Powered By Blogger

Wednesday, November 24, 2010

LAGI CERITA MEREMANG BULU ROMA

Sebenarnya taklah meremang mana pun..
tapi meremang jugalah...
dah beberapa malam dah asyik mimpi yang bukan-bukan...
maksud bukan-bukan ni adalah mengarut...
dan maksud mengarut di sini adalah seperti ...
mimpi Gu Jun Pyo belikan Audi R8..
mimpi Jang Geun Suk datang beraya di rumah...
mimpi Toma Ikuta makan tempoyak...
bukan...
NONE OF THE ABOVE!


tapi mimpi-mimpi saya itu seperti...
ular datang patuk muka saya....
masuk tandas dan nampak banyak najis...
orang baling najis pada saya...
digigit binatang berbisa seperti kala jengking dan lipan...
ular merayap di kaki saya....

OK, saya dah tanya Uncle Google dan beberapa ustaz...
sekali lagi jawapan yang diterima adalah sama...
SAYA DISIHIR!!!

Ada lagi manusia yang tak berhati perut....
yang berhati kejam....
yang berhati busuk...
yang cuba untuk menjadi tuhan...

nama je zaman sekarang zaman iPod lah...
zaman iPad lah...
zaman iMat lah...
tapi bab-bab sihir menyihir orang lain ni masih ada...
letih...
sangat letih!

meh saya beritahu suatu cerita...
ustaz-ustaz yang pernah saya jumpa ada beritahu saya...
*sejauh mana kesahihannya, wahuallam*
katanya, ilmu sihir ada tiga...
ilmu hitam...
ilmu merah...
ilmu putih...
mereka gemar mencampur aduk dengan ayat Al-Quran,
padahal itu helah untuk kelentong customer mereka....
*ye jangan gelak pada perkatan customer tu,
mereka juga dikira businessman...*

mereka sudah tentu menggunakan 'middle-man'...
oh...ni bukan middle-man macam projek-projek rasuah tu..
tapi JIN...
jin pun ada dua...
jin islam...
jin kafir...

zaman sekarang ni memang lagi banyaklah khidmat macam ni...
tanya saja Uncle Google atau Pakcik Yahoo,
melambak...
biasanya mereka akan 'menyorok' disebalik ayat Al-Quran...
cuma kalau ada yang prihatin tu,
mereka akan buat report dan website tersebut akan 'dilupuskan'...

kadang-kadang saya tak faham dengan mereka...
mereka di sini ialah...
pertama, bomoh/dukun/kiyai itu sendiri....
kedua, customer mereka yang di atas....
dari mereka sibuk nak menyihir orang lain,
(tak kisah lah dengan niat buruk atau jahat kalau dah guna khidmat ni,
tetap SYIRIK)
baik korang sihir menyihir yahudi tu haa....
kasihan kat palestin tu....
*eh kenapa ayat di atas dah jadi macam ayat ular,
kata syirik....tapi suruh sihir yahudi pula...* 

Ustaz SH ada beri contoh:
katakanlah ada customer minta businessman di atas
supaya buatkan seseorang untuk benci pada customer tadi...
biasanya mereka menghantar jin...
jin ni akan duduk dalam badan si mangsa tadi...
ye...jin boleh mengalir dalam darah kita...
ok, lama-lama ia akan jadi satu penyakit...
ambil contoh, sakit perut....
tapi bila check dengan doktor,
doktor akan kata
"kami tak dapat kesan penyakit apa, mungkin kanser"
sebenarnya??
ye, jin...
lama-lama si mangsa pun meninggal dunia...
sedar tak sedar customer dan businessman tu dah jadi 'pembunuh'...
nampak tak, pada mulanya, niat si customer ni cuma sedikit je...
tak remeh dan tak besar pun...
malah si customer ni takda pun suruh businessman ni hantar jin...
tapi kerana businessman yang tak 'berdaftar' dari undang-undang Islam,
juga mungkin ada hikmah Allah, maka si mangsa yang menjadi mangsa....
ya...ajal di tangan Allah, tapi jangan lupa asbab...
apa asbab?
ibarat, kalau tetiba esok ada emas bawah tanah kita,
jangan fikir itu semua milik kita...
rezeki orang lain tertulis juga seperti
pejabat tanah, kerajaan, muzium, majlis perbandaraan, majlis zakat...

jadi, pada mereka yang nak menyihir saya,
insaflah...
esok lusa kita tak tahu...
bimbang terkena/berbalik pada diri sendiri....
banyak cara lain lagi kalau kita ada hajat...
salah satunya, BERDOA....
tak sayang saya ke?
ye, mungkin mereka buat begitu kerana tidak sayang saya lagi....

beberapa ustaz ada berikan saya ayat Al-Quran untuk dijadikan amalan:
Ayat Manzil/Ruqyah Syariah
Al-Fatihah
Surah Al-Baqarah  ayat 1-5.
Surah Al-Baqarah  ayat 163.
Surah Al-Baqarah  ayat 255-257.
Surah Al-Baqarah  ayat 284-286
Surah Al-Imran  ayat 18.
Surah Al-Imran  ayat 26-27.
Surah Al-A'raaf  ayat 54 -56.
Surah Al-Israa'  ayat 110-111.
Surah Surah Al Mu'minuun  ayat 115-118.
Surah Asy Shaffat  ayat 1-10.
Surah Ar Rahman  ayat 33-40.
Surah Al Hasyr  ayat 21-24.
Surah Al Jinn  ayat 1- 4.
Surah Al Kafiruun  ayat 1 6.
Surah Al Ikhlas  ayat 1-4.
Surah Al Falaq  ayat 1- 5.
Surah An Nas  ayat 1-6.

*jangan tengok je, cepat print...
dah print, jangan simpan je celah buku, AMALKAN! *


p.s : buat si pembaca misteri, *kalau awak masih baca blog saya lah*,  sila baca kisah-kisah ini...buat pengetahuan awak, bukan awak seorang saje yang mengalaminya....

2 comments:

  1. cuba la kalo bisnes bende yang bagus2. kan halal rejeki yang dapat tu..

    ReplyDelete
  2. haha tu la pasal...
    no office/shop rental...
    no staff cost,epf,socso....
    no overhead cost...
    untung bersih tu!

    ReplyDelete