Powered By Blogger

Tuesday, April 5, 2011

KEPADA MEREKA YANG SEDANG 'MENANAM ANGGUR' ATAU INGIN MENUKAR KARIER KORANG SEKARANG

Oh ini bukan iklan MLM..
iklan di mana tiap kali nak ajak orang join mesti mereka
bergambar di sebelah kereta mewah dan berlatarbelakangkan banglo sepuluh tingkat...

Ini iklan jawatan kosong...
tak kisah apa pun kelulusan anda,
tadika? upsr? srp? spm? local U? A+? F-?
asalkan korang mempunyai CIRI-CIRI di bawah:

1- Berdikari
2- Inisiatif sendiri
3- Berdisiplin
4- Kemahiran komunikasi
5- Ingin memajukan diri dan syarikat
6- Menjadi penyumbang kepada syarikat
 
 
Hantarkan resume korang ke :
 
Human Resource
Speed Travel & Tours Services
45B, Jalan 3/69,
Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Sel.
 
boleh emailkan juga ke safirgotravel@gmail.com
 
 
Juga, kalau korang nak apply di sini,
 
tolong jangan buang masa kami..
kami pernah ambil 'staff transit'...
sia-sia rasanya bayar rm2000 dalam tempoh percubaan tetapi
rupanya si dia sedang menunggu confirmation dari syarikat luar negara...
kerja pun main-main sebab dia tau dia taknak kerja di sini...
ini dinamakan main-main dan pembaziran...
 
kami juga pernah ambil 'staff lalang'...
depan bos, kutuk orang lain kaw-kaw punya....
depan orang yang dikutuk, asap punggung orang tu sampai bomba sendiri pun tak boleh nak padam..padahal orang tu kutuk pasal si staff ni dengan kami....
bukan setakat kutuk malah bercerita hal peribadi syarikat dan bos pada orang tu...
untuk apa?
pengajaran buat kami :
muka yang hensem jangan disangka hati pun hensem...
kerja pun main-main, tapi nak tuntut gaji macam kerja hempas-pulas..
download video &*^$$())^$@! lah  kat komputer syarikat...
melaga-lagakan sesama kawanlah...
ingat jangan fikir kami pernah maafkan anda dan orang-orang yang anda pernah asap....
 
 
 
oh ye..
orang selalu cakap :
"ingatlah...roda tu berpusing..."
"esok kau pun kena hukum karma..."
"hari kau buat aku, esok orang buat kat kau..."
dan lain-lain....
 
TETAPI
 
terfikirkah mereka yang jika mereka pun 'terkena' dengan kami,
maknanya, sebelum ni pun mereka pernah 'kenakan' orang lain..
kan?
sebab tu mereka pun 'terkena' kan?
dah mereka kata roda tu berpusing....
 
kadang-kadang orang macam ni,
tak rasa lagi apa yang orang lain dah rasa...
esok bila dah rasa barulah nak terhegeh-hegeh nak mengaku yang mereka pun dah rasa...
apa pun, ucapan dari saya:
SELAMAT MERASA !!
 
 " kau terima bahagian kau, aku terima bahagian aku, sama-samalah kita terima ujianNya "