Powered By Blogger

Wednesday, June 1, 2011

HATI YANG TAK SEDAP


sumber gambar : google saja..


entry kali ini bukanlah nak beritahu satu dunia yang saya : 
- boleh masak lauk hati masak rempah (kot)
- masak lauk di atas untuk minum petang semalam
- lauk hati ini adalah kegemaran pelakon kesukaan saya, Lee Minho
- dan lain-lain lah....

tapi....
entry kali ni adalah tentang......

SEBAB-SEBAB KENAPA SAYA TAK "SEDAP" HATI 

dalam seminggu, boleh dikatakan hampir setiap hari saya tak sedap hati...
kadang-kadang tu dalam sehari banyak kali juga saya tak sedap hati...

seriously, saya sangat tak suka 'perasaan' ini....
boleh stress dibuatnya sebab saya kena fikir apalah benda buruk yang sedang atau bakal terjadi....

seingat saya 'rasa' ni sejak dari zaman sekolah lagi...
sebab saya masih ingat, 
bila saya tak sedap hati masa dalam kelas,
saya akan cakap dengan kawan saya,
"wey aku tak sedap hati lah"
nanti kawan-kawan rapat saya akan cakap,
"ko ni asyik tak sedap hati je"

jadi, semenjak tu,
saya dapat simpulkan "jenis-jenis" rasa tak sedap hati saya
dan "sebab-seba" kenapa saya tak sedap hati...



"jenis-jenis" tak sedap hati saya :

1- 'rasa' tu agak laju, cepat, ringan dan sekejap saja
2- 'rasa' tu agak berat, lama, perlahan
3- 'rasa' tu agak ringan tapi lama

selalunya, saya akan rasa tak sedap hati 'sebab' :

1- bila nak kena marah/sound/hina dengan seseorang

saya bagi contoh-contohnya :
masa saya di sekolah dulu, kalau saya 'rasa' tak sedap hati masa di sekolah,
selalunya ada dua sebab je,
yang pertama, nak kena marah/sound dengan cikgu sebab tak siap homework ke...
atau yang kedua, nak kena marah/sound dengan parents sebab terlupa/tersilap buat housework ke...
(itu normal lah kan....siapa yang tak pernah kena marah/sound dengan cikgu atau makbapak kan..)

bila dah habis waktu sekolah pula,
macam di alam pekerjaan pula,
mungkin saya nak kena marah/sound dengan:
- clients (biasalah tu...customer kan always right..)
- bos (pun biasalah tu...siapa tak buat silap kan...)
- polis (macam speeding ke....)
- beberapa orang (biasanya sebelum saya pergi meeting/perjumpaan di ofis kat kelana jaya..)


2- bila orang sedang mengutuk saya

contoh,
si A sedang 'bercerita' tentang saya pada si B di dalam phone...
memanglah kita tak tahu kan,
tapi selalunya lepas tu mesti saya dapat tahu semula tentang si A yang 'bercerita' pasal saya...
dunia ni taklah sebesar mana...
dan manusia pun taklah sebagus mana....

3- bila akan berlaku 'disaster' dalam hal kerja

contoh,
ada client yang akan ke Iran,
jadi on the way nak ke airport, mesti tetiba rasa tak sedap hati...
masa tu memang dah agak dah, mesti ada yang tak kena...
sebab rasa tak sedap hati 'jenis' yang pertama;
agak laju, ringan, cepat tapi sekejap saja...
bila sampai sana,
nak check-in kan client di kaunter,
ada masalah iaitu passportnya dah nak expired...
sukacitalah nak ingatkan korang yang nak ke oversea,
rajin-rajinlah check expired date passport korang...
walaupun expired datenya bulan November 2011,
tapi korang kena ingat, tarikh sahlakunya adalah 6 (ENAM) bulan sebelum expired date,
iaitu bulan June 2011...
so, masa tu kelamkabutlah jadinya sebab client dah tentu salahkan saya...
kenalah ingat customer always right....
walaupun pihak agensi tak bertanggungjawab terhadap passport client...
ye lah, kalau ada 1000 clients, takkan kita nak check satu-satu kan...
bak kata kawan saya di facebook,
passport tu sendirilah jaga...
macam duit poket sebelum pergi melancong,
takkan pihak agensi yang nak kena ingatkan duit poket client...
tapi masa tu alhamdulillah...
masalah berjaya diselesaikan dan client tersebut dapatlah terbang ke Iran....
mungkin sebab tu rasa tak sedap hati tu cuma ringan dan sekejap saja...

4- bila akan berlaku perkara buruk

contoh,
3-4 jam sebelum seseorang (ahli keluarga yang rapat) meninggal dunia...
kalau seseorang meninggal dunia sekitar jam 3 pagi,
selalunya saya akan rasa tak sedap sekitar jam 11 malam sehinggalah waktu saya diberitahu yang ada ahli keluarga yang dah meninggal dunia....

5- bila saya sedang 'dibaca-baca'

maksud dibaca di sini,
dijampi/disihir...
kadang-kadang tu saya boleh terjaga jam 1-2 pagi sebab rasa tak sedap hati dan mimpi yang pelik-pelik macam ...
kena patuk ular,
jatuh dari tempat tinggi,
duduk dalam tandas dan nampak najis,
dan lain-lain...


sekarang ni tengah rasa tak sedap hati...
nanti saya update kemudian kenapa saya tak sedap hati....
rasa tak sedap hati ni jenis yang nombor 2,
berat, lama dan perlahan...
KENAPA?



No comments:

Post a Comment