awak. Walaupun kadang2 tu saya rasa banyak yang merapu tapi saya suka sebab saya seorang yang sepi, sunyi, keseorangan, alone, lonely dan sewaktu dengannya.
Saya ada masalah dan berharap awak atau pembaca blog awak dapat membantu saya. Ceritanya bermula begini......
*sila senyap semua orang dan dengar dengan teliti*
Beberapa tahun yang lepas, mama saya ada mengambil pembantu rumah dari kawannya untuk bekerja di rumah parents saya.
Sebelum parasit pembantu rumah ni datang bekerja di rumah parents saya, kami sekeluarga bahagia saja sehinggalah pembantu rumah ini yang bernama Britney Spears (BS) masuk ke rumah parents saya.
Masa tu saya hanya beberapa minggu saja lagi untuk melangsungkan perkahwinan dengan lelaki pilihan parents angkat saya walaupun masa tu lelaki pilihan saya adalah Orlando Bloom tapi saya tolak pinangan  Orlando Bloom sebab cuba nak jadi anak angkat yang terbaik.
Sepanjang tempoh BS ni bekerja dengan parents saya, macam2 yang buruk dah berlaku. Saya tau, ada perkara terjadi bukan di tangan kita tapi kehendak Allah SWT, tapi yang ni lain. Tapi mungkin jugalah kehadiran BS yang tidak diundang ini merupakan ujian/dugaan/bala dari Allah.Waahualam.
Sebelum ni pun mama saya ada ambil pembantu rumah tapi mereka semua terikat dengan syarat2/prinsip2 mama saya seperti :
1- pakaian papa saya tak boleh basuh/lipat/jemur/iron (maknanya mama saya yang akan buat sendiri)
2- tak boleh masak melainkan dipantau (kalau masak pun, tiada siapa di antara kami nak makan, macam saya, kalau tahu pembantu rumah yang masak mesti saya pura2 kenyang)
3- tak boleh masuk master bedroom kecuali dengan tujuan mengemas yang akan diperhatikan (bilik parents saya)
4- tak boleh pegang kunci rumah termasuklah kunci master bedroom
5- mama saya tidak akan bercerita/sembang2 hal peribadi/keluarga dengan pembantu rumah  
Tapi saya pelik, dengan BS ni, parents saya dah berubah terutama sekali mama saya. Sayangnya mama saya pada BS melimpah ruah macam kuah roti canai banjir. Saya ni sanggup diketepikan, apatah lagi nenek saya (mummy kepada mama saya). Mama saya seolah-olah TERLALU percaya, sayang, kasih pada BS MELEBIHI mak dan anak sendiri apatah lagi menantu (suami saya), adik-beradik (pakcik2 dan makcik2 saya) dan baba (atok saya) mama saya.  Apakah keistimewaan BS? Apakah orang2 disekeliling mama saya terlalu buruk? Apakah yang baik cuma BS?

Sekarang ni dah hampir lima tahun parasit BS tu menumpang di rumah yang arwah papa saya berusaha mendirikannya suatu ketika dulu, makan & minum menggunakan duit arwah papa saya, gaji (dan lain-lain duit di belakang yang diberi tak diambilkira termasuk yang bayar pada 'khidmat' di kampung BS ) yang dibayar menggunakan hasil kerja keringat peluh arwah papa saya yang siang malam dan setiap hari termasuk hari cuti (eh macam iklan KFC pula, "dibuka setiap hari, 365 hari" ) bekerja mencari rezeki untuk KELUARGA tapi orang luar yang tiada kena mengena cuba nak menumpang atau merampas dengan cara halus. *baca dengan satu nafas ye*

Dulu saya dan keluarga kecil saya (suami dan anak2) ada di rumah arwah papa saya tu. Tapi sekarang ni kami dah diketepikan kerana terlalu banyak kejadian yang melibatkan BS sehingga membuatkan kami rasa biarlah kami pergi dari sini, jadi misi pertama BS iaitu menjauhkan saya, anak sulung dari parents dah accomplished ! Kami dah jumpa beberapa ustaz, kata mereka masa tu parents saya terutama mama saya dah dibaca supaya menjauhkan diri dari kami. Saya sedih dan kecewa. Itukan parents saya!

