Powered By Blogger

Sunday, October 31, 2010

PERBUALAN BUDAK KECIL DAN ORANG DEWASA

Budak kecil kalau nak masuk taman tema ke, 
naik komuter ke,
zoo ke,
tak perlu bayar lebih macam orang dewasa...

tapi ni bukan pasal siapa kena bayar lebih atau tak 
tapi pasal 
'ketidak-terfikir-saya-yang-budak-kecil-boleh-fikir-macam-tu'..


Jom kita dengar baca perbualan mereka..


Budak kecil ni umur tiga tahun. Suka makan pasta yang sedap dan murah di Bangi Perdana, Bandar Baru Bangi, tapi serius memang sedap, dan murah. Mengikut rating matanya, tokey@chef (umur 30+) di situ handsome. Ya, ingin saya tekankan di sini, umurnya tiga tahun...tiga...T.I.G.A..tiga....tiga tahun....boleh tahu apa itu handsome...dan siapa yang layak memegang title itu...zaman saya dulu, umur tiga tahun tengok thundercats..

 Err...bukan ni....





Yang ini...
nampak lebih comel kan berbanding gambar yang pertama...

Terima kasih pakcik Google, 
memberi peluang untuk saya terkenang zaman kecil-kecil
dan sekaligus membuatkan saya berfikir banyak kali
KENAPA SAYA TENGOK KARTUN NI DULU???!!!!
*malunya pada diri sendiri*

Budak kecil - BK
Orang dewasa - OD


BK : nak makan mee (pasta) abang hensem..
OD : kenapa suka makan mee abang hensem?
BK : sebab mee abang hensem sedap. (dua pujian di ayat ni, hensem dan sedap)
OD : ok
BK : nanti nak kahwin dengan abang hensem
OD : abang hensem dah kahwin lah
BK : takpelah abang hensem kahwin satu je, 
        kan dia boleh kahwin banyak-banyak
OD : ............................. 
       *macamana dia tahu yang lelaki boleh kahwin empat??????!!!!*

Monday, October 25, 2010

Thursday, October 21, 2010

KEGATALAN LELAKI ZAMAN SEKARANG TIDAK PEDULI STATUS PEREMPUAN ITU ATAU DIA MEMANG TAK TAHU STATUS PEREMPUAN ITU?

Hahaha tajuk post panjang gila...
 Ya, saya tahu tak semua lelaki macam tu...
Hanya ITCHY MAN je macam tu.
Hari ni saya melalui dua pengalaman yang menyebabkan bulu roma saya meremang macam terkena kejutan elektrik....
Bukan hari ni saja, sebelum ni pun berlaku beberapa pengalaman yang saya malas nak flashback dan rewind....
Pengalaman-pengalaman yang menyebabkan bulu roma dan kening saya naik...
Di mana rasa hormat mereka pada kaum hawa...
apatah lagi melihatkan keberanian mereka yang sanggup berperangai begitu di hadapan lelaki lain yang bergelar suami...
Ya, dunia akhir zaman....
Tepuk dada, tanya iman...
Iman nipis, berlakulah maksiat....
Iman tebal, ALHAMDULILLAH....
Semoga kita semua dilindungi dari perbuatan maksiat....
Amin...



p/s : saya sayang mereka..biar pun orang lain nampak 10 keburukan mereka, tapi saya nampak dan merasai 100 kebaikan mereka yang orang lain tak nampak dan tak rasai...yang penting saya bersyukur..... dan redha untuk keburukan mereka sebab mereka juga terima keburukan saya....

Wednesday, October 20, 2010

ALAMAK TERLEPAS LAGI NOMBOR KERAMAT

Ya, ingat nak nak lawan budak hari tu,
tapi tak dapat juga..
Terlepas lagi nak post entry pada pukul 20.10 20.10.10..