Tak lama lepas tu, arwah papa saya pula. Papa saya sakit. Kami dengar arwah papa yang dalam keadaan agak kritikal dibawa sehingga ke perkampungan BS untuk berubat. Saya tak tahu pula perubatan di sana lebih bagus dan baik dari di Mekah(Allah) atau Rusia (science). Kami jumpa beberapa ustaz juga, kata mereka arwah papa saya dah diberi makan banyak benda kotor.  Saya sedih dan kecewa. Itukan papa saya!
Sekarang ni misi BS adalah untuk menjauhkan atok, nenek, pakcik2, makcik2 saya dari mama saya. Dari sehari ke sehari ada saja perkara yang mebuatkan mama saya akan tidak puashati pada atok, nenek, pakcik2, dan makcik2 saya. Keluarga sebelah papa saya? BS tak perlu risau tentang keluarga/saudaramara sebelah papa saya sebab selepas arwah papa saya meninggal dunia, mereka sudah tidak rapat lagi. Sekarang ni menambahkan haru biru pula keturunannya dibawa lagi ke sini, iaitu adik BS bekerja tak jauh dari rumah parents saya. Tu mesti selalu melepak/gosip2/planing2 diorang berdua tu.  

Awak tahu tak, pernah sekali masa saya baru kahwin, saya belek2 gambar saya bertunang, kebetulan BS ada di situ dengan saya, bila dia nampak gambar saya penuh seorang diri, terus dia RAMPAS dari tangan saya dan cakap "Bagi sayalah, saya mau simpan" . What the heck? Kenapa dia nak simpan gambar saya? Saya ni bukan dia bela atau jaga sejak dari kecil. Malah saya bukan siti nurhaliza atau erra fazira untuk dia simpan gambar saya. Saya ada beritahu beberapa ustaz, mereka tak mampu berkata apa-apa melainkan senyum, menggelengkan kepala dan kata "Selamat dah...". Gambar suami saya pun dia ada terbangkan ke kampungnya. Entah2 semua gambar orang sekeliling mama saya dah diterbangkan ke kampungnya.
Awak kejap ye, saya nak pergi buang air. Nanti saya sambung. *lepas 3 minit*

Ok, saya sambung balik.
Ketika kenduri tahlil 3 malam arwah papa saya, masa tu waktu Maghrib. Jadi semua orang solat Maghrib, ada seorang hamba Allah ni menyelongkar bilik BS ni  dan terjumpa mentera/jampi. Astagfirullahazim!  Tapi bila kami cuba bentangkan hal ini, mama saya kata itu bukan tulisan/milik BS tapi menurutnya ada orang lain nampak kami yang cuba nak menganiaya BS dengan cara meletakkan kertas jampi tu di bilik BS. Nampak kan betapa sayang dan percayanya mama saya pada BS. Semua orang salah kecuali BS. Semua jahat kecuali BS. Semua hati busuk kecuali BS. Kenapa BS buat macam ni? Saya sedih dan kecewa. Itukan keluarga saya!

Kami ada jumpa dan berbincang hal BS dengan 5 ustaz. Lima orang tau bukan seorang je.
Mari saya petik kata-kata mereka :
Ustaz 1 : Apasal lambat sangat berubat. Dah banyak (duit) dah ke sana dah. 
Ustaz 2 : Astagfirullahazim. Dah banyak dah mama kau ni diberi makan tak elok.
Ustaz 3: Kuat ilmunya ni. Macam ada orang tolong dia. Pa Man dia ke?
Ustaz 4 : Bila dia rasa mama kau ni macam nak tersedar, dia tambah balik lagi.
Ustaz 5 : Sebab tu dia jauhkan semua orang penting dari mama kau.