Thursday, October 14, 2010

Sunday, October 10, 2010

MENUMPANG POPULARITI

Ya, dengan ini saya mengaku saya nak tumpang populariti....

Bukan pada selebriti tapi  pada ........
*sila scroll down*





















???





















?????
















?????????????????????????????
























" Mana ni??!! Ah! Main-main lah budak ni, ingat aku banyak masa ke nak scroll down blog kau tak habis-habis ni?! "

Ok ok ok saya tak main-main dah....
Sila scroll down sikit lagi....
















































































































































































































































10.10.10

" Banyak lah kau punya scroll down sikit lagi! 
Buang masa aku je, rupa-rupanya kau nak tumpang populariti 
nombor-keramat-yang-banyak-orang-buat-majlis-tu.
Aku tak heran lah, aku punya lagi best,
bukan tarikh je, time aku post lagi cantik!
Posted : 10.10.10 at 10:10 am "

Baik, saya mengaku kalah *tunduk kepala*

Wednesday, October 6, 2010

UNTUNG 48 RINGGIT + TIDUR TIDAK DIKACAU = BOLEH TIRU DIRUMAH

  

Ada lagi video budak-budak ni.
Memang menghiburkan  hati dan membuatkan saya senyum sorang-sorang.
Mungkin lepas ni ada yang begitu juga,
senyum/gelak sorang-sorang macam saya.


Yang ini, Jalan-jalan Cari Makan Karipap...


  

Tuesday, October 5, 2010

KALAU SAYA JADI PENUMPANG MESTI SAYA BERSANDAR KUAT PADA KERUSI

Suka sangat letak tajuk panjang-panjang..
Masa saya tengok video di bawah,
kaki kanan saya asyik tekan brek je...
walaupun masa tu saya duduk di atas kerusi dalam bilik....



   

Monday, October 4, 2010

Sunday, October 3, 2010

BENAR ATAU TIDAK?

Jom lihat video-video ini.
Kemudian fikir.







Jom baca blog-blog ini dan kemudian fikir lagi.


Kita tidak perlu percaya 100% , 
sekadar untuk kita renungkan dan fikir-fikirkan.


p.s : siapa dulu masa sekolah bila subjek sejarah suka tidur sebalik buku teks?
saya dulu habis buku teks tu penuh dengan contengan dan lukisan, nak tahan mata dari mengantuk...
dulu saya tak minat sejarah, sekarang gemar pula baca sejarah Islam, sejarah Malaysia, sejarah dunia...
pelik...makin tua, makin minat sejarah....

p.p.s : pasal hitler tu memang saya selalu dengar, katanya hitler tak kejam, dia cuma bunuh orang yahudi sebab dia dah tahu rancangan yahudi ketika itu....saya juga ada dengar yang yahudi pun ada dua...versi baik dan versi jahat.... hmm, entahlah, sejauh mana kebenaran tu tak tahulah...
semua ini yang tahu kebenarannya, Allah SWT...

Saturday, October 2, 2010

23 SYAWAL

KUIH RAYA OF THE DAY


Almond London

Rating-ikut-tekak-saya : 4.233


p.s : 6 rumah terbuka tapi hanya dapat pergi 2 saja... bukan kerana 4 rumah lagi dah tertutup tapi gara-gara masa di atas jalan atau dalam kereta lebih lama dari masa kami makan-makan, minum-minum, dan borak-borak di rumah terbuka... TRAFFIC JAMS!!! 
konon nak elak kesesakan lalu lintas *gila panjang sebutnya* , maka kami pun ikut jalan alternatif *konon kami driver yang bijaklah*, sekali jalan alternatif pun traffic jam....weekend pun traffic jam! apatah lagi weekdays....masa tu lah mula terbayang kalaulah kereta aku ni ada sayap, boleh aku terbang....

Friday, October 1, 2010

22 SYAWAL

KUIH RAYA OF THE DAY


Chocolate Lanza

Rating-ikut-tekak-saya : 3.8778