Saya juga ada berbincang masalah ni dengan saudara-mara. Saya petik lagi kata-kata mereka ye :
A : Kamu kan anak sulung. Pergi je halau dia keluar. Ini bukan tanah dia! Ini Malaysia! *wah patriotik sungguh orang ni*
B : Kawan saya polis. Saya boleh suruh dia handle masalah ni. No hal! Saya tunggu green light dari kamu. *err...polis?*
C : Ni...pokcik ada satu serbuk..Kau baling jo kat area dia buat kojo, ha..tak sampai seminggu panas lah dio...pasti dia balik punya...tapi bondo yang copek ni bayarannya mahal sikit lah yo....dalam 5 ribu... *biar benar?*
D : huh! agaknya rumah BS kat kampung tu dah jadi bungalow 10 tingkat agaknya....dek asyik dapek duit yo..... *wah...takyah kerja penat2, senang2 boleh buat rumah best kan*
E : kita baca yaasin ye....minta tolong budak madrasah....
F : lebih afdal, makcik sendiri yang doakan...doa seorang ibu...insyaAllah, akan dimakbulkan.....
G : elok ditimpa bala biar dia rasa...
H : mak aii...makcik tengok BS kat rumah tu dah gemuk....sedap sangat duk rumah tu agaknya....
I : saya tak faham lah...adik2 kamu kan banyak yang dah besar....bapak kamu pun dah meninggal....jadi apa tugas BS kat rumah tu? kenapa dia masih kerja di situ? makan gaji buta? saya tengok bukan main lagi asyik berkepit dengan mama kamu....dah jadi macam bestfriend dah....
J : cuba kamu pikir ye, kalau BS tu hati mulia, dah lama dia blah balik kampung dia sebab dia terfikir "kerana aku, anak-beranak dan keluarga rumah ni porak poranda, baik aku balik kampung jaga tepi kain anak-beranak dan keluarga aku sendiri" ...betol tak apa pakcik cakap?!
K : takkan kamu suka dia seronok habiskan duit mama dan arwah papa kamu?
L : laa....saya pernah terdengar dia borak2 dengan mama kamu....memang dia ni menyucuk orangnya....
M : kalau kamu saya mama kamu, buatlah tindakan....jangan berdiam je...tak kasihan ke pada adik2 di rumah tu...mesti dah diberi benda tak elok atau dibaca....

Banyak lagi sebenarnya. Tapi tak ingat. 
Awak, tolong saya. Dah tak tahu nak buat macamana dah.
Sorrylah sebab awak dan pembaca blog awak kena baca panjang2. Saya menghabiskan masa korang je. Sorry tau korang. Awak,tolong saya tau!

Yang dah-penat-type-panjang2,
Si Pembaca Misteri.



kesian dia...saya tak penat type...saya cuma copy and paste je...
Oklah...saya tolong awak ye.. 

Kalau saya jadi awak, 
saya pun mungkin tak tahu buat apa....
Tapi saya lebih suka Allah bukakan pintu hati BS awak tu 
untuk bertaubat..
Malah dia akan mengaku semua perbuatannya dan
memulangkan semula duit yang dah diambilnya
untuk tujuan personal nya tu....
Kenapa dia mesti ambil hak orang?
Ya, macam awak cakap,
" Itukan keluarga saya"
Takkan dia tiada keluarga sendiri....
Yang penting, awak jangan putus berdoa...
InsyaAllah, BS akan balik ke kampungnya secepat mungkin 
dengan hati yang tenang,
tiada dendam dan 
tidak datang ke sini lagi..amin....

Mari kawan-kawan, kita tolong doa dan amin kan ....

2 comments:

  1. tu lah...semoga mereka kembali ke pangkal jalan...diorang ni mmg trkenal dgn 'benda2' mcm ni...

    ReplyDelete